23 dec..Hari ni genap 8 tahun usia perkahwinan kami..Semoga kita dapat menempuhi segala susah senang bersama.  8 tahun 
perkahwinan ini, macam2 kita lalui bersama. Tidak ada satu perkahwinan 
pun yang sempurna, yang boleh memberi jaminan akan sentiasa berada dalam
 keadaan tenang. Kadang2 berlaku juga perselisihan faham. Bukan mudah 
sebenarnya membina kehidupan bersama individu yang berbeza dari segala 
segi. Namun yang paling penting cara penyelesaian yang positif perlu 
digunapakai. Dari itu kita akan dapat mempelajari kesilapan dan 
memperbaiki di masa hadapan. Insyaallah.
 Bagi saya, persefahaman suami isteri sangat penting, ia bukan boleh 
dicapai sehari dua tetapi merupakan satu perjalanan sepanjang usia 
perkahwinan. Cabarannya mungkin berbeza di awal perkahwinan, pertengahan
 dan hujungnya tetapi yang penting kita menerima diri masing-masing seadanya. Perbaiki 
kelemahan yang ada untuk kesempurnaan rumah tangga kerana kita bukanlah 
insan yang sempurna, yang tidak lepas dari kesilapan.
*Khamis lepas, hubby dah mula bertugas setelah empat tahun cuti belajar sepenuh masa. Bermulalah kerja iron baju hubby  kerja yang paling aku tak suka . Hahaha. Untuk abang, Selamat kembali bertugas dan mendidik anak bangsa. 

Happy anniversary Nieda & husband...
ReplyDeleteSelamat ulangtahun perkahwinan.Moga bbahagia hingga taman2 syurga...amin
ReplyDeletehappy anniversary nieda..=)
ReplyDeletehepi aniversary nieda dan suami.... moga kekal bahagia ke akhir hayat...:)
ReplyDelete