Tuesday, November 17, 2009

Pap smear

Hari ni bawa Humaira pergi klinik desa Kg budiman Klang untuk suntikan imunisasi Hepatitis B. Good girl sayang mummy, nangis sikit jer masa kena inject.

Kebetulan tak ramai di klinik jadi mummy dengan merelakan diri melakukan 'pap smear' dan pemeriksaan breast. Memang dah lama plan nak buat 'pap smear' tapi perasaan takut yang membuatkan tertangguh. Mummy jadi kuat semangat bila baca blog kawan2 yang benda ini tidak menyakitkan ditambah pula dengan nurse yang sangat baik hati dan memberi semangat. Memang benar, ujian ini tidaklah menyakitkan dan prosesnya lebih kurang 5 minit sahaja.

Kanser serviks @ pangkal rahim dan kanser payudara merupakan dua jenis kanser pembunuh utama wanita di Malaysia. Atas kesedaran ini, mummy telah melakukan pemeriksaan untuk kedua-duanya. Orang kata mencegah lagi baik dari mengubati..

Siapa yang patut melakukan pap smear?
Wanita yang sudah melalui hubungan seksual terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman. Pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.

Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dan baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi?

Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

  • Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
  • Mereka yang kerap bertukar pasangan.
  • Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

Berapa kali ujian diperlukan?

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubungan seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.

Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.

Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:

  • Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
  • Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan
(sumber dari internet)

Jom kawan-kawan semua kita buat ujian pap smear..


Humaira yang menunggu mummy, jadi driver..


Penat menunggu sampai ketiduran dia...


6 comments:

  1. pansai humaira.nangis skit je dia..humaira nampak tinggi la wak..

    ReplyDelete
  2. ye laa...humaira ni bile besar ni sure bile besar tinggi nieh..hihiih

    alahai ckp pasal pap smear ni lemah den tau nieda,....mmg nak buat, tapi takut huhuhuhu...time beranak lagi sakit kan kalo ikut kan....

    ReplyDelete
  3. eii cumel humaira ketiduran gitu..hehe..kita pun tak wat lg ujian ni..huhu..nk wat juge..

    ReplyDelete
  4. tahniah kerana berjaya buat hehehe
    kami ni yg takuuuuuutttt

    ReplyDelete
  5. looorrr comey nye humaira tido...terlentok je...

    ReplyDelete
  6. alahai, bab pap smear la paling lemah nak buat.. takut dan malu..

    mahai tak nak buat papsmear tu? kat mana ada lagi yer nak buat.

    ReplyDelete