My sweet story...

My sweet story...

Friday, September 30, 2011

Humaira terkunci dalam bilik

Dari bulan lepas cik adik manis ni selalu praktis nak kunci tombol pintu dalam bilik. Cumanya belum berjaya lagi. Alkisahnya hari Isnin lepas masa mummy di dapur boleh pula dia terkunci dari dalam. Sedar2 je bila dia jerit mummy...Nervous sekejap..Nasib baiklah tingkap bilik terbuka, mummy minta hp kt Humaira then call daddy kat office. Daddy kata kunci bilik dekat rak TV. Fuhh nasib baik. Kalau tidak.......

Rupa-rupanya cik adik manis ni tak puas hati dirinya terkunci dalam bilik. Nak tengok apa aksinya selepas tu???



*


*


*


*


*


JENG JENG JENG


*


*


*


*


*


*


*

Maunya mummy dengan daddy tak pecah perut gelak tengok aksinya. Cuba nak buka pintu guna kunci mainan dia.. Hahaha.


Bila tak dapat buka, mengamuk.......Yang bagusnya lepas insiden tu tak berani dah nak main tombol pintu.

14 comments:

CuppyCakeMommy said...

Educational Toys promotion at my blog now..come and cekidout the fun!

or add us in fb
intelligent.toys@yahoo.com

Mag said...

huhu..nasib baik humaira dah pandai nak ambik2 phone..kalau tak terkurung lah sampai daddy balik.huhu

mamaarifakeemaisy said...

aduhai...seb baik ada jln penyelesaian terbaik..kalau tak haih...

arif tak perasan lg bab2 tekan kunci tombol tu, dia tau nak pusing bukak pintu je..hee~

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

anak2 BSB pun suka main kunci2 bilik. tue pasal bsb simpan kunci kat hall.

ct rahani said...

alahai seb baik x lama terkurung.. budak2 mmg camtu kan.. bila dah kena diorg akan ingat smpai bila2.. bagus gak kan.. pengajaran utk diorg.. :p

♥ Vna ♥ said...

huwaaa sib baik dapat bukak..mmg harukan kalau anak terkunci dalam bilik

~ana~ said...

ya allah...nasib baik la tingkap terbukak...kalau x..mcm mn la humaira kat dlm tu agak nyA.

Jasfyra said...

kesian ada,kelakar pun ada..hihi.dina pun pernah terkunci dlm bilik masa umur 2 tahun. lps tu pintu tu tersekat xleh bukak.terpaksa pecahkan tombol.masuk2 je bilik,dina dah menggigil.kesian sgt.humaira xmo main kunci2 tombol pintu lg tau .. ;)

NzA said...

bijakkan anak2 kecil ni..mrk adalah pemerhati yg trbaik..ttp mmg panik kalu anak trkunci camtu..nk2 kalau tingkap brgrill....

Softtouch [Hanim] said...

nasib boleh buka balik nieda n sekejap je terkunci...sian humaira terkunci...

Unknown said...

yg tu plg sy takut..anak sy pon suka benar tutup pintu..kalo sy kemas kasut kt luar rumah dia sibuk tutup pintu..bukan apa tkut dia terkurung kt dlm sy kt luar rumah je..hihihi..

lieyalatif said...

uih bederau darah aku bace..seb baik lee humaira cool tak nangis kan...kalo tak kelam kabut dibuatnyer koooo...

MamaYatie said...

haihh..sabor jer la..mysara hari tu terperangkap dlm bilik, time2 tu jugak tombol tu rosak & tak leh buka..sudahnya terpaksa la kopak..dekat 1/2 jam la jugak dia melalak dlm bilik..huhu

Unknown said...

husna rajin tutup pintu..riso gak kalau ape2 jadi kat dlm tu..sib bek humaira x ape2..

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails