My sweet story...

My sweet story...

Monday, September 26, 2011

I CITY yang penuh warna warni

Tak plan sebenarnya nak pergi I city ni. Masa jalan2 di Seksyen 7 terus ajak daddy singgah I city. Pergi masa weekday tetap ramai pengungjung. Kalau weekend alamatnya tak dapat masuklah. Dah pernah terjadi dulu.

Sampai je di I city terpegun sekejap. Wow banyaknya perubahan. Dekat kawasan yang penuh dengan lampu warna warni dah ada pelbagai mainan untuk dicuba tapi semuanya perlukan RM. Dah macam fun fair pula. Next time nak cuba masuk rumah salji, hari tu tak pakai kasut bertutup malas nak masuk. Nanti kesejukan melampau pula. Kalau tak silap RM25 seorang untuk masuk rumah salji. Sebelah rumah salji tu ada tempat untuk main pelbagai jenis permainan macam di Genting.

Humaira sangat happy. Tak habis2 sebut ampu canti (lampu cantik). Tengah mummy leka sekejap dia bantai nak naik replika kuda yang ada lampu. Terus guard bunyi wisel. Ayoo malu mumyy. Ish ishk..

Ada train yang mengelilingi lampu di I city. Satu hari nak naik juga


Apalah yang Humaira nak buat tu. Makin hari makin panjang akalnya


Nak capai ampu canti (lampu cantik)


Kusut dah...Mahu tidur lah ni.


6 comments:

lieyalatif said...

nieda tau, lieya belum penah pegi lagi icity ni....huhuh...bile laa agaknyer...ingat nak pegi laa dlm mase terdekat ni...bagi budak2 ni teruja...dayyan dah le suke tgk lampu....mesti die pun excited mcm kak humaira....

~ana~ said...

ana br pernah sekali pergi..tu pun kejap je..ms tu parking pun fre lg..nak masuk rumah salji pun x payah bayar..skrg semua berbayar..hu3x..

Unknown said...

huda pun x penah smpi lg :) insyaAllah 1 day nnti nk try gakla :)

Izwa Kamaruddin said...

dari free smpai berbyr tak pernah pg i-city..hukhukhuk..

Unknown said...

2x kita pgi time siang..tk pnh rsa lg time malam..

anie said...

akhir tahun lepas da gie..tapi xde la seperti ida cakap da macam genting tue..nie kena gie lagi nie...

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails