Friday, July 12, 2013

Hello Kitty Puteri Harbour full review

Salam Ramadhan dan Selamat berpuasa semua..
Hokey hari ni nak share cerita pergi Hello Kitty town, Puteri Harbour JB. Sampai sana dalam pukul 10.30am terus beli tiket dulu. Umur 3 tahun ke atas kena bayar RM55 seorang bagi yang ada my kad. Tak sempat nak sampai sana pukul 10.00 pagi, kalau tak dah tentu Hello Kitty yang sambut. Ada 3 tingkat, tingkat 1 Santrio Hello Kitty Town. Tingkat 2 dan 3 The Little Big Club yang menempatkan karektar kartun Bob the builder, Barney, Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas & Friends. Bayaran untuk masuk The Little Big Club pun sama RM55. Kalau masuk kedua2 tempat ni ada diskaun, RM85.00. Macam kiteorang memang dah decide awal2 nak masuk hello kitty town je. Maklumat lanjut boleh tengok website DI SINI. Bulan Ramadhan ni ada promosi, hanya RM55 untuk masuk kedua2 tempat tapi for sure muslim tak ramai yang pergi. huhu..

Hello Kitty town ni memang sangat sesuai untuk pre school. Aktivitinya memang khas untuk budak2 dalam 6 tahun ke bawah. Bagi yang addict dengan karakter hello kitty boleh la pergi sini. Dalam kawasan indoor, so aircond sepenuhnya.

Sebelum masuk, kena pakai tag di tangan. Beg pun kena check, tak boleh bawa makanan dari luar ya. Kalau nak bawa juga, pandai2 lah sorok. Kat dalam tu, harga makanan memang mahal, standard secret resepi. Lat's place pun ada bagi yang nak makan buffet terletak di ground floor. Dekat ground floor, ada baby room, cafe. Dekat2 situ pun ada kedai seperti toy r us, farmasi caring, cafe. Masa saya pergi food court tak buka lagi, maybe kat situ harga murah sikit.

Kita akan dapat daily activity card.

Kegunaan daily activity card ni untuk masuk dalam wishfull studio activities. Setiap kali nak masuk dalam studio activity ni kena stamp. Ada 6 tempat untuk di stamp iaitu cookies studio, nail saloon, Jewellery Making, Costume Dress up &  Photo Studio, black wonder dan Hello Kitty's House. Boleh masuk sekali je tempat yang kena stamp ni. Selain itu ada tea cup ride, Garden photoshoot with Hello Kitty & Dear Daniel, The Purrfect stage, cafe dan juga playground.




Mula sekali kiteorang masuk black wonder. Kena cari clue dan akhir sekali kena cantumkan words.Sesiapa yang dapat cari words dengan tepat akan dapat sijil. Saya idakler cari, just for fun. Nak handle 2 orang budak sangatlah mencabar.
Dalam black wonder. Sebenarnya Humaira ni takut. Environment dalam black wonder ni dia kata macam rumah hantu. Haha..

Lepas tu kiteorang tengok persembahan hello kitty. Kena alert dengan schedule, sangat best tengok persembahan hello kitty.




Tengah2 syok tengok, tetiba dancer ajak Humaira and friends menari bersama Hello Kitty & Dear Daniel.

 Anak dara saya yang pakai baju putih polkadot, sebelah penari lelaki. Hehe...

Habis je persembahan, masuk Hello Kitty's House pula. Spend masa lama kat dalam ni, Humaira sangat excited. For sure lah gegirl akan suka. Sangat comelll.
Dapur Hello Kitty

Hehehe..Menagis sakan. Tau takut tengok bear besar. Sangat lasak sekarang ni..

For sure lah gambar Humaira paling banyak dalam ni..


Kemudian masuk dalam studio activity untuk cookies studio dan nail saloon.
Dalam cookies studio hanya diberi masa 5 minit sahaja untuk decorate cookies bentuk kitty dengan jem strawbery dan coklat. lepas siap boleh makan cookies terus.

Nail studio..Waaa rupanya pewarna kuku tu permanent. Idakler mokcik tau. Nasib baik mummy letak satu je pewarna kat kuku Humaira. Huhu...Nasib baik kecil lagi, sah2 tak boleh bawa solat ni.
Selesai  buat nail salon, tunggu untuk persembahan seterusnya dari Hello Kitty and friends.



Last sekali buat aktivity Jewellery Making, Costume Dress up &  Photo Studio. Jewellery making tu kita buat necklace. Boleh pilih corak yang kita nak. Sorry takde gambar. Daddy tengah melayan Firaas masa ni yang sedang mengamuk. Kemudian kita pakai costume dress dan ada profesional photographer yang akan ambil gambar. Yang menariknya, background dekat belakang hijau je, tapi setelah diedit penuh dengan gambar hello kitty. Daripada taknak beli gambar, terus beli. RM30 sekeping gambar. Kalau beli 4 pcs RM100.  Sebenarnya kat dalam tu, byk je photographer yang akan ambil kita, terpulang kat kita nak beli atau tidak.

Before balik, main puas2 dulu di playground.


Overall, nice place. Gegirl pasti suka. Kalau anak dah besar better pergi legoland kot. Aktiviti di sini lebih kepada pre school dan juga yang addict dengan karakter hello kitty.

* Trip seterusnya, after check out keesokannya, daddy bawa masuk UTM Skudai, Claytan dan Ayer Itam. Dalam entry seterusnya ya..

4 comments:

  1. Menariknyer... gigirl mmg melompat la masuk tempat canni.

    ReplyDelete
  2. menarik utk bdk2 je ni....
    sy tggu n3 claytan....hahaha...bab tu...i likeeee...!

    ReplyDelete
  3. Ni mesti anak muza dicha suka sbb byk pink pink....ari tu xpegi HK ni ganya p Legoland je....next time kot....

    Dh besar dh anak dara nieda tu..humaira...makin cntik mcm mummy dia

    ReplyDelete
  4. comelnye nieda dengan si humaira dalam kostum hk tu hehehe. acik xsampai lagi :)

    ReplyDelete