Sejak akhir2 ini viral posting cuaca panas akan melanda Malaysia tidak lama 
lagi. Post yang diviralkan di Whatsapp menerangkan bahawa fenomena cuaca
 panas melampau dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan 
kesihatan tidak terjejas terkandung di dalamnya. Berita di bawah dipetik
 dari Utusan Online di url seperti di bawah.
http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/alam-sekitar/panas-ekstrem-melanda-negara-boleh-bawa-maut-1.62093. 
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas
ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal
kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti
strok haba. 
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr.
Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga
kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada
ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.
“Perubahan iklim ini akan
menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan
air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan
kardiovaskular juga meningkat.
“Kes penyakit denggi pula akan
meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak
ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus
dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan tentang
negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan
sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari
berada tepat di atas garisan khatulistiwa.
Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang
berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih
cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.
“Mereka yang terbabit dengan
kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera,
polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.
“Orang dewasa berusia 40 tahun ke
atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda.
Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah
tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang
berisiko tinggi,” katanya.
Sementara itu, pakar kesihatan
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan
berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh
membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.
“Masalah kekurangan air dalam badan
adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan
kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.
“Minum banyak air suam, air isotonik
dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.
Sinar
 Harian pula melaporkan seperti dibawah.Boleh lihat berita penuh di url 
http://www.sinarharian.com.my/nasional/fenomena-ekuinoks-bukan-punca-cuaca-panas-melampau-1.362919.
 
KUALA LUMPUR - Fenomena Ekuinoks yang dijangka berlaku di negara ini 
mulai minggu depan tidak akan membawa kepada perubahan cuaca melampau, 
kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail.
 
Beliau berkata situasi itu hanya akan menjurus kepada peningkatan suhu antara satu atau dua darjah Celcius.
 
"Ini masih dikira normal dan tidak akan memberi kesan besar secara keseluruhan," katanya kepada Bernama.
 
Menurutnya, ini merupakan fenomena biasa kerana Ekuinoks berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada Mac dan September ketika matahari berada tegak di atas garisan Khatulistiwa, lokasi negara ini berada.
 
"Ekuinoks tidak beri kesan besar terhadap suhu kerana perubahan suhu banyak dipengaruhi faktor seperti pergerakan angin, hujan dan lain-lain lagi," katanya.
 
Suhu di Malaysia ketika ini ialah sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius.
 
Sementara itu, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga (Awer), S. Piarapakaran berkata Lembaga Urus Air Selangor (Luas) perlu memantau dengan lebih teliti paras air empangan terutama Empangan Sungai Selangor.
 
Menurutnya, amaran paras air empangan kritikal perlu dinaikkan daripada kadar 30 peratus sekarang kepada 50 peratus.
 
Empangan Sungai Selangor membekalkan 60 peratus air ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
 
