Friday, December 30, 2011

Talam Marble yang sedap

Dua hari lepas merajinkan diri buat talam marble. Memang teringin nak cuba sebab nampak senang, tak perlu kukus pun. Resepi ni saya ambil dari my resepi  , ramai  yang dah mencuba resepi ni. Rata2 semua puji akan kesedapan kuih talam ni. Nak buat pun tak susah. Ikut resepi asal, guna tepung Hoen Kwee warna putih, tapi saya olah guna tepung warna hijau gara2 tengok blog Kak Ita Masam Manis buat kuih ni guna kaler hijau nampak menarik. Tepung Hong Kwe ni ada banyak pilihan kaler, putih, merah, hijau.

Husband sangat suka kuih ni. Dia kata rasa macam ais krim.

Resepi Talam marble

by Kak Fida

  • 250 g tepung Hoen Kwee
  • 450 g gula halus (2 1/4 cwn rata)
  • 2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
  • 1 sk garam
  • 3 sb serbuk koko 

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi dua. 1 bahagian di campur koko.
  2. Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api.
  3. Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang yg bergris.Sejukkan.
  4. Siap utk dipotong dan dihidangkan.
  5. Cara2 ke 3 hendaklah dilakukan dgn cepat kerana adunan cepat mengeras.

Untuk resepi ni saya hanya menggunakan separuh dari adunan. Saya hanya menggunakan 1 tiub je tepung Hoen Kwe. 1 tiub tepung hoen Kwe mengandungi 100 gram, gula halus 200gram, 1 kotak santan 200ml tu saya tambah dengan air sehingga 1000ml, 1/2 sudu kecil garam, 1 1/2 sudu besar serbuk koko dan saya tambah 1/2 sudu kecil coklat emulco.

Kena masak dalam dua periuk berasingan secara serentak sebab kuih ni cepat mengeras. Satu adunan kaler hijau dan satu lagi kaler coklat. Yang lain tu follow je cara-cara penyediaan.
Cantik kaler kuih ni.

Inilah tepung Hoen Kwe.


6 comments:

  1. rajinyaaaaaa nieda buat ..
    akak sampai skrg kuih2 manis nie x pandai buat .. ada beberapa je lah ;)

    ReplyDelete
  2. nmpak sedap....rajin nieda nih..:)

    ReplyDelete
  3. hiiii... nampak sedap je kuih ni. cantik la nieda buat. teringin.

    ReplyDelete
  4. Nmpk seksi talam tu...buat tergoda anak tekak je..:-)

    ReplyDelete