Sunday, July 31, 2011
Friday, July 29, 2011
Aktiviti wajib Humaira bila balik kampung
Kalau balik Muar tak sah kalau tak mandi dalam bathtab. Penat mummy nak menunggu, selagi tangan tak kecut jangan harap cik adik manis ni nak keluar.
Sedapnya Maira masak....
Aktiviti kacau Embah pula....
Embah tengah sediakan bahan2 untuk buat laksa Johor. Cik adik manis ni sibuk nak tolong bersihkan taugeh. Habis semua dipatahnya..
Main perkakas masak Embah aka nenek Humaira. Balik Muar memang wajib benda ni. Mummy malas nak bising dah. nanti Embah kata...biarlah nieda, dah besar nanti rajin Humaira tolong buat kerja rumah..Amin...
Sedapnya Maira masak....
Aktiviti kacau Embah pula....
Embah tengah sediakan bahan2 untuk buat laksa Johor. Cik adik manis ni sibuk nak tolong bersihkan taugeh. Habis semua dipatahnya..
Makan spaghetti pula. Suka pula cik adik manis ni. Nanti mummy masak spaghetti ye.
* Seronok ada anak, lihat keletah dia buatkan hati yang panas bisa sejuk... Biar penat macamane pun, bila terpandang muka anak hilang semua penat lelah. Kadang2 hangin juga bila terlampau banyak akal, kena juga marah tapi saat dia tertidur rasa syahdu je. Indahnya perasaan ni kan...
*Hari ni 29 July my mom birthday....Selamat Hari Lahir Emak. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Luv and will always luv u...
*Hari ni 29 July my mom birthday....Selamat Hari Lahir Emak. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Luv and will always luv u...
Wednesday, July 27, 2011
Photoshoot di kampung
Semua gambar di ambil oleh husband saya. Saya sibuk2 ambil buah di kebun, husband sibuk photoshoot dalam kebun. Dia tak pandang pun buah, semua buah dia tak makan.
Kerangga bergaduh. Masa ambil gambar ni saya tengok husband sampai nak terbaring untuk dapatkan shoot yg menarik.
Awan membiru...
Bumbung bahagian stor rumah
Flora dan fauna
Motif??? seni lah kononnya
Buah kelapa
Kenapa cik adik manis menangis????

Tuesday, July 26, 2011
Hasil buah-buahan dari kebun
Hadooo...macamanelah masa transfer gambar dalam lappy boleh hilang..Habis semua gambar kt kebun Kesang hilang. Takpelah, layan gambar hari kedua kami di kampung. Bermalan sehari je kt Muar, petang Jumaat sampai, hari Sabtu balik Shah Alam.
Seawal pukul 7.30 pagi, kami ke Kebun di Kesang tapi malangnya semua gambar sudah hilang. Tension makkk..Kt Kesang banyak buah doyan je, rambutan adalah sikit2.
Seawal pukul 7.30 pagi, kami ke Kebun di Kesang tapi malangnya semua gambar sudah hilang. Tension makkk..Kt Kesang banyak buah doyan je, rambutan adalah sikit2.
Lepas balik dari kebun di Kesang, aktiviti mengambil buah rambutan. Dekat 30 kg kami bawa balik dan selamat disedekahkan kepada kawan2 dan jiran. Gigih mak mertua saya ikat rambutan. Setiap ikatan seberat 2kg. Husband siap cakap, tak payah bagi orang, on the way nak balik nanti kita jual kat tepi jalan gerenti habis...hehehe
Humaira naik kereta sorong...cute aje. Teringat zaman kanak2 dulu, main kereta sorong.
My favorite fruit, kami dua beranak boleh duduk berjam2 kat bawah pokok sambil makan rambutan. Humaira sgt sukaaa
Buah doyan banyak sudah merekah. I tak pandang pun....Rasanya Humaira pun tak makan doyan sama macam mummy dgn daddy dia. Hari tu nenek dia kopek durian, bising mulut dia sambil tutup hidung dan lari jauh2..hehe tak tahan bau kot. Atuk dia bagi pun dia taknak..
Melepak setelah kepenatan...
Monday, July 25, 2011
Kisah musim buah-buahan di kampung
Jumaat lepas balik Muar, tengah musim buah-buahan tempatan. Seronok ada kampung yang dipenuhi dengan pohon2 buah yang sentiasa mengamit perhatian. Tahun ni buah2 di kebun mertua saya lebat berbuah setelah hampir 2 tahun merajuk terutamanya rambutan. Puas hati sangat dapat makan buah tempatan. Syukur kerana saya masih ada kampung.
Buah durian dan rambutan tengah banyak di kampung, manggis dan pulasan masih banyak yang belum masak sepenuhnya. Buah duku tak berbuah pula tahun ni. Masa kami datang minggu lepas durian di kebun ayah hampir ke buah penghujung, so tak banyaklah dapat. Tapi kami tak heran sebab saya dan husband tak makan langsung durian. Saya ada tulis status di wall facebook tentang musim buah di kampung. Ramai yang nak doyan...Sorry lah kawan2 sekalian alam, kalau rumah awak semua dekat dah lama saya hantar doyan.
Buah rambutan jenis anak sekolah. Rambutan pun ada banyak jenis. Antara yang saya tahu jenis gula batu, anak sekolah, kahwin dan kampung. Anak sekolah antara rambutan yang sedap. Pokok di kebun belakang rumah ayah rendah, Humaira pun boleh capai. Bak kata Atuk Humaira, sambil baring pun boleh petik.