"Sekiranya paras kritikal ialah 50 peratus, sekurang-kurangnya tindakan drastik boleh diambil dengan cepat dalam memulihkan kembali paras air empangan," katanya. - Bernama
Beliau berkata situasi itu hanya akan menjurus kepada peningkatan suhu antara satu atau dua darjah Celcius.
"Ini masih dikira normal dan tidak akan memberi kesan besar secara keseluruhan," katanya kepada Bernama.
Menurutnya, ini merupakan fenomena biasa kerana Ekuinoks berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada Mac dan September ketika matahari berada tegak di atas garisan Khatulistiwa, lokasi negara ini berada.
"Ekuinoks tidak beri kesan besar terhadap suhu kerana perubahan suhu banyak dipengaruhi faktor seperti pergerakan angin, hujan dan lain-lain lagi," katanya.
Suhu di Malaysia ketika ini ialah sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius.
Sementara itu, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga (Awer), S. Piarapakaran berkata Lembaga Urus Air Selangor (Luas) perlu memantau dengan lebih teliti paras air empangan terutama Empangan Sungai Selangor.
Menurutnya, amaran paras air empangan kritikal perlu dinaikkan daripada kadar 30 peratus sekarang kepada 50 peratus.
Empangan Sungai Selangor membekalkan 60 peratus air ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
"Sekiranya paras kritikal ialah 50 peratus, sekurang-kurangnya tindakan drastik boleh diambil dengan cepat dalam memulihkan kembali paras air empangan," katanya. - Bernama
Dua
 statement berbeza dari orang kesihatan dan orang meteorologi mengenai 
ekuinoks. Namun jika diteliti, suhu memang akan meningkat. KP 
Meteorologi mengatakan bahawa ekuinoks bukan lah penyumbang kepada cuaca
 panas melampau dan dia juga mengatakan bahawa tiada cuaca panas 
melampau di Malaysia kerana cuaca di Malaysia ketika ini adalah sekitar 
33 hingga 35 celcius. Maknanya, cuaca di Malaysia memang sudah panas. 
Tetapi beliau juga tak menafikan bahawa akan berlaku peningkatan satu 
hingga dua celcius namun katanya tiada impak besar. 
Walau
 agak berbeza statement masing-masing, namun dilihat kedua-duanya 
mengatakan bahawa suhu bakal meningkat dan kenyataan KP Kesihatan 
tentang apa yang perlu dibuat ketika musim panas elok kita ikut. 
Apa-apa
 pun, yang pasti sedang berlaku penurunan air di empangan. Saya sendiri 
standby beberapa perkara untuk hadapi musim panas ini iaitu :-
1.
 Catuan air. Tinggal di kawasan padat, apabila hujan tak turun lama, 
paras empangan air akan menurun. Buat cloud seeding untuk hujan pun 
perlukan awan yang sesuai. Saya dah merasa catuan air ini. Langkah perlu
 diambil segera, setiap tahun kita lalui musim panas melampau dan hujan 
melampau, takkan nak lalui musim catuan air melampau juga.
2.
 Servis penghawa dingin rumah. Sejarah membuktikan, bila musim panas, 
aircond rumah saya akan dibuka lebih kerap dan lama. Siang pun buka 
aircond, malam apatah lagi. Pernah satu musim panas melampau, tidur 
malam seperti tidur tengahari, buka kipas yang ada hanya angin panas. 
Aircond dihidupkan untuk dapatkan angin sejuk. Kenalan saya yang bekerja
 servis aircond memberitahu bahawa jika aircond tidak diservis mengikut 
jadual, musim panas melampau compressor aircond akan bekerja keras dan 
lama-lama boleh rosak. Saya dah ada pengalaman aircond rosak ketika 
musim panas. Beli baru pula terpaksa tunggu stok kerana stok aircond 
habis. Ramai sangat beli. Memang panas hati jadinya.
3.
 Beli penghawa dingin. Sesiapa yang berhajat nak beli aircond tapi asyik
 tangguh-tangguh kerana hati belum cukup mahu, nasihat saya belilah 
sekarang. Nanti dah masuk beberapa minggu musim panas melampau baru nak 
cari aircond, samada terpaksa bayar mahal untuk aircond berciri premium 
yang ciri-cirinya kita tak perlukan, ataupun terpaksa tunggu stok. Saya 
dah kena, cari seluruh Shah Alam hingga ke Kota Damansara pun takde 
stok, semuanya kena tunggu seminggu dua. Yang ada stok cuma yang 
berkapasiti besar, dah la harga mahal, nak pakai pun yang HP kecil 
sahaja. Akhirnya terpaksa kedai di Rawang yang hantar aircond. Itupun 
nasib baik kawan satu taman yang kebetulan nak beli aircond kerana tak 
tahan panas melampau, dia yang uruskan. Tukang pasang aircond, apabila 
saya tanya, katanya musim panas ini ibarat rezeki bagi dia, hari-hari 
dari pagi sampai ke petang kerjanya deliver aircond baru dan pasang. 
4.
 Jerebu. Ini yang kita takutkan. Bila lama tak hujan, tiba-tiba akan 
muncul jerebu, baik dari pencemaran, baik dari kebakaran hutan yang 
disengajakan atau tidak disengajakan. Bukan sahaja saya risau akan 
kesihatan saya, tetapi juga kesihatan anak-anak lagi-lagi si 
Kakak yang mudah batuk. 
5.
 Nyamuk dan kucing. Ini pun satu hal. Tapi kalau terlalu panas, 
lama-lama nyamuk pun tak ada. Ini saya lalui sendiri. Mungkin sebab dia 
mati atau takde tempat nak membiak sebab takungan air semua kering. Dan 
kucing-kucing akan muncul cari air untuk minum. Di taman perumahan saya 
banyak kucing liar dan juga kucing bertuan tetapi tuannya liar sehingga 
tak kisah kucing kehausan. 
6.
 Baju cepat kering. Sejam sidai pun dah boleh kering macam kita masukkan
 dalam dryer di self service laundry. Sepanjang musim panas ini memang 
tiada la kunjungan tengah malam ke self service laundry untuk guna 
dryer. 
cuaca panas kene elakkan duduk kat luar umah atau lakukan aktiviti luar kan..
ReplyDeleteakak n along dah 3 minggu diserang asthma dan batuk2......musim mcm ni betul2 mencabar sbb berhabuk.
ReplyDelete