Thursday, October 21, 2010

Cerita zoo negara

Minggu ini adalah minggu berjalan2. Daddy cuti untuk minggu ini, jadi mummy pun cuti jugalah. Memang kami plan minggu ini untuk kenalkan Humaira dengan alam sekeliling. Selain dari pergi shopping complex, mummy bawa Humaira mengenali haiwan di Zoo Negara.

Zoo Negara dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Kadar bayaran untuk seorang dewasa adalah RM25 termasuk Zoo Serangga dan Taman rama-rama. Untuk kanak-kanak yang berumur 3 hingga 12 tahun kadar bayaran adalah RM 9 seorang. Humaira free sebab umur dia baru setahun 5 bulan. Bayaran tersebut adalah untuk warganegara shj, yg bukan warganegara kadar bayaran adalah berbeza. Kadar bayaran lebih detail boleh klik SINI

Jom mengenali haiwan..

Sampai dekat entrance zoo, si kenit ni sibuk ajak pergi kedai souvenier. Ada benda yang menarik perhatian dia. Let's my lead mummy ya!!!


Zirafah tengah kencing, kalau tadah dalam besen besar confirm full. Memang banyak air kencing zirafah


Tak ingat nama..dalam spesis burung juga





Kanak2 tadika. Mummy suka tgk muka si cilik, wajah mereka nampak natural. Sejuk mata memandang


Humaira yang kehausan




Harimau tengah melepaskan hajat..Hehe


Mengaum, ternganga mulut Humaira tengok harimau mengaum


Humaira tengok haiwan ni, terus bibir mungil sebut 'Eoow". Ini bukan kucing sayang, inilah PUMA. Tengah mencari ikan


Di taman rama-rama. Cantik


Breastaurant....di mana2 pun boleh...


* nanti mummy upload lagi gambar haiwan. Ada banyak lagi. Tungguuuu

10 comments:

  1. bestnye die dapat g zoo.. sy pun x sampai2 lg hajat nk bawa anak g zoo..

    psst: nampak nieda cam dh slim dr sebelum ni lah..

    ReplyDelete
  2. ya....breastaurant..di mana2 aja...:)

    ReplyDelete
  3. wah..syoknya gi zoo..aritu dee gi kuala gandah pun tgk gajah kencing..byk giler..kehkehkeh..

    ReplyDelete
  4. suanya humaira yer tgk haiwan..nnti darissa besar sikit turn dia plak...

    ReplyDelete
  5. ooooh eina mmg dh kasitau hubby nk g zoo gak.tap taktau bila ni bleh g..huhu..syokkan..

    alahaii..time melepas hajat jugk smpt disnap pic eh..hikhik..

    ReplyDelete
  6. flamingo kut nama burung tu nieda..huda pun ingat2 lupe..

    ReplyDelete
  7. huhu..tibe2 takut tgk harimau tu. harimau zoo pon ganas lagi..best nye ade kemre best!

    ReplyDelete
  8. haitss dah mahal yerk bayaran masuk.... punyerlah lama ciklinn tak masuk zoo.. anak2 pun sibuk dah ni ajak ke zoo.. tapi mama eh malas tol nak berjalan satu zoo tu

    ReplyDelete
  9. Lama dah x ke zoo negara. Last pegi tima darwisy blum pandai jalan lagi..berhangkut stoller. On time nak ke sana jugalah..

    ReplyDelete
  10. wah...masuk zoo dh mahal ke?last year pg rm15..mmmhhh...

    ReplyDelete