Sunday, November 21, 2010

Pengarang jantung saya

Pengarang jantung mummy tengah tidur ketika ini. Sayu je tengok 'si manis' ni tidur setelah penah bereksplorasi satu rumah. Sebelum tidur tadi kena marah dengan mummy bila tangan 'si manis' ni laju nak ambil benda atas meja. Pagi tadi 'si manis' ni dapat peluang explorasi satu dapur bila mummy buang sampah di luar rumah. Sekejap aje, tak sampai 5 minit.

Apa jadi??? Habis separuh kiub ikan bilis knorr dimakannya. Sayup2 dengar suara daddy panggil mummy dalam nada yang panik tunjuk apa yang 'si manis' ni makan. Kena marah lagi dengan mummy. Bila anak dah besar dan makin panjang akal ni, pening juga dibuatnya. Mummy kena banyak sabar dan muhasabah diri. Daddy selalu pesan, jangan marah2 sgt, gunakan cara psikologi.

Tertarik dengan artikel dalam majalah PA & MA keluaran Dec 2010 tentang isu bijak mengasuh.

Tidak ada formula khusus mendidik anak kerana setiap anak adalah makhluk yang luarbiasa dan unik, yakni berbeza-beza di antara satu sama lain. Bagaimanapun, Rasulullah SAW menggariskan 4 tahap mendidik anak:

1. Tahap Pertama – Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana haiwan menjaga anak.

2. Tahap Kedua – Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

3. Tahap Ketiga – Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

4. Tahap Keempat – Anak berumur lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibubapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibubapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Banyak juga saya mencari info tentang kaedah asuhan berkesan untuk melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia. Antara yang menarik perhatian saya... (credit to website INI)

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… . itu salah…

“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.

'Si manis' saya, Humaira

3 comments:

  1. betul tu nieda, huda pun kadang2 tu geram marah gak husna..masih dlm proses belajar..cuba untuk tidak keras hati sgt..

    ReplyDelete
  2. adui....humaira mkn kib tu, sedpa ke syg?he he he

    than nieda 4 the info...

    ReplyDelete
  3. keh keh keh ye ke nieda...tegelak2 lieya tau...abis kiub tu dibedalnye hahahahaah...masin2 agaknye rase nye kan heheeheheh.....

    tgk telatah anak ni mmg sonok....lucu pun ade...tu laa kenangan terindah kite begelar ibu...

    ReplyDelete