Friday, July 17, 2009

kerja vs breast pump????

Hari ni dah 5 hari saya start bekerja..Serba serbi baru, maklumlah start masuk kerja selepas bercuti maternity leave ofis saya sudah berpindah di Kota Damansara. Masa preggy dulu ofis di Kg Melayu Subang. Environment happening dan menarik kt Kota Damansara. Walaupun bekerja, hati masih teringat2 kt my lovely Humaira kat taska..beratnyer hati mummy masa nak tinggalkan Humaira kat taska..Sebab???si kenit takmo minum EBM mummy dalam botol.

Nak cerita pasal puteri kesayangan mummy masa hantar ke taska...
Sabtu lepas mummy hantar Humaira kt Taska sbb mummy nak pegi hospital, so mummy ambil Humaira kul 2 ptg. Bayangkan Humaira langsung tak minum susu dari pukul 8-30am until 2.00pm..Betapa susah hati mummy ni. Hari Ahad mummy train guna botol masih gagal apabila Humaira sanggup tidor dalam kelaparan dan menangis minta simpati. Sungguh, mummy kalah melayan karenah dia dan akhirnya bagi direct BF. Bkn niat mummy tak nak bagi direct BF, cuma mummy kena train Humaira sbb mummy kerja sayang.

Hari Isnin mummy kerja, dalam sehari adalah 4-5 kali mummy call taska tanya Humaira minum ke tak..Jawapannyer tetap sama tidak walaupun mummy bekalkan injection, cawan kecil in case kalau dia tolak botol..Adui anak mummy ni nak bergayut dgn mummy jer. Hati mummy mmg betul2 tak tenang bekerja fikir Humaira, hubby pun byk kali call mummy tanya mcmane Humaira. Masa ambil Humaira, alhamdulillah habis juga 4 aunz Humaira minum dalam pukul 4.00 pm. Maybe lapar sgt masa tu. Bayangkan dari pukul 7.30am - 4.00pm baru nak minum susu......Mogok betul si kenit ni.

Hari Selasa pun sama, 4 aunz jer Humaira minum. Itupun waktu petang, lapar sangat kot masa tu. Pengasuh bgtau bila nak bagi botol terus dia tidur taknak menyusu..Tiap2 hari mummy berdoa dan cakap kt Humaira pujuk supaya minum botol.

Hari Rabu ada improvement.Mummy happy sangat masa ni bila Humaira berjaya habiskan 2 botol susu lbh kurang dlm 8 aunz. At least ada peningkatan.

Hari Khamis masa ambil Humaira, pengasuh bgtau, kak hari ni Humaira minum byk. Stok EBM dah habis. Sukanyer hati mummy, at least Humaira dah boleh terima botol. Dan untuk malam tadi, mummy bersemangat bangun tgh malam untuk pump susu. Humairalah kekuatan dan semangat mummy.

Untuk minggu ini, mummy langsung tak pump waktu malam kecuali mlm tadi mummy gigih 2 kali bgn mlm untuk pump bila anak mummy dah boleh terima botol. Sebabnyer???dalam freezer stock EBM Humaira berlambak sampai dh x muat nak letak dalam peti ais. Alhamdulillah rezeki.

Hari ni bersemangat mummy pergi kerja. Harapan mummy moga Humaira akan minum susu seperti sedia kala dan mummy takkan susah hati lagi. Mummy tekad untuk pump sekerap mungkin untuk anak mummy..Cuma Humaira tetap takmo kalau mummy and daddy yang bagi EBM dalam botol. Bijakkan anak zaman sekarang???

Sempena minggu penyusuan susu ibu sedunia, mummy berharap dapat beri esklusif BF pada Humaira sehingga 6 bulan dan seterusnya 2 tahun. Mummy sentiasa berfikiran positif, baik niat kita baiklah yang kita dapat. Masa preggy mmg mummy bertekad untuk BF Humaira selagi terdaya. Melalui internetlah mummy byk dapat info berkaitan kebaikan susu ibu, dapat berkenalan dgn blogger yg memberi esklusif BF pada anak mereka, melalui forum susu ibu, berjumpa sendiri kaunselor laktasi dan kawan2. Ya, mereka inilah kekuatan saya sehinggalah Humaira lahir. Sharing is caring kan?? Cuma agak terkilan 1 jam pertama selepas Humaira dilahirkan mummy x dpt bagi BF sbb Humaira kt NICU dan mummy kad ward bersalin.

Doa mummy moga diberi kekuatan untuk membesarkan anak mummy dgn susu ibu dan menjadi anak yang solehah. Mummy and daddy akan cuba untuk jadi yang terbaik buat Humaira. Susu mummy adalah hak Humaira, mummy tidak akan sekali2 menidakkan hak Humaira because you are my lovely daughter. Lahir sahaja Humaira, terus Allah kurniakan susu untuk diberikan kepada anak kita. Jadi kenapa kita perlu menidakkan hak anak kita kalau kita punya kekuatan dan keupayaan ke arah itu??

Nilah gambar ofis terbaru saya...


5 comments:

  1. Tahniah Nieda..saya huspa, ex-student ur hubby, pegi sekali BF session kat sarakids. Skrg tgh relactation sbb masa preggy tak pernah terpikir nak buat research pasal BF, skrg dah menyesal. Tapi still berusaha relactate...hisk hisk...Huspa dah add nieda punya blog link kat huspa punya blog. Takpe kan? Ni blog link huspa
    http://babyrompers.blogspot.com
    Sama-sama kita bagi yang terbaik utk baby!

    ReplyDelete
  2. hi nieda, hurmm cukup mencabar gak ek nk bf anak kan...pulak kt ibu yang berkerja...actually i pun plan nk bf anak i bnyk kene blajar ngan u ni hehehe

    ReplyDelete
  3. pandainya humaira..last2 dia mngalah yer..lamanya dia xnyusu..boleh yer humaira bertahan..xmeragam ker masa dia mrajuk xnak susu tu?
    untung nieda dpt BF anak. Muza nyesal plak x BF anak betul2..gud luck yer

    ReplyDelete
  4. salam kenal nieda. nieda tak ajar baby awal2 guna botol ke? tapi takpe, bb tgh blaja adapt tu.. :)

    ReplyDelete
  5. salam. alhamdulillah, humaira pandai minum susu mummy guna botol :-). moga dimudahkan urusan menyusu. amin...

    ReplyDelete