Friday, September 30, 2011

Humaira terkunci dalam bilik

Dari bulan lepas cik adik manis ni selalu praktis nak kunci tombol pintu dalam bilik. Cumanya belum berjaya lagi. Alkisahnya hari Isnin lepas masa mummy di dapur boleh pula dia terkunci dari dalam. Sedar2 je bila dia jerit mummy...Nervous sekejap..Nasib baiklah tingkap bilik terbuka, mummy minta hp kt Humaira then call daddy kat office. Daddy kata kunci bilik dekat rak TV. Fuhh nasib baik. Kalau tidak.......

Rupa-rupanya cik adik manis ni tak puas hati dirinya terkunci dalam bilik. Nak tengok apa aksinya selepas tu???



*


*


*


*


*


JENG JENG JENG


*


*


*


*


*


*


*

Maunya mummy dengan daddy tak pecah perut gelak tengok aksinya. Cuba nak buka pintu guna kunci mainan dia.. Hahaha.


Bila tak dapat buka, mengamuk.......Yang bagusnya lepas insiden tu tak berani dah nak main tombol pintu.

Thursday, September 29, 2011

Dominos pizza

Sabtu lepas daddy teringin sangat nak makan dominos pizza. Gara2 tengok pamphlet di post box ada pizza baru, first class pizza passion. TAPI malasnya nak bersiap pergi Dominos, so kita order delivery sajork. Daddy order online, hampir sejam menunggu baru pizza sampai. IShk ishk...



Humaira yang tak menyabar..Bukan makan pun. Benda pelik2 sikit mulalah reject. Yang dia tahu KFC.


Nasib baiklah dapat voucher regular pizza free sebab hantar lambat..


Wednesday, September 28, 2011

Empire tower shopping gallery meletup

Baru tahu sekejap tadi empire shopping mall ni meletup dari hubby. Hubby bercakap sambil menarik nafas lega. Sebenarnya semalam ( Selasa) kiteorang memang tengah window shopping di Subang Empire ni. Husband siap cakap lagi masa kami jalan2 semalam... hari jumaat ni bolehlah kita makan di ole-ole bali bila terpandang restoren tu. Tahun lepas baru buka shopping mall ni. Nasib baik letupan berlaku dalam pukul 3.45 pagi masa orang tidak ramai. Syukur. Kedai roti Tun Mahathir (the loaf) pun rosak teruk, berita yang saya dengar dari Astro Awani pukul 1.00 tengahari tadi

Sumber dari Mstar
Anggota Bomba sedang membuat taksiran kerugian yang ditanggung dalam kejadian letupan yang berlaku di pusat beli belah, Empire Gallery Shopping Mall awal pagi Rabu.

KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi Rabu menyebabkan empat cedera setakat ini.

Kejadian jam 3.45 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk di beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Mohd Khairi Daud berkata pelanggan hotel yang dianggarkan lebih 300 orang telah dipindah keluar.

Usaha membantu dan menyelamat turut disertai anggota dari balai bomba berdekatan.

Siasatan awal mendapati letupan terjadi di luar kompleks itu dan melibatkan saluran gas.

Pusat beli belah Empire Gallery di Subang Jaya selepas letupan berlaku awal pagi Rabu. Foto Ihsan: Goh Chien Hui

Laporan awal juga menunjukkan dua pekerja Nepal terperangkap di aras bawah tanah tetapi telah diselamatkan dengan kecederaan kecil.

Dua lagi yang tercedera adalah orang awam yang melalui lokasi kejadian turut dibawa ke hospital dalam ambulans.

Sementara itu, Bernama melaporkan, polis telah menutup kawasan sekitar pusat membeli-belah itu menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di kawasan sekitarnya pagi Rabu.

Seorang penjual kuih di kawasan berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Niza, 28, berkata letupan itu menyebabkan beberapa bahagian hadapan pusat membeli-belah itu rosak termasuk beberapa kafe, restoran dan kedai pakaian.

"Dengar cerita letupan itu berpunca daripada saluran paip gas yang bocor," katanya.

