Friday, December 21, 2012

Aktiviti seminggu di kampung

Awal bulan dec lepas, balik Ipoh seminggu disebabkan daddy ada kursus. Humaira tak pernah berenggang lama2 dengan daddy. Mula2 oklah, masuk hari keempat kemaruk cari daddy. Bila tunjuk gambar daddy kat henfon, mulalah sebak. Alahai anak....Rasanya kalau mummy dia takde lagi teruk kot. Huhu..

Sepupu Humaira buat masa ni seorang je. Anak kakak saya, Khaira. Aktiviti dorang berendam dalam pool ajelah sampai kecut2 tangan. 

Menunggu Khaira tak datang lagi.

Baru ada geng

Firaas pula, kakak2nya mandi, baiklah adik melayan mato. Lagi best yer dik.
Saye yang bam2. Berat saye sudah 6.6kg. Mummy selalu mengeluh tak larat dukung saye..


Bawa kanak2 riang ni main indoor playground di Jusco Station 18. Besar tempat ni, memang enjoy sakan diorang main. RM10 sekali masuk, unlimited time.

Main lompat bintang**
Main masak2 pulak..Order ais krim dulu..    

Firaas dgn Mak Long. Kecik lagi, so tengok ajelah kakaknya main
 Jalan2 pula di Taman Botani tengok ikan. Teruja Humaira tengok fish banyak.

Tak larat nak jalan, terpaksalah Acu dukung...

Kat rumah main dengan Pakcik. Time ni malam aje Pakcik boleh layan Humaira, siang Pakcik kerja.

Menghabiskan duit beli barang tupperware. Semua saya beli yang ada promosi untuk bulan Dec. Berpeluh nak membayar. Fuhhh.. Takpelah sekali sekala. Hihi
Susun tinggi2 ni kerja Humaira. Abaikan yang bersepah itu

Nasi lemak yang sangat marvellous. Dari dulu memang saya suka nasi lemak ni. Sambal bilis tak terlalu pedas. Tiga hari berturut2 makan nasi lemak, masuk hari keempat dah pesan kat adik saya tak payah beli dah. Bahaya nanti muk muk.




Memang puas hati kali ni balik kampung lama2.. Fulus pun mengalir macam air..Ipoh memang best shopping, banyak barang2 murah. Selalu kena paw dengan Humaira mainan. Asal keluar je nak mainan. Mak Long pula suka betul bawa pergi kedai mainan tapi serius murah betul barang2 kt kedai mainan tu.

9 comments:

  1. sronoknya humaira main ada geng....
    and yes balik kampung lama2 adalah sanggggaattt best kan sis...

    ReplyDelete
  2. Sian humaira rindu daddy ye.. tp kt kg pun best kan.. byk aktiviti tu.. :-)

    Bumbum betul firas..

    ReplyDelete
  3. Salam dear, geram tengok anak kecil u tu, semangat tubuhnya.

    ReplyDelete
  4. beshnye balik kampung..macam2 aktiviti ada..geram tgk firaas yg makin bambam..=)

    ReplyDelete
  5. bambamnye firaas...

    nida..memang betui shopping kat ipoh...murah dan senang nak dapat ...klu kat sini xreti nak beli..pastu mahal2 pulak..selalu ckp hubby anie..kalau kat ipoh nie da lama boleh p beli sendiri senang je nak cari...hahaha...love ipohhh

    ReplyDelete
  6. tambamnye firaas nieda...geram lieya tgk...lengan tu belipa2 hah..sedap cium tu hehehe

    humaira jugak enjoy lik kg sebab ade kawan baik yeak...

    ReplyDelete
  7. nieda kat mana nak beli pool kecik tu..aku nak beli laa satu ..bagi anak aku memain air..

    ReplyDelete
  8. comel Humaira
    yups
    barang2 dekat Ipoh boleh kata harga dia okay la
    :-)

    ReplyDelete