Ayah sedang menikmati buah rambutan.
Berehat sebentar setelah kepenatan memetik buah rambutan
Sedap weh...merah ranumm
Closed up...rambutan dipenuhi dengan semut. Bising mulut Humaira sebut nyamuk, nyamuk. Semua serangga disebutnya nyamuk
Buatkan saya terliur...
Humaira pun suka rambutan..Sikit2 sebut nak tan....
Buah pulasan yang masih hijau.
Menanti buah yang tak gugur...Hehe
Masamnya muka cik adik manis..Orang bandar tak pernah masuk kebun macam nilah, nak berdukung bila tengok semak samun
Gambar candid entah bilalah husband ambik. Tak senonoh, hilang ayu i...hik hik
To be continue..... Banyak sangat gambar cantik tertarik taken by my husband. Dia kalau dah dapat menembak memang banyaklah gambar cantik2. Ini semua gambar hari pertama di kebun belakang rumah. Hari kedua kami ke kebun di Kesang Laut pula. Later2 nanti kite upload
Friday, July 22, 2011
Resepi karipap gajah
Projek membuat karipap besar baru-baru ni. Actually saya pun baru tau ada jenis karipap gedang macam ni masa beli barang di My Mydin Bukit Jelutong. Trylah beli nak rasa, memang sedap tapi mahal, seketul RM2.
Kali kedua beli karipap gedang ni, dorang tengah masak. Gigih saya perhatikan mereka buat. Ada hati nak try buat kat rumah. Balik rumah terus search kt internet resepi karipap ni. Owh... orang panggil karipap gajah.
Dua hari lepas try buat untuk minum petang. Bahan untuk doh(boleh menghasilkan 6 ketul karipap)

- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan marjerin
- 1/2 cawan air dicampur dengan sedikit garam
Mula2 satukan tepung dan marjerin sehingga sebati. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan. Air tu sebenarnya saya main agak2 je. Hehe. Lepas tu balut doh dengan wrapping ataupun tuala basah dalam 20 minit.
Disebabkan terlebih rajin saya buat karipap ni inti daging kisar brand Ramly. Selalunya orang buat karipap gajah inti telur. Saya tumis bawang putih, bawang merah dan campur dengan daging kisar. Letak serbuk kari sedikit dan garam.
Canai doh sehingga nipis dan sebesar mangkuk pinggan
Bahan untuk inti 2 biji telur dicampur dengan daging. Kemudian saya letak daun sup dan bawang. Inti karipap ni akan rasa seperti murtabak. Untuk inti ni boleh dapat 3 ketul karipap
Letak inti ditengah-tengah
Lepas tu kelim. Dari dulu saya memang fail bab kelim karipap. Belasah je. Kalau malas, gores je dengan garpu. Dah kelim terus masak guna api perlahan, guna telur kan takut nanti kulit karipap tu bocor kalau tunggu lama2 baru nak goreng.
.Taraaa...dah siap
Wednesday, July 20, 2011
Jalan-jalan di Subang Empire Shopping Mall
Aktiviti hujung minggu lepas di Subang Empire shopping Mall, jalan-jalan bawa Humaira. Dah lama tak datang sini. Kedai pun makin banyak, masa saya datang awal tahun hari tu level atas banyak lagi kedai tak buka. Now semuanya sudah ada dan saya paling teruja jalan2 di level atas sekali (tak pasti tingkat berapa) semuanya tentang dunia kanak-kanak seperti Dance Space, My Favourite Art House, Plaster Fun House, children fashion, Toys R Us, kiz sports and gym dan ada nursing room.
Dari dulu slide ni menarik perhatian saya. Idakler berani nak cuba, huhu...Sape yang berani boleh cuba. Tinggi ooo dari level paling atas
Bayaran untuk naik slide
Humaira nak sangat masuk dalam Kiz sport & gym. Lain kali yer sayang, weekend hari tu ramai sangat kanak2 dalam tu.
Tempat ni pun saya suka. Baru je tengok website DISINI. Humaira dah besar sikit kita buat painting ye, dah lama tangan kayu mummy ni tak mewarna. Tempat ni mummy Humaira yang teruja
My Favorite Art House (myF.A.H), tempat ni Humaira yang teruja bila dia tengok ramai kanak-kanak lebih kurang sebaya dia masuk sini. Cuba cari website tapi tak jumpa. Nice place next time kita boleh cuba ya
Merajuk dengan rabbit bila mummy taknak masuk tempat yang dia suka
Monday, July 18, 2011
Jumpa Spiderman
Masa jalan2 dekat shopping mall minggu lepas dari jauh daddy kata EH NABIL Rajalawak lah..sambil sengih2..Rupa-rupanya patung spiderman. Huhu...
Mummy nak tangkap gambar spiderman dengan Humaira tapi si tecik ni penakut. So mummy Humaira yang over terpaksa berposing dengan spiderman.
Mummy nak tangkap gambar spiderman dengan Humaira tapi si tecik ni penakut. So mummy Humaira yang over terpaksa berposing dengan spiderman.
Friday, July 15, 2011
Kamera kesayangan sudah kembali sihat
Tahun lepas saya ada buat entry berkaitan kamera nikon coolplix pemberian dari husband. Bila tengok balik entry tu dibuat pada March 2010. Owh dah setahun lebih rupanya kamera kesayangan saya tu (bagusnya ada blog ni, boleh tau bila beli ). Minggu lepas saya hantar repair kt kedai nikon Amcorp Mall.
Sebenarnya, kamera terjatuh dan casing dekat bahagian tempat bateri pecah. So agak sukar bila nak tangkap gambar, kena tekan tempat bateri untuk tagkap gambar. Terpaksalah hantar repair, hanya tukar casing je. Melayang RM160. Now kamera saya sudah kembali sihat.

warna pink pujaan hati..Paling best hari Rabu tetiba tekak terasa nak makan aiskrim Baskin Robin tunjuk je kamera pinky ni, dapatlah Double Jr. Scoops at the price of a Single Scoop!
Saya suka Amcorp Mall, banyak kedai menarik di sini. Salah satunya BookXcess.
Nak beli buku kids meal tapi bila selak resepi one by one ada pula pork recepi terus CANCEL
Cik adik manis sedang menghayati buku. Tak menyempat, dekat shopping mall juga nak belek
Thursday, July 14, 2011
Festival flora 2011 Putrajaya
Festival flora 2011 tahun ni kembali lagi dengan tema Roses Forever. Festival ini berlangsung dari 9 - 17 July di Presint 2 Putrajaya bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 10 malam dari Isnin hingga Khamis dan dilanjutkan hingga pukul 12 tengah malam pada Jumaat dan hujung minggu. Di anjurkan oleh Perbadanan Putrajaya untuk tahun keempat. Pelbagai jenis hiasan bunga warna warni, tumbuhan herba terdapat di sini. Bagi yang gemarkan bunga dan DSLR, tempat yang patut dilawati.
Kalau mak mertua saya ada disini, mesti dia suka. Tak habis pun saya menjelajah festival ini, masa datang cuaca sangat terik dalam pukul 1.30 tengahari, di tambah pula dengan Humaira yang meragam sebab tidur tenganggu. Asyik nak berdukung je. Pusing2 dalam setengah jam je, dengan bawa budak 11 kg. Sakit pinggang omak ni. Kalau lah Putrajaya tu dekat dengan rumah saya, wajib ulang lagi. Tak puas rasanya tengok bunga2, sejuk mata memandang.

Cuaca sangat terik
Humaira said fog (frog)
Indoor...serba serbi roses. (sejuk sikit ada aircond)
Mawar untuk selamanya....I love it
Rekaan taman dari pelbagai negara juga turut dipamerkan seperti Pakistan, Macau, Thailand, Indonesia, UK, Canada dll.
And last...muka budak bad mood kena kaco tido. Sikit pun taknak jalan