Friday, June 8, 2012

Humaira kena chicken pox

Pagi Sabtu lepas rasa badan Humaira dedar, bila petang suhu terus tinggi. Mummy perasan kat tangan Humaira ada 2-3 tiny red sport. Gelabah juga ingatkan kena penyakit kaki, tangan dan mulut. So bawa pergi klinik, doc check temp dalam 39.3 c, terus masuk ubat vontot dan doc kata bukan HFMD. 

Esoknya red sport tu dah berair. Sah kena chicken pox atau orang Perak panggil plentong.. Sayalah manusia paling risau masa Humaira kena chicken pox. Melalui pembacaan di Internet, ibu yang mengandung tidak digalakkan untuk mendekati pesakit yang ada chicken pox ataupun campak. Doc kata tak apa, sebab saya dah pernah kena dulu. Yang bahaya jika kandungan berusia 3 bulan ke bawah dan ibu yang kena attack ketika saat nak melahirkan baby. Harap2 dijauhkan...

Banyaklah yang bagi petua untuk mengurangkan gatal akibat chicken pox. Air kelapa muda dah bagi Humaira minum. Ramai yang suggest daun bambu (semambu), yang ini memang susah nak cari. Last2 daddy pergi farmasi cosway di Bukit Jelutong beli calamine lotion dan mandian herba pinetarsol. Mandian herba ni kalau tak silap saya dibuat dari daun bambu. Hari ni chicken pox Humaira dah kering, dia pun dah makin aktif. Alhamdulillah...

Beli di Farmasi Cosway

Gambar 2 beranak sebelum Humaira kena chicken pox


Ramai yang confuse termasuk saya antara chicken pox (cacar air) dan demam campak. Hasil carian di Internet rupa2nya ada perbezaan:
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Manakala virus cacar air (chicken pox) pula dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Cacar air (chicken pox) kebiasaannya hanya akan dialami sekali sahaja seumur hidup bagi setiap orang. Tapi boleh berkemungkinan juga terkena lebih dari sekali. Bergantung pada sistem imun setiap orang.

10 comments:

  1. get well soon humaira. xpe kena mas akecik2 ni..nanti dh besar hrp2 xkena dah. :)

    ReplyDelete
  2. semoga humaira cepat2 sembuh ..
    dik bg dia minum air kelapa dan jgn kena air ujan yee .. sumpahan dia tuu ..

    ReplyDelete
  3. o..ingtkn demam campak,cacar air tu sama...

    Moga humaira cpt sembuh yea...!!

    ReplyDelete
  4. Sian Humairah..Moga cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  5. cepat2 sembuh yek humaira... :) niedajgn menggoreng dlm umah,,, hehehe petua larang org dulu2.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah dh ok sket humaira kan.ank kita lom kena lg.org kata baik kena kecik2 ni.parut xde la teruk sgt..eh wak,ingat x kita penah kena chicken pox masa part 2?berjalan dlm panas terik dari bangunan umno ke pkns.hahaha.adoila!!

    ReplyDelete
  7. get well soon humaira... kena jga elok2 tu... arif dl kena time kecik, umo bulan2 gitu...

    tcARE

    ReplyDelete
  8. saya pun letak calamine lotion jer bila anak2 kena chicken pox :)
    semoga humaira cepat baik :)

    ReplyDelete
  9. Ariq pulak kena kat mana nk beli Pinetarsol tue..farmasi cosway..cosway buku tu ke

    ReplyDelete