My sweet story...

My sweet story...

Friday, February 11, 2011

Hobi mengumpul duit lama

Saya tertarik melihat koleksi duit lama kawan kepada adik saya, Fazly namanya. Kebetulan masa kenduri di Ipoh Fazli turut serta. So sempatlah tengok koleksi peribadi duit lama dia. Start mengumpul duit lama sejak dari darjah dua. Jom terjah blog Fazly DI SINI, dan Fazly tengah buat contest. Hadiah sangat menarik.

Duit syiling RM0.50sen tahun 1969 untuk dijual

Bagi orang macam saya yang bukan pengumpul duit lama memang tidak tahu apa2.. Meh saya share sedikit info yang saya dapat dari MR google
  • Duit 50 sen tahun 1967, 1968 dan 1969 menjadi rebutan kerana diperbuat daripada Cooper-Nickel dengan seakan terbelah di bahagian tepi sama dengan duit 50sen Queen Elizabeth yang diguna pakai oleh Malaya sebelum ini. Duit ini memang amat jarang kita jumpa.
  • Duit 50 sen tahun 1969 keluarannya paling sedikit iaitu sebanyak 2,000,000 unit sahaja. (credit to radzami,blogspot)
  • Harga pasaran untuk duit 50 sen tahun 1969 boleh mencecahRM150.

Setiap koleksi duit syiling ini ada cerita tersendiri



Antara koleksi duit kertas



Koleksi duit RM50. Sekali tengok macam sama je, sebenarnya berbeza. Tandatangan gabenor bank ada yang di tepi dan tengah. rugi tak bawa SLR that why kualiti gambar kurang memuaskan


Duit kertas RM500 dan RM1k. Jarang jumpa


Duit rm50 no siri bermula dengan ZA. Jarang kita jumpa duit kertas yang bermula dengan huruf Z. No siri yang bermula dengan Z adalah replacement notes. Mr google sila beri jawapan apa itu replacement notes??. Hehe..

“Replacement Notes” atau “Wang Kertas Gantian”, Jawapannya adalah Wang kertas yang dkeluarkan untuk menggantikan wang kertas yang rosak atau tersalah cetak. Contoh kerosakan yang biasa berlaku diantaranya lebihan warna, kesilapan semasa memotong (potong senget atau terlebih potong), tiada siri nombor dan cetakan pada sebelah bahagian sahaja. Wang kertas yang rosak dan salah cetak tersebut akan dimusnahkan oleh bank pusat (Bank Negara Malaysia) dan akan digantikan dengan note/wang kertas baru yang diwakili oleh prefix atau siri nombor khas untuk menandakan ianya Wang Kertas Gantian. nilai Wang Kertas Gantian adalah tinggi bergantung kepada jumlah pengeluarannya. Seandainya semua Wang Kertas Gantian dapat dikumpul dengan lengkap bersama-sama dengan siri wang kertas biasa, ianya boleh dijual dengan harga yang begitu tinggi
(Credit to http://my-koleksi.blogspot.com/2008/11/replacement-notes.html)


Inilah tuan punya koleksi duit lama, Fazly

16 comments:

Suziey Ahmad said...

bgs hobi ni..lama2 nnti value dia mmg naik pnya..hehe klu terdesak bole juai:p tp klu xterdesak simpan as sentimental value :)

Unknown said...

dulu huda ada niat nk simpan duit singgit syiling tu..sekali tah ke mana duit tu menghilang :) kalau x leh jadi koleksi kenang kenangan kan :)

dieha said...

suka hobby kawan nieda..husband diha pun suka kumpul duit lama..setem...dia ckp ntah..dia suka.ada ketenangan dari situ..jd diha terikut sama kumpul duit.

mimi said...

hm.. sgt menarik. thanks for sharing.
Suke sgt tgk.
Saya pon suke gak simpan duit lama.
Tp xdela bagus cam dak Fazly ni... Dr zaman dolu2 pye lg. Tabik! Harus terjah ni.
Psst.. sedih lak igt duit2 sy letak dlm satu album masa study lu dh lost.Puahla dok cr umah mak.:(

Jasfyra said...

wah..leh kaya fazly ni nanti.bagus tol hobi dia kan

☆ lieya latif ☆ said...

e'eh...teruja lieya...tak penah tepikir pun kan...setiap duit tu ade nilai n perbezaannye tersendiri....

betul laa, nilai koleksi duit lame ni boleh jadi tinggi kan .....

NzA said...

anak2 akak pn wat koleksi duit ttp bkn yg lama. 3 farah tu kumpul duit dr negara2 lain..bila ayah blk oversea berebut msg2 nk tmbah koleksi....hi

Unknown said...

sy pun ade koleksi juga.. tp x de lah sebanyak dia.

RIEFDA UMI ABAH ATHIRAH said...

byk tu modal nk wat koleksi.ida dulu keje bank org slalu nk mintk tuko wet rm5,rm10,rm100 n rm1 tok simpanan.

Softtouch [Hanim] said...

bagusnya minat simpan duit2 lama nie..mmg nilai dia tinggi...lagi lama duit tu makin tinggi nilainya

Dee said...

dee pun ada koleksi duit sis..semua boh dlm album cantik2..siling dan kertas..mcm kwn sis ni..tp kwn sis ni lg gempak..siap ada note 1000 tu..pergh..jeles..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam nieda,BSB suka hobby kawan nieda tue ada wawasan, pandai dia.

Unknown said...

asid pun ada kumpul sikit.. simpan setiap tahun 1 jerk..

Farra Dhelina said...

jarqang jumpa hobi org mcm ni..menarik lah ye..

mnfaj said...

salam kak nida,
waaa tengkiu.. hhehehe patotlah tibe2 je ramai visitor, daripada blog kak nida rupenye.. hehe

kepada sesiapa yang nak belajar2 kumpul duit lama ni, harap jangan lah yer,, sbab berhantu. tak boleh berhenti nanti. hehe

mnfaj.blogspot.com

Rara na mitsu said...

Salam tuan rumah..nak tanya mana beli album duit syiling tu? Tengah cari ni.. Nak simpan duit lama2 .. Bg generasi akan dtg kenal duit lama...:D kalau tahu please inform :D

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails