Friday, September 14, 2012

Aktiviti masak2 minggu lepas

Alhamdulillah masih lagi sihat walaupun dah masuk trimester 3 usia kandungan. Minggu ni dah masuk 34 minggu. Makin nervous.. Last week ramai rakan2 saya datang beraya. Sempat jugalah mak buyong ni main masak2.. Jumaat hingga Ahad ada je rakan2 saya dan husband datang. Sempatlah mak buyong ni masak nasi impit dan kuah kacang instant (mak saya bagi), soto dan nasi lemak. Puas hati dapat sediakan food untuk tetamu TAPI Isnin lepas terus kaki bengkak. Maybe sebab lama berdiri masa main masak2.. Now dah surut dah. Alhamdulillah.. Dessert pula saya buat talam marble dan jelly kelapa. 
 
Talam marble. Resepi DI SINI

Cuaca panas sedap makan jelly kelapa. Saya guna jenama happy grass.

Kek lapis dan kek buah kukus MIL yang bagi. Kebetulan minggu lepas mereka datang sini. Ramai yang puji sedap kek MIL saya buat. Memang teringin nak belajar buat kek lapis tapi bila MIL cakap untuk melapis ambil masa 3 jam. Huhu terus terbantut hasrat. Insyaallah lepas bersalin bolehla belajar. Ramai yang belajar buat kek ni dari MIL, siap buat bisnes lagi. Kek kukus tu pula, nak masaknya ambil masa 4 jam.. Huwaa lamanya. 


Antara kawan baik saya yang datang minggu lepas adalah Zuera. Kenal Zuera masa lepas SPM kami sama2 kerja jadi minah kilang. Tabik spring dengan zuera, dari dulu sampai sekarang dia seorang yang workaholic. Perjalanan hidup dia buatkan saya rasa sangat bersyukur masih punya parents. Sedih dengar dia cerita, raya hari tu balik rumah makcik dia. Tak ambil cuti pun. Dia kata mana nak sama beraya dengan emak sendiri. Ingat lagi masa saya study kt Shah Alam, seminggu lepas emak zuera meninggal baru saya dapat tau. Terus saya cari bas kt puduraya jumpa zuera di Sabak Bernam. Alfatihah untuk arwah ibu bapanya. Semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
Mak buyong makin montel

7 comments:

  1. sedih x dpt jmpe nieda last week..xde rezeki :(

    ReplyDelete
  2. tahniah nieda...semoga semua nyer berjalan lancar.insyaallah.

    ReplyDelete
  3. alahai rajinnye mak buyong memasak lagi...bagus2...nnt baby dalam perut tue kuar rajin cam mummy dia gak

    ReplyDelete
  4. sedapnya marble tu, terliur sudah nengoknya...

    ReplyDelete
  5. Kek lapis tuh nampak sedap...nyum nyum

    ReplyDelete
  6. salute dgn nieda..dah sarat pun larat lagi memasak..:)

    ReplyDelete