Jom ikut Humaira mengembara jejak Upin dan Ipin di Muzium Negara. Lama betul baru nak update. Bagi kanak2 yang memang meminati karekter si kembar ni memang akan teruja bila tengok pameran ni.
Pelbagai bahan pameran menarik yang telah disediakan di antaranya
bagaimana proses sebuah animasi disiapkan, Replika Rumah Opah,
pencapaian syarikat Les’ Copaque Production dari dalam dan luar negara,
serta pelbagai bahan pameran yang berkaitan dengan latarbelakang Upin
& Ipin.
Setiap pembelian tiket masuk ke pameran ini pengunjung akan mendapat baucer diskaun makanan tajaan KFC Holdings Malaysia. Lebih
menarik, selain daripada gerai-gerai cenderamata, pelbagai aktiviti
pentas juga bakal diadakan termasuklah persembahan teater Upin &
Ipin. Tiket boleh didapati dengan harga RM12 untuk dewasa dan RM6 untuk
kanak-kanak.Banyak masa lagi untuk pergi, pameran ni berlangsung sehingga 31 dec. Cuti sekolah yang panjang ni, boleh bawa anak2 ke Muzium, banyak benda menarik boleh dipelajari.
Masuk sahaja dalam pameran ini, kita dapat mengenali di sebalik tabir setiap suara dalam karekter Upin dan Ipin.
Watak2 yang wujud dalam Upin dan Ipin.
Melepak atas pangkin Atuk. Kalau biarkan Humaira ni, mesti melompat2 atas pangkin.
Susahnya nak tangkap gambar si kenit ni. Cepat je dah hilang.
Melilau je mata Humaira ni..
Di hadapan rumah Opah ada sangkar ayam, siap ada bunyi ayam lagi. Si kenit ni siap buka sangkar ambil ayam dalam sangkar tu. Laju betul tangan kenit ni.
Replika rumah Opah
Mummy cakap kat Humaira dari kiri kasut Upin, Ipin, Kak Ros dan Opah...Suka betul member sorang ni
Jom kita masuk rumah Opah
Ruang tamu rumah Opah. Lama Humaira lepak kat situ. Ajak jalan tempat lain pun taknak. Last2 kenit ni bisik, mummy mana pipin (Upin & Ipin)... kah kah nak tergelak dengar. Dah agak, budak ni mesti ingat Upin dan Ipin betul2 wujud.
Bilik Upin dan Ipin. Malangnya tak boleh masuk TAPI Humaira selamba je masuk. Walaupun ada penghadang, budak kecil boleh lepas masuk
Ini pula bilik Kak Ros
Bilik Opah
Dapur rumah Opah.. Hadoi Humaira, ajak mummy minum pulak. Sabo ajelah
*Sambung lagi yeak..Banyak lagi gambar sebenarnya....Kenangan untuk Humaira tengok dah besar nanti. Salah satu karektor kartun favorite Humaira selain Pororo,Timmy time, Dibo dan Mickey mouse.
budak2 suka bebenor lerrr..
ReplyDeletewaaah menariknya..hrp2 sempat nak terjah sebelum meletop ni..suke la, yg pntg kalau bwk ni, sure teruja dak arif tu..
ReplyDeletewah menarik!
ReplyDeletefav Kira jugak nie, harus bawak dia :-)
waahh..seronok nyer!
ReplyDeletewah..bestnye..kalau dekat ni..kompom p terjah..nak2 lagi Qis yg peminat tegar upin ipin ni..mau nye tak nak balik tu..^^
ReplyDelete