Thursday, May 10, 2012

Happy 3rd birthday Humaira

10 Mei genap usia Humaira 3 tahun. Dilahirkan pada pukul 9.43 malam dengan berat 3.12 kg di Hospital Sungai Buloh. Bila buka balik entry lama berkaitan pengalaman bersalin Humaira DI SINI sebaknya rasa. Bukan mudah sebenarnya membawa satu nyawa dalam perut. Macamanelah ada ibu yang sanggup dera anak. Omak ni emosi tengok berita TV9 malam tadi. Dah kena tangkap pun ibu kandung baby tu. 

Teringat dulu 10 Mei 2009 jatuh pada hari ibu. Bangganya dapat lahirkan Humaira sempena hari ibu. Tahun ni nampaknya hari ibu jatuh pada Ahad minggu hadapan. Dulu ingatkan hari ibu adalah fixed date rupa-rupanya hari ibu disambut pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei. 

Malam tadi Humaira request nak kek. Sebenarnya dah lama dia nak kek Happy day to you Mickey Mouse (kek birthday bentuk mickey mouse) tapi dekat kedai kek tak jumpa pun kek mickey mouse. Malas nak order online memandangkan kami celebrate kecil-kecilan je. Lagipun mummy, daddy dan Humaira bukanlah peminat kek. So mummy belikan Humaira kek aiskrim. Birthday girl ni peminat aiskrim. Malam tadi sempatlah potong kek.. Bangga anak dara mummy bila mummy nyanyikan lagu happy birthday..

Mummy doakan semoga Humaira sentiasa sihat, menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat. Taat perintah agama, dengar kata mummy dan daddy, serta hormati orang tua. Doa mummy dan daddy untuk Humaira semuanya baik-baik. Insyaallah...

Gambar malam tadi sempena cake cutting

Senyum simpul birthday girl ni...
Ice cream cake hampir cair...

Hadoi...cantiknya perangai makan macam ni. Nasib baiklah kita bertiga je makan kek ni, ishk ishk..

Kek aiskrim coklat...







Gambar Humaira dari new born sehingga usia 3 tahun.Rindunya Humaira masa kecil2 dulu. Rindu bau baby. Walaupun Humaira bau masam sekarang ni, mummy tetap sayang Humaira. Muah muah...

Usia Humaira ketika ini 2 hari
Dalam pantang..gayat dengan air
 
Usia 2 bulan
 
Usia 8 bulan..tayang gigi 2 batang

Setahun 2 bulan belajar bertatih..lambat sikit Humaira berjalan

Setahun 9 bulan..dah pandai menunjukkan emosi

usia 2 tahun...kek mummy buat khas untuk Humaira. Tahun ni kita beli jer.

Terima Kasih Ya Allah atas anugerah terindah ini. Kisah adik dalam tummy mummy nanti mummy share.

17 comments:

  1. selamat hari lahir buat humaira yang comel...moga jadi anak yng baik buat mummy n daddy...:)

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir humaira.... semoga jadi anak yg bijak, sayang ngan parents yek...


    ps Bila nak datang umah acik? hehehe

    ReplyDelete
  3. happy happy birthday darling humaira....
    smoga menjadi anak yg solehah...

    lebat gak rambut dia masa baby ye sis...
    pipi maintain bambam....

    makin ayu jer humaira nie walopun baeeekknya jilat 'pisau' tu...hehehehe

    ReplyDelete
  4. happy birthday humaira..i pun excited nk smbut bday SN hujung bulan ni

    ReplyDelete
  5. happy birthday kak long humaira. ;)

    ReplyDelete
  6. Hepi besdey humaira.....dah nak jadi kak long x lame lagi....semoga humaira menjadi anak yg sihat, bijak dan solehah yeak....kecur tgk sekerim kek tuh....

    ReplyDelete
  7. happy birthday humairah, moga jadi anak yang baik yerk.. jgn nakal2 tau..

    ReplyDelete
  8. happy birthday cutie pie!!
    semoga jadi anak yg solehah & kakak yg baik...

    ReplyDelete
  9. hepy birthday humaira...semoga jd anak yg bijak pndai n solehah

    ReplyDelete
  10. happy birthday humaira. moga menjadi kebanggan ummy dan daddy..:)

    ReplyDelete
  11. comelnya gambar yang 2nd tu!

    happy birthday Humaira :-)

    ReplyDelete
  12. selamat hari jadi Humairah..muuahhhh dari acik BSB.

    ReplyDelete
  13. happy belated bday humaira..dekat2 jek bday die ngan acik lily kan..^__^..btw, comei btol humaira time baby tuh..gerammmmmm...=p

    ReplyDelete
  14. happy bzday humaira ...
    semoga jadi anak yang solehah....

    ReplyDelete
  15. happy besday humaira comel~ jd kakak dia tahun ni kan.. be a good sister okies..^_^

    sedapnye kek dia...

    ReplyDelete