Kes berlaku awal pagi tadi. Dalam pukul 3.58 pagi rumah saya takde elektrik. Lepas tu saya terdengar bunyi bising dekat luar rumah, dalam masa yang sama henfon hubby asyik berbunyi
(ingatkan hubby kunci alarm jam untuk solat sunat). Bila jiran dah start bising-bising hubby pergi jenguk dekat bawah (rumah saya jenis town house, kiteorang rumah atas). Jiran bagitau meter TNB kami terbakar, api tinggi. Rumah dekat bandar mana nak cari pasir untuk padamkan elektrik. Jadi jiran saya simbah air. Apa lagi meletup suis tu, tapi alhamdulillah api padam. Saya memang tak dengar apa-apa pun bunyi. Rumah saya shj bergelap takde elektrik.
Dalam pukul 4.10 pagi, hubby call TNB, tak sampai sejam mereka sampai. Punca tidak dikenalpasti, tapi kemungkinan meter masuk air. Apa2pun, alhamdulillah semuanya selamat. Elektrik kembali ada dalam pukul 5.30 pagi.
Sebelum ni pernah terjadi di rumah saya, lampu lip lap. Sekejap padam dan dalam beberapa saat kembali normal. Itu merupakan tanda-tanda meter ada masalah. Kawan-kawan, jangan pandang remeh perkara macam ni tau, nanti jadi macam kes saya. Saya terjumpa artikel tersebut di forum
SINI. Alam Budiman taman bersebelahan dengan rumah saya di Puncak Perdana.
Setelah berlaku kejadian macam ni, banyak benda saya terfikir.
- Kena alert di mana letaknya kunci. Saya sangat cuai bab ini. Sudahlah rumah saya satu shj akses untuk keluar
- Kena baik dengan jiran, dan saling bertukar no tel
Plan pagi ini nak balik kampung, nampak gayanya kena tunda. Risau sebab TNB just baik pulih untuk temporary shj. TNB suruh orang yang expert wiring untuk pindahkan meter di kawasan yang teduh. Selepas solat Jumaat, kawan hubby nak datang tengok. Hopefully kos nya tidaklah tinggi. Saya risau sangat2 sebab cuaca mendung, takut terjadi sekali lagi. Doa dan harapan saya agar cuaca tidak hujan dan semuanya kembali normal.
Inilah keadaannya setelah dibaik pulih. Gambar sebelum terbakar saya tak snap..
Close up...Kesan hitam tinggi sangat.
ohh.. bahaya nya kalo jd camni... adakah kerana penggunaan terlampau atau ade sebab lain..
ReplyDeleteBahayanyer..napa leh jd cam tu erk..
ReplyDeletekena lebih berhati2 lah lepas nih..
bahaya tu nieda....muza xsuka xde elektrik..rase mcm xde udara jer kat dlm umah tu..:)
ReplyDeleteish..takut plak dgr..bahaya gak kan..
ReplyDeleteish nieda.. nasib x de pape bende bahaya jd.. tp dh sampai api ni, ish.. takut plak dengar kan.
ReplyDeleteanyway, sy dh courier hadiah semalam tau! nanti infom sy kalau dpat ye.
menakutkan. mujolah rumah tak terbakar ke apa..
ReplyDeletealhamdulillah xde apa2..kita ni kalo trip kt umah pun dah mengelanah,inikan pulak fius terbakar.
ReplyDeleteadoiila, tskk bahayanya.. sebbaik tak terbakar ke apa kan.. kenape ek nieda?
ReplyDeleteouh..bahaya nya..boleh jadi sebab rumah terbakar x kalo meter terbakar?
ReplyDeletenasib baik xde apa2.. bahaya gak ek.. kena lebih berhati2 lepas ni... takut!!!
ReplyDeletebahaya tu sis..syukur u oll xde apa2..yelah kita pun x expect nk jd gitu kan..
ReplyDeleteGila la..meter letak kt lua..x cover lak tu.. mujur korg x apa2..
ReplyDelete