Saya pergi MAHA 2010 hari Isnin lepas dengan keluarga mertua. Memang plan nak pergi hari Isnin sebab kalau weekend dah tentu ramai sangat dengan umat manusia. Sampai di UPM dalam pukul 9.40 pagi, kereta dah banyak. Kami parking di pintu 1, bayaran untuk parking RM3 shj. Untuk ke tapak ekspo tu kena naik tram, kalau nak berjalan memang jauh. Tram tu free je. Dinasihatkan bawalah payung dan kalau ada anak2 kecil bawalah stroller.
Dalam tram menuju ke tapak ekspo. Best juga tengok pemandangan.
Jalan yang penuh sesak dengan kereta
Sebelum masuk dewan pameran, ada nursery pokok tanaman. Macam biasa, lama MIL dekat sini tengok tanaman. Emak mertua memang peminat pokok bunga. Banyak pokok MIL nak beli tapi disebabkan tak larat nak bawa akhirnya beli pokok anggur shj.
Poster besar MAHA2010. KFC, Rasamas, Pizza semua ada dekat sini. Nak menapak masuk dewan jauh juga, dengan keadaan jalan yang berbukit memang menguji kesabaran
First kami masuk dewan C. Sebabnya sepupu husband saya ada buka booth dekat situ. Jom terjah booth Kak Yati dulu. Terserempak dengan Kak Yati tengah berlegar2 dalam dewan. Kak Yati bagitau, hari ni barulah merasa nak berjalan2 dalam dewan, Hari Ahad lepas booth sentiasa penuh dengan pengunjung, tak menang tangan nak melayan. Baja organik semua habis dijual. Yang ada pas pelawat pun pukul 11 pagi dah sampai parking area, pukul 2.00 ptg baru dapat masuk dewan. Bayangkan, itu yang ada pas pelawat. Yang jaga booth, pukul 7 pagi dah kena ada di booth bagi mengelakkan kesesakan.
Stroller Humaira ada Ipin, atuk dia kasi. Gambar Humaira dan Kak Yati
Inilah booth Kak Yati C073, MIMIZU AGROTEK SDN BHD. Website MIMIZU di
SINI
Kak Yati jual baja organik. Tengah memberi penerangan pada MIL
Tengok apa tu????
Tengok....cacing. Baja organik daripada cacing. Syarikat ini membiak induk2 cacing, memproses menjadi baja organik. Baja organik yang terhasil dari bahan buangan cacing tanah yang merupakan baja organik semulajadi (vermicast) yang mengandungi pelbagai jenis nutrient yang diperlukan oleh tumbuhan termasuk Nitrogen(N), Kalium(K), dan Fosforus(P).
Bersambung lagi cerita part 2 Maha 2010...