Tuesday, December 23, 2014

Our 8th anniversary

23 dec..Hari ni genap 8 tahun usia perkahwinan kami..Semoga kita dapat menempuhi segala susah senang bersama. 8 tahun perkahwinan ini, macam2 kita lalui bersama. Tidak ada satu perkahwinan pun yang sempurna, yang boleh memberi jaminan akan sentiasa berada dalam keadaan tenang. Kadang2 berlaku juga perselisihan faham. Bukan mudah sebenarnya membina kehidupan bersama individu yang berbeza dari segala segi. Namun yang paling penting cara penyelesaian yang positif perlu digunapakai. Dari itu kita akan dapat mempelajari kesilapan dan memperbaiki di masa hadapan. Insyaallah.

 Bagi saya, persefahaman suami isteri sangat penting, ia bukan boleh dicapai sehari dua tetapi merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabarannya mungkin berbeza di awal perkahwinan, pertengahan dan hujungnya tetapi yang penting kita menerima diri masing-masing seadanya. Perbaiki kelemahan yang ada untuk kesempurnaan rumah tangga kerana kita bukanlah insan yang sempurna, yang tidak lepas dari kesilapan.



*Khamis lepas, hubby dah mula bertugas setelah empat tahun cuti belajar sepenuh masa. Bermulalah kerja iron baju hubby kerja yang paling aku tak suka . Hahaha. Untuk abang, Selamat kembali bertugas dan mendidik anak bangsa.

4 comments:

  1. Selamat ulangtahun perkahwinan.Moga bbahagia hingga taman2 syurga...amin

    ReplyDelete
  2. hepi aniversary nieda dan suami.... moga kekal bahagia ke akhir hayat...:)

    ReplyDelete