Tuesday, September 27, 2011

Beraya rumah kawan lama

Dapat jemputan Sabtu malam Ahad lepas. Memang berkobar-kobar nak pergi sebab dah lama giler tak jumpa kawan masa sekolah rendah dulu. TQ ieja atas jemputan di rumahnya di Damansara Damai. Ieja sebenarnya duduk di Miri Sarawak, tahun depan Insyaallah pindah balik ke sini. Ieja ni pandai tau make up pengantin, sebelum ni di Miri ada butik pengantin sendiri. So perancangan dia lepas balik KL nak buat freelance make up. Good luck yer Ieja.

Dari kiri Ieja dan anaknya Qays, tuan blog dan Asha






Monday, September 26, 2011

Apam polkadot ada..ladybird dan bee pun ada

Apam ni projek minggu lepas request dari kawan saya untuk birthday anaknya yang 2 tahun. Saya try buat bentuk yang fancy sedikit, terhasillah bentuk ladybird dan bumble bee..Kena improve lagi kasi kemas. Bila nak lukis tangan terketar2 so garisan ladybird tak berapa lurus plus Humaira pula kacau nak buat sekali.

Entry lepas berkaitan apam ni ada yang request resepi. Sebenarnya kalau google di internet bersepah2 resepi apam ni, lebih kurang sama je. Kalau nak tengok step by step cara nak buat saya terjumpa website di SINI. Nak buat kena ada kesabaran sikit, agak remeh juga. Susu tu saya guna susu dutch lady perisa strawberi so bau dia sangatlah wangi.

Memang agak susah nak cari pewarna hitam di pasaraya. Macam kaler hitam ni saya combine pewarna merah dan biru, so terhasillah kaler hitam untuk ladybird ni.

Sebelum dikukus...tak menayabar2 ladybird ni nak menunjukkan aksi dia..hehe


Siap dikukus..ladybird berkawan dengan bee lah..Hik


Hasil untuk satu bancuhan..

I CITY yang penuh warna warni

Tak plan sebenarnya nak pergi I city ni. Masa jalan2 di Seksyen 7 terus ajak daddy singgah I city. Pergi masa weekday tetap ramai pengungjung. Kalau weekend alamatnya tak dapat masuklah. Dah pernah terjadi dulu.

Sampai je di I city terpegun sekejap. Wow banyaknya perubahan. Dekat kawasan yang penuh dengan lampu warna warni dah ada pelbagai mainan untuk dicuba tapi semuanya perlukan RM. Dah macam fun fair pula. Next time nak cuba masuk rumah salji, hari tu tak pakai kasut bertutup malas nak masuk. Nanti kesejukan melampau pula. Kalau tak silap RM25 seorang untuk masuk rumah salji. Sebelah rumah salji tu ada tempat untuk main pelbagai jenis permainan macam di Genting.

Humaira sangat happy. Tak habis2 sebut ampu canti (lampu cantik). Tengah mummy leka sekejap dia bantai nak naik replika kuda yang ada lampu. Terus guard bunyi wisel. Ayoo malu mumyy. Ish ishk..

Ada train yang mengelilingi lampu di I city. Satu hari nak naik juga


Apalah yang Humaira nak buat tu. Makin hari makin panjang akalnya


Nak capai ampu canti (lampu cantik)


Kusut dah...Mahu tidur lah ni.


Saturday, September 24, 2011

Felt hair clip untuk Humaira

Jeng...jeng...mummy buat khas untuk Humaira. Klip rambut dari kain felt. Kebetulan je buat ni masa mummy nak beli benang di kedai jahitan. Ternampak pula ada kain felt terus beli. Maka terhasillah klip rambut dari kain felt. Saya ni bab kerja2 tangan yang memerlukan kreativiti memang kureng sikit sampai emak saya kata tangan kayu. Yang menyebabkan keinginan kuat nak cuba sebab MIL dan Cik Cham (adik MIL) selalu bagi support. Hehe satu hari saya nak cuba juga jahit baju. Bak kata MIL saya, takpe emak ajar sampai pandai..Heheh. MIL saya banyak giler mesin jahit macam2 jenis ada.

