Tarikh bulan rejab 2012 jatuh pada hari Selasa bermula 1 Rejab. Jadi
malam (Isnin) 21 Mei 2012 adalah malam 1 Rejab. Imam Syafiie
rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu
langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali
sebagai bulan Istighfar.
Umum Islam digalakkan supaya berdoa Istighfar pada malam 1 Rejab.
Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa dan juga makbulkan doa pada malam
tersebut.
KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan
dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang
pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan
Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat
kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab,
seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai
bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus
seribu kejahatan.
assalam, saya tumpang print bolehh..tq
ReplyDeletenieda, nak mintak utk kongsi kat blog ana erk..
ReplyDeleteInsyaallah...
ReplyDeletesekejap je dah Rejab kan...
Tq berk0ngsi.
ReplyDeleteSmga memper0leh berkat.
sha myheart
alhamdulillah...bulan rejab datang lagi....jom amik kesempatan berpuase dibulan penuh keberkatan nie....
ReplyDeleteselamat datang rejab..
ReplyDelete