Monday, August 30, 2010

Kes buang bayi di Simpang 3 sebelah Apartment Brunsfield Riverview

Apa nak jadilah manusia zaman sekarang. Kesian anak tidak berdosa ini. Jalan ni memang saya selalu lalu, tak sangka ada yang tergamak buang bayi dekat situ. Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang, 29 Ogos 2010 di Simpang 3 sebelah Apartment Brunsfield Riverview. Bayi diletakkan dalam beg kertas dan disangkut di papan tanda " Beri Laluan". Menitis air mata saya tengok.

Berita lanjut boleh lihat dalam metro online DISINI

Credit to JIDIN atas foto di bawah..

Bayi digantug pada papan tanda BERI LALUAN..


Pegawai kesihatan sedang cek tali pusat yang belum dipotong


Tali pusat selamat dipotong dan bayi dibersihkan


Bayi ditempatkan di selimut yg bersih ihsan penduduk berdekatan

Humaira first step

Alkisahnya, pagi semalam mummy sidai kain depan rumah. Daddy bawa Humaira dan pakaikan kasut, terus Humaira jalan. Akhirnya, penantian mummy selama ni sangat berbaloi. Budak yang sangat gayat untuk berjalan. Sebelum ni Humaira dah boleh jalan tapi cuma dalam 10 langkah, kali ni makin panjang langkahnya. Cayalah sayang, mummy harap raya nanti Humaira boleh jalan sepenuhnya, barulah cantik pakai baju kurung. hehe...Bawa masuk rumah terus merangkak balik, sabo ajelah..

Tgh balance badan


Sukanya dpt berjalan





Perasan tak, nak balancekan badan tangan mesti mcm tu..hik


Baru dapat kaki terus nak jalan keluar..Bahaya!!



Video yang sempat mummy capture..Nice moment. sorry gambar terbalik, baru blaja upload video

Saturday, August 28, 2010

Menu buka, makan laksa pula

Sesekali tukar selera, selalunya setiap hari makan nasi waktu berbuka. Kali ni makan laksa request dari hubby. Tiba2 pula dia minta masakkan laksa. Dah lama gile tak masak laksa, hampir 2 tahun rasanya. Sesekali kalau teringin nak makan laksa beli dekat luar, tapi tak boleh lawan ada satu gerai dekat IPOH. Memang sedap..

Suka sayur banyak


Salad dgn timun letak banyak2 dalam kuah laksa mmg sedap..

Friday, August 27, 2010

Kebab ayam, menu buka puasa

Hari Isnin lepas, masak kebab ayam. Gigih cari resepi di internet, akhirnya jumpa juga dekat satu website mat salleh. Minggu lepas beli dekat PARAM secucuk RM5, mahal tapi sedap. Bila tengok husband dan Humaira suka makan, gigih mummy cari resepi untuk yang tersayang.. Hehe.. Simple je masak guna frying pan

Inilah rupa kebab ayam yang mummy masak..Walaupun rupanya tak menarik tapi daddy kata SEDAP. Buat 6 cucuk, 4 cucuk daddy yang habiskan (termasuk mkn sahur)


Ini mummy punya..


Bergedil, kalau beli dekat area kawasan rumah RM1 seketul, mahal..buat sendiri lagi jimat. Hari tu daddy beli bergedil dekat Puncak, ayam tu dah busuk. Geram betul


Jagung untuk Humaira..Dia memang peminat jagung.

Thursday, August 26, 2010

Longan kering boleh tambahkan susu badan

Longan kering dikatakan boleh menambah air susu badan. Bulan puasa ni ramai ibu-ibu di luar sana yang BF baby risau susu boleh merundum termasuk saya. Alhamdulillah, sehingga separuh Ramadhan, susu masih maintain. Apa yang penting jangan skip sahur. Bagi saya, sahur banyak membantu memberi tenaga untuk BF baby. Sebelum ni saya pernah ganti puasa tanpa sahur, memang lembik tahap dewa. Pump susu pun sikit je keluar.

Seminggu sekali saya akan minum air longan. Alhamdulillah, memang nampak hasilnya. Longan kering boleh didapati dikebanyakkan kedai ubat cina. Mommies yg menyusukan baby teramat-amatlah digalakkan mengambil minuman lazat ini kerana ianya terbukti dapat meningkatkan production susu badan anda!

Inilah rupa longan kering my MIL yg belikan


Ambil segenggam untuk direbus


Tambahkan gula secukup rasa. Boleh diminum ketika panas atau sejuk, memang sedap..




Happy breastfeeding..moga boleh increase production milk mommies semua...

Takziah buat Hanis sekeluarga atas pemergian kedua ibu bapanya

Updated: boleh tengok di SINI

Hanis merupakan kawan sepejabat husband saya. Walaupun saya tidak mengenali beliau secara dekat tapi berita kematian kedua ibu bapanya membuatkan saya sedih ditambah pula kita bakal menyambut hari raya tidak lama lagi. Saya pernah order biskut strawberi dan kek coklat moist dengan emak Hanis masa tinggal di Ipoh dulu. Memang sedap biskut tu..

Ketika entry ini ditulis husband saya telah berada di Hospital Sungai Buloh untuk menziarahi jenazah. Husband saya sempat hantar SMS:

Hanis dan tunang dia dtg ke tempat kejadian tgk mayat ayah dan ibu dia. Ibu dia yang call Hanis sendiri. Tapi bila sampai dah meninggal.

