Ramai blogger dah up cerita raya, saya yang baru terkial-kial nak mulakan. Banyak sangat gambar yang nak dikongsi dalam blog ini, so kita buat part by part. Kenangan untuk kemudian hari. Sepanjang raya ni sempat lagi pergi dua kenduri kahwin. Meriah juga walaupun dalam mood raya.
Tahun ni giliran beraya di Muar, kami balik hari Sabtu. Perjalanan pun lancar, maybe ramai warga kota dah balik awal. Aktiviti wajib malam raya adalah takbir dari rumah ke rumah. Selalunya rumah mertua saya merupakan kunjungan pertama orang datang bertakbir...
Tahun ni giliran beraya di Muar, kami balik hari Sabtu. Perjalanan pun lancar, maybe ramai warga kota dah balik awal. Aktiviti wajib malam raya adalah takbir dari rumah ke rumah. Selalunya rumah mertua saya merupakan kunjungan pertama orang datang bertakbir...
Emak tengah sibuk menyediakan makanan untuk tetamu..
Biskut raya..Ini je yang sempat saya bantu emak. Masukkan biskut dalam balang..Hehe
Menu...macam biasa nasi impit, kari ayam, kuah lemak, sambal kacang, rendang daging, serunding daging. Berbeza sedikit menu dengan Perak...Rindu mahu makan lemang dan rendang ayam emak saya..Tahun depanlah baru merasa..Hehe. Sepanjang raya di Johor susah nak jumpa rendang ayam atau daging macam negeri Perak punya..
Tengok budak ni asyik nak berdukung je..Macamane saya nak tolong emak mertua...
Takbir raya...Sayu je nak tinggalkan Ramadhan. Bulan penuh keberkatan
Tetamu sedang memilih makanan...
Cik adik manis ni masam je muka..Pertama kali bawa pergi masjid untuk solat sunat Aidilfitri..Alhamdulillah, LULUS..Bangga mummy dengan Humaira
* Raya ketiga saya dah ada di Ipoh. Hari Sabtu balik Shah Alam untuk elakkan jammed. TAPI memang jammend pun. Adik saya yang di Skudai Johor pun balik hari Sabtu. Dapat panggilan telefon dari adik dekat2 Magrib. Rupa-rupanya dia accident di Sedenak, Johor. 6 biji kereta terlibat. Apa nak dikata...Sebelum ni pun dia dah pernah accident motor. Teruk juga sampai dapat MC sebulan. Tulang pinggul retak. Nak dijadikan cerita masa tengah cuti sakit dia dapat offer Pegawai Maritim, terpaksa tolak. So lepas accident motor tu beli kereta, yelah motor risiko lagi tinggi. Accident juga di Sedenak. Kes accident motor tu 3 Octber depan baru naik court, dah accident kereta pula. Apa2 pun syukur Alhamdulillah, adik saya takde apa2 cuma kereta kena hentam depan belakang. Takpelah duit boleh cari, yang penting dia selamat
comelnye adik..
ReplyDeleteselamat hari raya kak
;)
syukur alhamdulilah adik nieda x ape²...
ReplyDeletesedapnye lauk pauk tue :-)
besarnya umah mertua u. senang nak beraya ye dak?
ReplyDeletebtw, hope adik u cpt sembuh. raya 2ni mmg risau kan bila dgr pasal eksiden ni
Menu pagi raya di johor mmg berbeza dgn sebelah utara kan...tgh biasakan diri..hee~ seb baik masa beraya kt johor tu ada jugak rumah yg sediakan lemang..hee~ puas jugak hati ^_^
ReplyDeleteselamat hari raya..waa good girl la humaira pergi solat raya~ ^_^
meriah nya makanan....comel je humaira dgn tudung tu...:)
ReplyDeletemalang tak berbau nieda....semoga adik bersabar atas ape yang berlaku....
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Nieda..
ReplyDeleteComelnye cik adik manis tu..^_^
Besarnye umah PIL nieda..Cantik.. ;)
kat johor sambutan dia meriah kan .. siap ada takbir dari rumah kr rumah .. dulu masa raya di muar johor akak selalu balik raya ke 3 .. masa tuu umah nenek selalu ada org naik utka marhaban , bagi kami asal pahang nie memang suke dgn kemeriahan mcm nie ..
ReplyDeletenenek akak sebelah ayah di muar , parit bakar :)
Bbesaunye umah family mertua nida..kalau mcmnie nak buat kenduri xyah nak pasang khemah..
ReplyDeleteseriusnye muka budak kecik tue...np humaira mummy xkasi duit raya lagi ye...nak duit raya meh dtg raya umah untie anie..
apa yg difikirkan tu humaira..berkerut dahinye :)
ReplyDeletesamalah ngan darissa nieda..meragam balik kg tu...byk nak berdukung....mmg xleh tlg sgt mil kat dpaur kan...
ReplyDeleteALhamdulillah adik nieda selamat, tu yg pnting..