Last week Astro Decoder saya digantikan lagi oleh staf Astro secara percuma.
Semuanya kerana decoder menjadi terlalu lembab di mana untuk tukar
channel sahaja memakan masa beberapa minit. Tu belum kisah tengah
seronok menonton tiba-tiba reboot sendiri. Ini semua tanda decoder sudah
jahanam. Tidak pasti apa penyebabnya, namun saya menjangkakan
bahawa hardware failure ini disebabkan kualiti decoder yang kurang baik.
Nasib baiklah Astro tidak mengenakan bayaran terhadap penukaran decoder
ini, semuanya FOC.
Cuma
proses penukaran ini leceh. Perlu call customer service yang saya lihat
sentiasa sibuk dengan panggilan. Saya perlu menunggu beberapa minit
sehinggalah panggilan saya disambung untuk bercakap dengan customer
service. Dan kemudian diberikan tempoh 48 jam untuk technician hubungi
saya dan selepas 48 jam habis, saya gegar lagi Customer Service dan
kemudiannya baru lah ada technician yang call saya untuk appointment.
Malang
buat diri saya kerana semua yang dirakam dalam hardisk PVR lama hilang
kerana decoder saya terpaksa ditukar. Sepatutnya ada option untuk
transfer rakaman lama ke decoder baru. Satu aspek yang Astro perlu
perbaiki selain dari proses penukaran decoder.
Decoder lama saya yang rosak |
Technician sedang dalam proses menukar decoder |
Decoder baru yang diberi. Siap built in Wifi |
Dan
selepas selesai penukaran decoder, terpaksa menunggu hampir satu jam
agar sim card baru saya diaktifkan. Mungkin kerana musim hujan
menyebabkan ianya lambat. Ketika technician datang ke rumah, cuaca
mendung. Saya tidak pasti berapa lamakah decoder ini akan bertahan
sebelum ianya menjadi lembab dan sering reboot. Yang pasti saya tahu
ianya akan berlaku dan saya terpaksa melalui proses penukaran decoder
sekali lagi. Walaupun percuma tapi prosesnya leceh dan remeh. Saya
mungkin akan terminate Astro terus kerana saya juga mempunyai Unifi dan
anak-anak saya sekarang lebih selesa menonton rancangan kegemaran mereka
di internet menggunakan tablet. Kalau guna TV pun mereka lebih gemar
menonton rancangan mereka yang telah diletakkan dalam USB thumbdrive.
Nampak tiada keperluan sangat untuk menggunakan Astro ini. Untuk berita
terkini pun, news di website lebih pantas. Ketika tragedi MH17 dan MH370
pun segala berita saya dapat lebih pantas dari laman web news agency di
internet.
Suasana mendung di luar, sama mendungnya dengan servis Astro masa kini |
Apa
yang saya lihat ialah walaupun perkhidmatan Astro telah dipertingkatkan
dengan saluran HD, Astro First, AOD tetapi saya dapati bahawa hardware
untuk pengguna tidak dapat menampung kehebatan perkhidmatan yang
disediakan. Lebih-lebih lagi sekarang ini terdapat banyak medium untuk
mendapatkan maklumat dan hiburan. Kos bayaran juga semakin tinggi dan
saya pasti 2-3 tahun lagi Astro akan naikkan yuran langganan terutama
Sports Channel. Kos hidup semakin meningkat tidak selaras dengan
kenaikan gaji. Apabila jimat cermat menjadi keutamaan dalam hidup, Astro
yang akan dikorbankan dahulu.
* update...
Minggu ini saya cuba view kembali rakaman Majalah 3 namun apabila saya tekan Play, tiada response dan apabila saya cuba untuk view kesemua yang telah saya rakam sebelum ini, tiada sebarang response lalu saya reboot kembali decoder. Proses reboot untuk decoder baru ini lebih laju dari decoder lama yang rosak.
Selepas
reboot, baru lah PVR saya beroperasi seperti biasa, boleh record dan
playback. Cuma saya terkejut rupanya Majalah 3 yang dirakam hanyalah
berdurasi 16 minit sahaja sedangkan seingat saya pada malam itu saya
memang merakam keseluruhan episod sebelum saya tutup decoder (standby
mode).
Adakah tanda-tanda ini merupakan simptom awal decoder ini juga tidak bagus? Adakah decoder ini perlu direboot setiap hari.