Dulu masa sekolah menengah disebabkan sekolah saya semua perempuan memang wajib ambil kemahiran hidup pilihan 2 (Ekonomi rumah tangga). So ada kelas menjahit. Apalagi hantar dekat jiran minta tolong jahitkan baju tidur. Itu cerita dulu. Tapi sekarang adalah improvement sikit. Baru2 ni saya alter lengan baju kurung, so kena jahit silang pangkah. Gigih ok belajar dari internet teknik jahitan silang pangkah dan akhirnya berjaya. Alhamdulillah.

Inilah hasilnya..Saya jahit jelujur je. Jahitan itu je yang saya tahu..huhu


Awatlah cik adik manis ni buat muka macam tu?


Rambut Humaira sikit je so bila pakai klip cepat je jatuh.

Thursday, September 22, 2011

Ahad pergi kenduri kahwin

Hari Ahad lepas pergi wedding di Andalas Klang, dekat je dengan Hospital Klang. Rumah Dr Aliza, Supervisor daddy. Kami sampai pun agak lewat dalam pukul 2 lebih tapi tetamu masih ramai. Food semuanya sedap2 termasuk dessert. Humaira paling suka jeli kelapa. Cendol pun sedap.

Pengantin...cantik pelamin


Ada kumpulan gamelan lagi


Saya sangat suka kombinasi warna pink dan purple. Dua2 warna favorite..


Gift ..lain dari yang lain tau gift dari pengantin


Dapat "Jam" perisa Roselle dan Pineapple


Rumah pengantin..

Tuesday, September 20, 2011

Open house lagi

Cuti 3 hari berturut2 memang meriah dengan open house sana sini. Jalan pun banyak yang sesak. Lepas celebrate birthday ayah di Kajang, kami pergi open house rumah cousin husband di Bangi. Ada pula aiskrim Malaysia, sukalah si Humaira ni..Jom tengok aksi Humaira makan ais krim

Semua orang pandang Humaira makan ais krim..hehe. Khusyuk betul


Tu dia si muncung....


Sebelah malam pula pergi beraya rumah adik beradik emak di Kelana Jaya dan PJ. Di Kelana Jaya rumah adik bongsu emak, Cik Num. Dua kali Humaira dapat duit raya dengan Cik Num. Rezeki dialah...Lepas tu ke rumah adik emak di PJ, Cik Cham. Ada suprise kek untuk ayah..Sponser by anak Cik Cham, Nuar. Sebenarnya anak Cik Cham nak buat kek sendiri tapi kesuntukan masa tu yang terpaksa beli kek..

Special kek untuk ayah...mereka panggil Pak De


Tersenyum besar ayah..


Baca doa selamat dulu


Humaira yang tak sabar2 nak makan kek



Dalam pukul 11 malam baru sampai rumah..Sakan beraya. Ahad pula kami pergi kenduri kahwin di Klang..Nanti saya up cerita pasal wedding plak..

Monday, September 19, 2011

Happy birthday Ayah dan Mak Nab

17 Sept lepas (hari Sabtu) merupakan birthday ayah (FIL) dan kembarnya yang ke 67 tahun. Kembarnya saya panggil Mak Nab. Celebrate birthday dekat rumah anak Mak Nab di Saujana Impian Kajang.

Selamat Hari Lahir untuk ayah dan Mak Nab. Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Belum ada lagi anak2 Mak Nab dan ayah yang mewarisi mereka, kembar. Hehe best juga kalau ada kembar ni. Ayah pernah cerita dekat saya buah kelapa pernah terjatuh atas kepala Mak Nab sampai pengsan. Ayah pun turut merasainya, kepala dia sakit sangat sampai tak boleh nak gerak. Agaknya memang betullah deria kembar ni sama.

