Pertamanya, kenduri sebab kakak saya dapat tukar di Ipoh. Sebelum ni kakak saya mengajar di Langkawi. Kesian dia terpaksa berjauhan dengan husband. Husband kakak saya bekerja di Ipoh. Dahler menyewa seorang diri dekat sana, ditambah pula tengah sarat mengandung. Pergi kerja naik motor tu. Syukur sangat2 bila Along dapat tukar Ipoh, at least dekat dengan husband dia. Menghitung hari untuk bersalin, dijangka hujung bulan ini. Tak lama lagi Humaira akan dapat sepupu. yeah...tak sabar nak peluk cium baby, wangi sangat bau mereka..
Kedua, kenduri kesyukuran sebab emak saya naik pangkat ke N28. Alhamdulillah , memang sudah tersurat rezeki emak saya. Sekurang-kurangnya pencen nanti banyaklah sikit. Sebelum ni emak saya pernah ditawarkan kenaikan pangkat tetapi kekosongan hanya di KL. Memandangkan segala aset semua dah ada di Ipoh, emak saya tolak jawatan itu. Yelah, bila dah hampir pencen buat apa nak menyesakkan fikiran duduk dekat bandar yang hari2 menempuh jammed. Lainlah kalau masa muda, boleh develop karier. Lagi 4 tahun emak saya akan pencen.
Ketiganya, kenduri tahlil untuk arwah opah saya. Dah 2 tahun arwah meninggalkan kami semua. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah...
Get ready menanti ketibaan tetamu. Kenduri dibuat selepas usai solat jumaat
Menu, nasi ayam, rojak pasembor, bubur, buah tembikai, kek.
Along yang menunggu hari untuk meletup
antara tetamu yang hadir...my aunty
si comel ni suka ambil gambar...
Humaira paling suka main botol susu bakal sepupu dia punya
tahniah makcik, dpt naik pangkat...
ReplyDeletesemoga along dipermudahkan bersalin nnt...amin...
syok nyerrr berkumpul ramai-ramai..:)
ReplyDeletetahniah buat makcik nieda .. seronok kan kalau buat kenduri sekali2 nie .. dpt jumpa sedara mara .. :)
ReplyDeletebest tu sekali sekala berkumpul dgn family :)
ReplyDeletekaknieda pun org perak ke..geng perak le kite, saye org taiping :)
ReplyDeletealhamdulillah tok sumanya..comella along peknen..harap2 dipermudahkan dia bersalin nanti
ReplyDeletebestnye berita baikkn n dpt jumpe semua.
ReplyDeletebest tuh balik kampung ade kenduri...macam2 yg diraikan yek..sure seronok..=)
ReplyDeletehuhu..si comel tu ingatkan humaira rambut dah panjang. muka ade iras
ReplyDeleteehh..tue kak rokizan dengan adik dia kan..dulu satu opis dengan k.izan kat JPN
ReplyDeleteseronok kenduri kan..time ni la nak berkumpul adik beradik..
ReplyDeleteeh,dah bersalin ke Along tur?n3 hari ni Along ni la nieda maksudkan kan?semoga dipermudahkanNya
time berkumpul mcm ni lah paling seronok
ReplyDelete