Thursday, September 11, 2008

Morning sickness

11/09/08
Petang Isnin, (8 Sept 08) selepas habis ofis hubby telah membawa aku pergi checking di Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) Shah Alam. SO excited betul hubby..Ramai gak org time tu, Doc bertugas cuma 2 org, sabar jerlah..Doc cuma check tekanan darah, jantung dan bagi ubat asid folik dan kalsium..Buat ibu2 mengandung, asid folik baik untuk perkembangan otak baby, kalsium baik untuk pembentukan tulang baby. Kandungan ku baru mencecah 5 minggu. Masih baru lagi.
Pagi tadi aku dah mula rasa loya. Paling ketara kalau aku tengok PC lama sangat mulalah rasa x sedap badan. Malas betul nak masuk ofis hari ni, tapi apakan daya.....Aku gagahkan juga demi baby ni..
Aku amat bersyukur kepada Allah, bulan lepas hubby ku telah dinaikkan pangkat sebagai pensyarah kanan. Inilah rezeki anak namanya, Alhamdulillah...
Doaku, moga Allah mudahkan segalanya...Amin

No comments:

Post a Comment