Monday, September 24, 2012

Print gambar menggunakan canon selphy

Sejak zaman kamera digital ni, semua gambar simpan dalam bentuk softcopy je. Jarang sangat print gambar di kedai gambar, betul tak? Hehe same like me..

Sejak Humaira lahir tak pernah print gambar si kecik ni di kedai gambar. Selalunya daddy akan print menggunakan printer pixma. Hasilnya tidaklah secantik bila print di kedai. Bila dah lama gambar akan menjadi kekuningan. Tapi nampak gayanya jangka hayat printer pixma ni tak tahan lama. Buka salah printer yer. Kononnya nak jimat ink, daddy modified printer tu letak ink di luar. Rupanya kalau lama tak pakai, ink akan tersekat2. Mula2 dulu ok bila kena selalu bersihkan TAPI sekarang dah buat perangai. Hanya keluar warna hitam je.

Setelah google di internet, daddy berkenan dengan canon selphy. Kualiti gambarnya sangat cantik dan ketahanan gambar dengan sinar UV sehingga 20 tahun.

Glossy photo dan ink. Ink jenis macam karbon.

Inilah photo printer. Sesuai nak bawa travel, kecil je

Photo album untuk anakanda Humaira dari new born until 3 years ++



Rindu Humaira masa baby...

Pelbagai moment ada..Saat belajar menapak, majlis akikah, breastfeeding...semuanya ada..


8 comments:

  1. memang tul pun gambar sumer dlm softcopy je...

    macam best je..bape price dia nida

    ReplyDelete
  2. wahh bestnye nieda...tak yah sibuk dah gi kedai gambar tuk cuci kan....

    yg penting kualitinye cun....

    ReplyDelete
  3. wah..gajet br..lps ni boleh cuci gambar selalu..esp gmbr seju nnt..hehe

    ReplyDelete
  4. Selphy CP 800 harganya RM 399 tapi kalau rajin cari boleh dpt RM 350. Katrij dan photo paper Selphy pula harga RM 110, ada yg jual RM 100, ada yg jual RM 85. Photo paper ada 108 keping dan katrij dia pula memang ngam ngam untuk 108 keping. Tak perlu connect pada PC untuk print, masukkan je thumbdrive atau memory card kamera dan view pada LCD yang ada pada Selphy. Tak perlu risau ink tumpah sebab katrij Seplhy tak guna ink. Kalau ada duit lebih, beli portable bateri untuk Seplhy supaya boleh print di mana mana jua anda berada.

    ReplyDelete
  5. Acik pun simpan gambar dlm pendrive jek, klu ilang menangis sepanjang tahun le kot.. heheheh

    ReplyDelete
  6. wah bagus nie
    betul tuu dik
    akk pun selama nie simpan dlm hard disk , pernah corrupt tapi dpt diselamatkan .. ingat lepas nie nak simpan dlm cd ..

    kalau print mauu ribu koot pic nyee huhuh ;)

    ReplyDelete