Baca doa selamat dulu


Tu dia...birthday girl dan birthday boy..hehe. Muka mereka samakan


Seisi menjamu selera...Pakcik Amran, Cik Wek dan suaminya Pakcik Ibrahim


Sepupu sepapat husband. Yang tengah tu nak kahwin tak lama lagi. Bulan November ni


Bonzer...Ampun bang..hik


Anak2 Mak Nab aka sepupu husband


Mummy dgn Humaira tenung apa tu??? Belakang mummy tu tuan rumah, Abang Fuad

Apam polkadot

Tahun 2011 ni nampaknya apam polkadot sangat popular. Sabtu lepas celebrate birthday FIL di Kajang, saya buatkan apam polkadot. Dalam apam tu saya letak inti coklat. Ramai yang suka dan tentunya menarik perhatian kanak-kanak sebab warna apam polkadot ni sangat ceria. Humaira panggil apam ni kek.

Weekend ni pun kena buat lagi request dari kawan saya untuk birthday anaknya. Resepinya google je kt internet, pasti jumpa. Saya pun pernah share resepi ni dalam entry yang lepas2.

Taraaa...



Apam polkadot yang ceria dan tersangatlah comel

Friday, September 16, 2011

Open house

Selagi dalam bulan Syawal banyaklah orang akan buat open house. Hari Ahad lepas sempat pergi dua open house. Sebelah siangnya open house di PJ, rumah makcik husband. Banyak betul makanan. Nasi lemak dengan sambal bilis dan sambal udang, nasi impit, kuah lodeh, nasi ayam, laksa, jeli kelapa, fruit tart, yong tau fu semuanya masak sendiri. Rajin betul Cik Cham masak siap kami tapau lagi. Yang beli cuma satay. Sayangnya satu gambar pun tak ambil. Sibuk dengan makan..wakaka

Malam pula kami pergi open house rumah junior saya masa sekolah teknik dulu. Dah 12 tahun tak jumpa. Alang2 Jun duduk kt Shah Alam memang teringinlah nak jumpa. Nasib baik husband familiar area kawasan Jalan Kebun takdelah tersesat dan juga dengan bantuan GPS. Jun dah ada dua orang anak. Lepas ni boleh datang rumah kak Nida plak..


Malam Selasa lepas, saya ada buat masak2 sikit. Husband nak jemput kawan baik dia datang beraya di rumah. Saya jemput my bestfriend, Yanie dengan jiran sebelah rumah. Menu yang saya masak nasi ayam, karipap dan apam polkadot.

Karipap yang saya buat


Dan juga apam yang comel. Budak2 suka ni sebab colourful


Main menu...Nasi ayam


dan air...


Sedia menanti ketibaan tetamu menjamu selera


Hari ni saya mahu baking apam polkadot untuk birthday FIL. Esok (sabtu) birthday ayah akan celebrate dengan kembarnya di Kajang. Lepas celebrate birthday ayah, akan beraya rumah saudara mara sebelah MIL. Hari Ahad pula kami akan pergi wedding di Klang.

Selamat Berhujung Minggu...Have a nice weekend..Salam 1 Malaysia..

Thursday, September 15, 2011

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai. Balik Kampung raya hari tu emak ajak pergi kenduri kahwin dekat kawasan perumahan, orang Indonesia. First time tengok pengantin pakai baju tradisi orang Indonesia. Dah lama mereka bermaustatin di Malaysia, seingat saya masa saya sekolah menegah lagi mereka dah ada.

Pasangan lelaki orang Indonesia, yang perempuan pula orang Filipino. Yang menariknya sebelum ni pengantin lelaki pernah berkahwin dengan kakak kepada pengantin perempuan tetapi sudah meninggal dunia. Dengar ceritanya accident ketika mereka menetap di Jepun. So sekarang pasangan pengantin lelaki berkahwin dengan adik perempuannya. Simpulan bahasa panggil berganti tikar [Berkahwin dengan adik atau kakak atau saudara isteri yang telah meninggal dunia]. belajar simpulan bahasa pulak dah

Pelamin...


Khaira tengah tunggu pengantin bersanding ni


Pasangan pengantin sedang menuju ke singgahsana...pelamin




Khaira dengan Opah


Dari kiri Opah, Khaira, Humaira dan mummy. Opah selalu tersasul sebut Khaira dan Humaira. Nama seakan sama je hujungnya..