Semoga hanis tabah menghadapi dugaan yang maha berat ini. Janji Allah tentang kematian amat pasti, tidak pernah terlewat walau sesaat pun. Tiba waktu dan ketikanya kita harus pulangkan kepada penciptaNYA. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman.. Al fatihah untuk Arwah Kamarudin Awang Teh, 62 tahun dan isterinya Nariah Abd Malik, 54 tahun.

Bila dapat tau je berita tu saya terus online untuk tengok blog ondscence. Saya copy paste berita dari ondscence

KM448-8

Lebuhraya Plus arah Selatan

Rawang, Selangor

26 Ogos, 2010

6-30 pagi

foto-foto dan berita lanjut menyusul.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 6 pagi, membabitkan kereta dinaiki mangsa merempuh belakang sebuah treler di laluan paling kiri lebuhraya.

Mangsa dikenali sebagai :

Kamarudin Awang Teh, 62 tahun dan isterinya Nariah Abd Malik, 54 tahun.

Nariah merupakan Pengurus Pos Malaysia PPL (Pos Laju)cawangan Sitiawan, Perak.

mereka dalam perjalanan dari rumah di Jalan Pantai Remis, Ayer Tawar , Perak menuju ibunegara.

Mayat kini berada di Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.

Wednesday, August 25, 2010

Kempen 1 blog 1 Bendera

31 Ogos ini, kita bakal menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 53 tahun. Atas dasar sayang dan semangat cintakan negara, saya nak kibarkan jalur gemilang di blog ini. Minggu lepas tengok berita TV3 semakin kurang yang mengibarkan bendera di rumah masing-masing. Semoga dengan mengibarkan bendera di rumah alam maya ini menaikkan semangat patriotik kepada kita semua..Jom ramai-ramai kita kibarkan Bendera Malaysia..




Humaira dan anak-anak

Humaira gegirl ni ada 3 ekor anak..Sayang betul dengan anak-anak dia..Siapa anak Humaira?

Tara...

Paling Humaira sayang bebear..Kalau lepas dia BF mesti suruh bebear dia BF juga


3 ekoq semuanya, siap ada nama lagi


Squid Humaira tak berapa suka..Kesayangannya bebear dan pooh


Sayang bebear..muah


Disebalik lampu...


Nangis...apa kes???

Tuesday, August 24, 2010

Gaya Humaira gimnastik

Tu dia, gaya menonggeng Humaira. Mentang-mentanglah tulang lembut lagi. Ini Peel terbaru Humaira. Lagi satu suka jalan atas tilam. Kalau mummy ajak praktis kt lantai jangan harap dia nak. Hari tu dia menonggeng terus tergolek, siap gelak2 lagi.

Ada berani???


Cak...


Inilah bodak gimnastik tu..

Monday, August 23, 2010

Sabtu pergi KIKO warehouse sales dan alkisahnya...

Hari Sabtu lepas excited nak pergi warehouse sales kiko di Puchong. Saya suka juga brand kiko, design menarik. Gerak dari rumah dalam pukul 10.30 pagi, singgah sekejap ofis daddy kemudian zass terus ke warehouse.

Masa on the way nak ke warehouse, kereta kami ditahan dalam satu sekatan jalan raya polis trafik di susur keluar ke kiri persimpangan bertingkat Jalan Puchong iaitu Exit 1114 Puchong Jaya. Seperti biasa polis tu minta lesen dan tengok road tax. Husband bertanya kepada anggota polis tersebut ‘Boleh saya tahu kesalahan saya Encik?’. Tiba-tiba je anggota polis tu marah dan menyindir ‘Boleh tanya lagi ye kesalahan awak? Rupa-rupanya kesalahan husband telah melanggar double line. Secara jujur memang kami tidak nampak kerana jalan yang kami masuk adalah jalan susur keluar (pada pandangan saya jika ada double line bagaimana kenderaan hendak ke kiri dan masuk ke susur keluar). Husband minta maaf dan kalau kena kompaun pun tak mengapalah. Daddy pun senyum untuk meredakan kemarahan polis tu, semakin meradang polis tu.

Bila jadi perkara macam ni, geramnya. Sudahla bulan puasa. Bagi saya, sebagai penjawat awam yang kerjanya berhadapan dengan public, mestilah kena ada etika dan bercakap secara berhemah bila berhadapan dengan orang awam. Kesalahan besar yang polis tu buat, tak pakai nombor badan. Memang husband saya tercari-cari no anggota polis disebalik uniform beliau tapi tak jumpa. Dan polis tu pun tahu husband saya mencari no badan beliau. gelabah juga polis tu Alhamdulillah, tak kena saman pun.

Dalam pukul 11.40 sampailah di warehouse. Frankly speaking, tak menarik pun sales kiko. Untuk pakaian yang berumur 1-2 tahun sangat limited ok. Yang banyak pakaian kanak-kanak 4 tahun ke atas. Sabar ajelah. Dah sampai, takkan nak balik dengan tangan kosong, rembat jugalah skirt dan gaun untuk Humaira.



Humaira dah bersiap2 nak pergi kiko sales


Singgah sekejap ofis daddy. Sukanya dia lepak dekat bilik daddy, banyak benda boleh explore. Ajak balik pun taknak. Sabar ajelah..