Yang menariknya, Tun Mahathir menulis draf asal buku ini dengan tulisan tangan (tanpa menaip) sebelum diserahkan kepada MPH untuk diterbitkan. Buku ini memang berat dan tebal, mengandungi lebih 800 muka surat, 62 chapter. Tun mengambil masa lapan tahun untuk menyiapkannya
Saya rasa buku ini akan menjadi best seller, apatah lagi Tun Mahathir menulis isi hatinya, bagaimana Tun bercinta dengan isterinya, Dr Siti Hasmah yang ketika bujang dahulu menjadi pujaan ramai lelaki, kisah Tun kena baling fail dengan Tun Husein On, mengapa Rafidah Aziz sangat ditakuti dalam mesyuarat kabinet dan paling sensasi Tun berkongsi dengan kita mengenai versi sebenar apa yang berlaku di sebalik pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan seperti kata Tun, beliau tidak takut jika buku ini mengundang kontroversi dan kena sama kerana beliau menceritakan perkara yang sebenar.
Pasti ramai yang akan membeli buku ini. Ingin juga saya membaca mengenai kisah Tun hasil dari penceritaan Tun sendiri kerana saya membesar di zaman Tun. Mengambil ayat dalam blog daddy Humaira:
Teringat nostalgia pada 26 Ogos 1999, ketika itu saya sedang tidur apabila rakan serumah mengejutkan saya ‘Hoi bangun, kita dah jadi budak U’ . Masa tu saya baru balik dari oustation (bekerja dengan sebuah agensi penyelidikan).
So, I’ll be saying to myself, enjoy the memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad.
Buku yang daddy baru beli
Dah habis baca, insyaallah saya review buku ini. Bagi chance daddy Humaira baca dulu
pinjam bleh?? 8__*
ReplyDeleteya...saya pun time tu kat itm 1999...masscomm...happy giler dapat tukar title 'U'........nie pun baru nak gegas cari buku tu...harap2 ada lagi laaa....
ReplyDeletesetiap pemerintah ada kelemahan dan kelebihannya kerana dia tetap manusia biasa .. :)
ReplyDeleteteringin juga nak baca. masih belum sempat ke kedai buku.
ReplyDeletewah..cepatnya beli dan baca..sy pun ex-ITM shah alam..hehehe..
ReplyDeletenmpk menarik, ingat nak beli gaklah..
As salam, dah beli lerrr cepat nyerr. BSB tunggu cukup bulan lerrr.
ReplyDeletecomel je tun posing mcm tuuu ;D
ReplyDeletenanti review ye!
jelousnya ezan. baru plan nak g cari weekend ni. he is my idol.. harus la beli.. :)
ReplyDeletewah..best nye..nak beli~~
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya ada quote isi blog kamu ke dalam blog saya. Saya minta izin tuk quote ya? =)