Wednesday, September 28, 2011

Empire tower shopping gallery meletup

Baru tahu sekejap tadi empire shopping mall ni meletup dari hubby. Hubby bercakap sambil menarik nafas lega. Sebenarnya semalam ( Selasa) kiteorang memang tengah window shopping di Subang Empire ni. Husband siap cakap lagi masa kami jalan2 semalam... hari jumaat ni bolehlah kita makan di ole-ole bali bila terpandang restoren tu. Tahun lepas baru buka shopping mall ni. Nasib baik letupan berlaku dalam pukul 3.45 pagi masa orang tidak ramai. Syukur. Kedai roti Tun Mahathir (the loaf) pun rosak teruk, berita yang saya dengar dari Astro Awani pukul 1.00 tengahari tadi

Sumber dari Mstar
Anggota Bomba sedang membuat taksiran kerugian yang ditanggung dalam kejadian letupan yang berlaku di pusat beli belah, Empire Gallery Shopping Mall awal pagi Rabu.

KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi Rabu menyebabkan empat cedera setakat ini.

Kejadian jam 3.45 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk di beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Mohd Khairi Daud berkata pelanggan hotel yang dianggarkan lebih 300 orang telah dipindah keluar.

Usaha membantu dan menyelamat turut disertai anggota dari balai bomba berdekatan.

Siasatan awal mendapati letupan terjadi di luar kompleks itu dan melibatkan saluran gas.

Pusat beli belah Empire Gallery di Subang Jaya selepas letupan berlaku awal pagi Rabu. Foto Ihsan: Goh Chien Hui

Laporan awal juga menunjukkan dua pekerja Nepal terperangkap di aras bawah tanah tetapi telah diselamatkan dengan kecederaan kecil.

Dua lagi yang tercedera adalah orang awam yang melalui lokasi kejadian turut dibawa ke hospital dalam ambulans.

Sementara itu, Bernama melaporkan, polis telah menutup kawasan sekitar pusat membeli-belah itu menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di kawasan sekitarnya pagi Rabu.

Seorang penjual kuih di kawasan berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Niza, 28, berkata letupan itu menyebabkan beberapa bahagian hadapan pusat membeli-belah itu rosak termasuk beberapa kafe, restoran dan kedai pakaian.

"Dengar cerita letupan itu berpunca daripada saluran paip gas yang bocor," katanya.

4 comments:

  1. last week baru bgtau hubby nak jalan² kat sini & makan kat restoran Serai sana, kena tunggulah jawabnye huhuhuuuu

    ReplyDelete
  2. huda penah pegi sekali masa stay holiday villa aritu..dh lama dh time lukman lom kuar :)

    ReplyDelete
  3. hu3x...dah lama x ke empire mall ni...

    ReplyDelete
  4. tgk gak berita ni mlm td.. dasyat gak letupannya tu.. Alhamdulillah x der kemalangan jiwakan..

    ReplyDelete