Monday, July 16, 2012

Pembelian atas talian

Trend semasa sekarang ni ramai yang suka membeli- belah atas talian. Selain dari harga yang ditawarkan lebih murah dari kedai, kita tak perlu buang masa untuk mendapatkan barang tersebut. Just klik dan buat transaksi, barang tersebut akan sampai depan rumah dalam masa seminggu dua. Tidak dinafikan, peranan Internet dalam membentuk pilihan pengguna bersama iklan, mulut ke mulut, ‘window shopping’, pengalaman lalu dan jenama memberi impak kuat dalam menentukan kuasa pembeli. Saya pernah terbaca di dalam media massa, golongan yang paling ramai menggunakan perkhidmatan atas talian adalah pelajar. Wow hebat student zaman sekarang..

 Baru-baru ni husband saya sudah mula terjebak dengan aktiviti membeli belah atas talian. Sebelum ni, dialah orang pertama yang akan bangkang kalau saya nak beli barang online terutama kalau menggunakan online transaksi sepeti maybank2u. Kalau nak beli juga, saya terpaksa bank in di mesin ATM. Sampai macam tu sekali.. Huhu..Husband kata tak selamat, entahlah masa muda2 dulu dia kata ramai kawan dia hackers, senang je nak hack dan tau butir peribadi seseorang. Wallahualam... Macam husband pun, kalau nak buat online transaksi, mesti buat di rumah, takkan sesekali dia buat di Office. Husband kata kali terakhir dia beli sesuatu secara online ialah pada tahun 2001 ketika di UK. Husband beli buku dan CD Audio di Amazon.co.uk ketika itu, menggunakan kad debit NatWest. Entah kenapa ketika itu, dia kata hati ini amat mempercayai bahawa orang Barat tidak akan menipu. boleh pula macam tu, kalau nak menipu tak kira bangsa apa pun

Baru2 ni husband ada membeli T shirt dari US melaui e bay. Agak sukar sebenarnya dia nak mencari T Shirt besar yang mempunyai logo dan grafik yang unik di Malaysia. Mula2 saya bising juga, takut kena tipu. Bila dia explain dia menggunakan medium paypal dan hanya beli dengan trusted seller. PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat. Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita kepada penjual.

Beberapa kelebihan menggunakan PayPal (sumber DI SINI)
  1. Cepat - pembayaran dibuat serta-merta
  2. Privasi - PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual.
  3. Global - PayPal diterima hampir kesemua negara di dunia ini, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa.
  4. Mudah - Menghantar wang / Membuat pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja.
  5. Dipercayai - Mengetuai dalam industi membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.
  6. Keberkesanan - Ianya adalah percuma untuk menghantar wang, dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan.

Husband beli di ebay pada 18 Jun 2012 dan pada 19 Jun 2012 dia menerima email dari penjual  di US bahawa barangan tersebut telah dipos. Pada 4 Julai, husband menerima tshirt tersebut. Di sampul parcel tertulis DILEPASKAN OLEH KASTAM 02 Julai 2012. Harga Tshirt lebih kurang RM 24 dan harga pos juga RM 24. 

Parcel yang telah selamat diterima

Nama je beli dari USA tapi Made in Mexico.. Hehhe. Saiz T shirt ni memang besar dengan wording the internet is awesome

6 comments:

  1. hehehe..beli dgn huda insyaAllah selamat :)

    ReplyDelete
  2. lieya pun suke online soping nie...tapi tu laa kene make sure dari sumber2 yg bolehdipercayai..sbb bile bace kat group yg tekene ngan online seller ni ramai gak...so kene hati2...

    ReplyDelete
  3. sis, i kalo ada tulis paypal nie lak...
    memang tak beli ler...
    me beli kalo online kat malaysia jer kot....
    tak puas kalo tak dpt pegang2, rasa2 barang tu dulu sblum beli...
    tu yg sangat sangat sangat jarang nak beli online...

    ReplyDelete
  4. USA tukar Mexico ler pulak...tapi tak pe ler janji oversea.

    ReplyDelete
  5. smenjak bli dpt brg len kolor, eB trus mlc nk order online dh hu3

    ReplyDelete
  6. kat UK mmg sangat mudah bila beli secara online.. mudah dan cepat... order hari ni, esok atau lusa dah sampai... itu membuatkan saya agak addicted!

    walaupun paypal tu dikatakan cara agak selamat, tapi ada juga kes yang orang boleh hack kita punya paypal akaun. Kawan saya dah pernah kena, dalam £500 jugak. Tapi bila buat laporan kepada Paypal, Alhamdulillah duit tu dapat balik.

    Sejak saya berkecimpung sbg online buyer ni, Alhamdulillah belum lagi kena dgn fraud mcm tu :)

    ReplyDelete