Friday, January 9, 2009

Zalimnyer Israel

9 January 2009

Masuk ofis pagi tadi, buka email dan baca paper online. Luluh hati ini membaca kekecaman Israel terhadap Palestin. Saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ini. Apa sudah jadi dgn dunia sekarang ni. Kadang2 terfikir adakah manusia zaman ini sudah hilang perikemanusiaan?? Setiap hari membelek berita, rasa sebak mengenangkan saudara Islam kita di sana dan adakalanya terasa seolah tidak mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa sakitnya.

Terbaru, saya mendapat tahu Palestin pula telah terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia.!
Persoalan utama sekarang, apa lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu?? Satu soalan yang saya sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana ‘di luar kotak'.
Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah.
Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah' seperti anda, terlalu ‘berjasa' seperti anda.
Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-
Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya

USAHA KITA : PILIHLAH
Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.
1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..
2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita.
3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-
a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidakmembatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andat idak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.
b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.
5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.
6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.
7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaiatan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.
8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

TINGKATKAN KEPEDULIAN
Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.
Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.
Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:
Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu,
(petikan ini saya ambil dari email yang diforward oleh kawan saya)

Hari ini (Jumaat 9 January) Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) bersama NGO lain akan melancarkan Kempen Boikot Produk Terpilih Yahudi/Menyokong Yahudi – COKE, STARBUCKS, COLGATE peringkat Negara. Majlis pelancaran ini akan diadakan pada 9 Januari 2009 (Jumaat ) selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Negara.

Majlis Pelancaran Boikot Produk Yahudi/Berkaitan Yahudi peringkat Negara ini bertujuan bagi menggesa semua masyarakat pengguna di dalam Negara ini khususnya masyarakat pengguna Islam untuk memboikot produk terpilih milikan /menyokong Yahudi. Ini bagi membantah kebiadapan, kezaliman Israel dan sekutunya ke atas rakyat Palestin. Masyarakat pengguna Islam di Negara ini harus turut serta dengan tidak menyokong produk terpilih ini bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya. Rasional Kempen Boikot Terpilih adalah bagi memberikan kesan maksimum terhadap kempen boikot ini. Dengan menggunakan kuasa kepenggunaan iaitu dengan ‘hanya tidak membeli’ pengguna dapat melumpuhkan ekonomi syarikat terbabit dan menghantar isyarat yang jelas kepada Israel dan sekutunya Amerika Syarikat agar tidak menzalimi umat Islam di Palestin.Kuasa Pengguna merupakan senjata terbaik dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk menyuarakan bantahan berhubung tindakan kebinatangan Israel dan sekutunya tanpa mengira agama dan bangsa. PPIM telah lama memboikot produk – produk ini atas dasar sikap tidak berperikemanusiaan negara mereka terhadap umat Islam.Kita perlu bertindakbalas dengan bijak kerana bantahan melalui memorandum dan perarakan tidak akan memberikan kesan langsung kepada kaum yang zalim ini.






No comments:

Post a Comment