Selepas seminggu bersalin, baru balik kampung mertua di Muar. Seisi berurut pun dah selesai. Saya ambil 3 hari plus mandikan baby. Tali pusat Firaas dah tanggal pada hari ketujuh. Saya simpan tali pusat 2 beradik ni satu tempat, petua orang tua2 supaya mereka sentiasa akrab dan tidak bergaduh.
Bengkung masih belum sepenuhnya pakai lagi. Setiap minggu cuba pakai bengkung tapi masih terasa sakit kt tempat operation. Belum baik lagi luka bahagian dalaman, luar dah kering. Setakat pakai 5-6jam boleh la, bila terasa sakit kena buka.
Masih breastfeed baby secara esklusif, dan mula train guna botol. Taknak jadi macam kakak Humaira, sampai sekarang fail guna botol. Hari ketiga Firaas lahir cik b dah mula bengkak. Balik je dari hospital terus keluarkan pump spectra 3 yang banyak berjasa. Tersenyum saya dan syukur kerana susu yang keluar masih bewarna kuning lagi. Masih ada lagi kolustrum di hari ketiga kelahiran. Kolostrum atau ada yang panggil titisan emas hadir sekali setiap kelahiran. Titisan emas ini kaya dengan antibodi, sangat sesuai untuk bayi baru lahir yang masih lemah. Hari kelima kelahiran barulah susu matang keluar. Alhamdulillah susu makin meriah.
Masih ada kolostrum lagi |
Firaas pun kurang ragam. Asalkan perut kenyang, lampin kering tidurlah kerjanya. Time berjaga dari Magrib sampailah kul 11malam. Time tidur 2 jam sekali akan bangun minta susu. Humaira pula setiap jam datang cium adik, naik rimas adik. Kakak sayang adik katanya. Bila ada tetamu datang nak pinjam adik, tak bagi. Katanta nanti kakak tinggal sorang.
Cser kali ni tidaklah seteruk kelahiran yang pertama dulu. Mungkin masa lahirkan Humaira dulu ada komplikasi menyebabkan berlakunya 'extended tear' yang menyebabkan kelahiran kedua pun kena cser. Ingat lagi seminggu lepas bersalinkan Humaira, nak balik kampung sakit sangat bila husband terlanggar bonggol. Tempoh sebulan pun masih terasa sakit. Berlainan dengan kelahiran Firaas, Alhamdulillah xde komplikasi berlaku. Hari ketiga dah boleh mandikan Firaas dan uruskan anak2.
Last but not least, terima kasih pada kawan2 yang datang visit baby samaada di hospital atau rumah. Minggu ni saya akan balik Shah Alam dan bermulalah seisi berpantang sendiri di Shah Alam. Semoga semuanya dipermudahkan. Takdelah risau sangat nak berpantang sendiri sebab husband tengah cuti belajar.
Sebelum rambut dibotakkan |
Published with Blogger-droid v2.0.6
mmg sgt2 berguna pam tu kan..susu pun meriah,alhamdulillah..mmg rezeki anak2 :)
ReplyDeletepetua tu ikut jelah kan sis..dee pun ikut tp still anak2 dee asyik bercekau..org kata jantina sama mmg mcm tu...jeles lebih sket..ni jantina lain2..insyaallah humaira syg firaas lebih tu...
ReplyDeletealhamdulillah...semua dipermudahkan....sronok bace kisah org beranak kecik nie.....
ReplyDelete