Thursday, March 7, 2013

Kerana seekor lipas..

Kerana seekor lipas dalam kitchen kabinet aku jadi penat. Penat apa???Penat kena basuh balik semua barang2 dalam kabinet, mop lantai bagai. Sehari suntuk hokey nak mengemas semua barang2 tu.

Alkisahnya sebelum cuti CNY, buka kabinet dapur, terpandang seekor lipas. Huwaa dah cuak. Nampak nor penakut lipas. Kakak aku memang selalu mengata, harap je badan besar, lipas kecik pun penakut. Dalam banyak2 binatang, aku paling takut dengan lipas. Tikus or cicak takpe lagi. Sama juga lah dengan my husband. Cuma dia idakler takut melampau macam aku, husband geli sajork. Huhu pecah rahsia.

Sejak tau ada penghuni lain dalam kitchen kabinet, tak buka dah. So cik abang saya terpaksalah beli perangkap lipas. Kalau nak sembur racun lipas, penuh pinggan mangkuk dalam tu. Pasang perangkap tu sebelum balik kampung..

Bila dah balik Shah Alam, benda pertama yang cik abang i tengok mestilah dalam kitchen kabinet. Apa jadi..


Jeng..jeng..jeng..

*









*









*








*









*








*


Nampak tak dalam circle tu? masa tu lipas ni hidup lagi. tengah berusaha untuk melepaskan diri dari gam. Kami pun biarkan ajelah dengan harapan lama2 nanti dia akan mati..
Tapi ada tapinya...............


Esok pagi aku check, sudah hilang.. nan hado hokey. Huwaaa berjaya juga lipas ni melarikan diri. Bila bagi tau dekat cik abang i, mulalah dia hangin. ni lah namanya kerana seekor lipas..kami laki bini bergaduh. Sentap mak sekejap bila laki marah2 i. Mulalah bising2..masa nak pasang kitchen kabinet husband memang menentang..sebabnya masalah lipas ni.

Laki aku ni dah mula hot. Siap kau lipasss..selagi tak jumpa selagi tu lah laki aku cari sampai lubang cacing. Akhirnya jumpa juga..Habis kena lenyek lipas tu. Haha.. Lipas tu melarikan diri dalam drawer. Maybe drawer ada terbuka sikit.

Akhirnya dapur dah jadi tongkang pecah. Biasalah bab mengemas bini dia plak take over. Penat woo kena basuh balik semua perkakas dan mop lantai.

Selama ni kiteorang memang jaga tempat2 yang ada potensi lipas membiak. Tapi ada juga yang terlepas pandang. Rupa2nya, ada satu lubang bawah drawer tempat lipas membiak. Sebelum ni lubang tu memang tertutup, tapi ada sekali sinki sumbat, terpaksa buka lubang tu. lupa nak tutup balik. Ini lah padahnya. Sekali sembur cockroach spray..amik kaw, banyak giler anak lipas mati.

Untuk yang penakut lipas, spray ni memang kena sentiasa ada. Hehe



6 comments:

  1. hahaha.. acik dah try umah lipas tu, tapi pandai pulak cik li ni, xmaunye nak masuk kat dlm umah gam tu... huhuhu buang duit beli

    ReplyDelete
  2. dee lipas ok lagi..jangan cicak..tak cukup tanah larikan diri..hehehe..

    ReplyDelete
  3. eeeeeeee geli lak tengok gambar lipas terperangkap tu....

    ReplyDelete
  4. geli kan..yuksss..hahha
    mati ko lipas!

    ReplyDelete
  5. Ni misi ops lipas ni nieda hahahahahh...

    Lieya plak lipas ok lagi....jgn cicak dgn katak mmg aku mencecet lari sambil jerit hahahahahah

    ReplyDelete