Lepas balik kampung sempena mummy berpantang dulu, selalu Humaira request nak karipap. Dia memang peminat karipap. Kalau beli kat luar, bahagian kelim je dia makan. Humaira tak minat yang ada inti. Masa kat kampung hari tu, Embah dia rajin melayan makan. Memang nampak badan Humaira naik sikit terutama tang pipi. Buat donut, kek, bakar roti. Enjoy betul dia makan. Tapi dah duduk dengan mummy, susut balik. Nampak sangat mummy dia MALAS nak masak. Sebenarnya mummy masih dalam pantang masa tu, malas nak buat kerja renyah2, lagipun adik Firaas sekarang ni kalau takde orang kat sebelah mulalah menangis. Pandai nak berteman.
Semalam masa Firaas tidur, sempatlah buat aktiviti dengan Humaira. Mula2 main color2, lepas tu request nak karipap. Ajak dia buat sekali. Mummy buat 1 cawan tepung je, dapatlah dalam 9 ketul karipap kosong. Sekali makan sampai enam ketul hokey.. Hehe nampak sangat dia suka.
Mula2 buat aktiviti color traffic light. Mula2 Embah dia tak faham bila berhenti kat traffic light dia kata red, top. (red stop). Green go.. Hehehe.Kat kampung, selalu Embah dia bawa jalan2. |
Suka dapat makan karipap. Mummy tukang uli, Humaira tukang masuk dalam acuan. Bila buat aktiviti bersama anak2 macam ni memang mereka akan teruja. Dan tentunya makan pun banyak. |
Yang ini dia tolong Embah buat karipap masa kat kampung. |
* Entry auto publish. Mummy kat hometown di Ipoh selama seminggu.
samalah ngn kakak dina n cica..mkn yg tepi je..makpak la tpaksa abiskan tang inti tu.hahaha
ReplyDeletepeminat karipap rupanya humaira..tp budak2 mmg suka gigit part kelim tu..dee yg mak budak pun suka..hihihi..
ReplyDelete