My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, January 6, 2010

Budak bertuah

Peel baru Humaira dah taknak duduk dalam carseat. Asyik meronta nak lepas jer. Satu hari mummy buat dun know, si kenit ni berusaha sendiri nak keluar. Nak explore semua benda. Makin lama makin panjang akalnya.

Tuesday, January 5, 2010

Selamat bertugas Along

Hari pertama kakak saya, Along akan melapor diri sebagai cikgu di Langkawi Kedah setelah tamat kursus perguruan (KPLI). Nampak gayanya ramalan saya meleset. Ingatkan bila dah kahwin mesti dapat posting dekat dengan husband, rupa-rupanya jauh tersasar.

Along, walaupun rasa berat dengan penempatan yang agak jauh, pandanglah ia dari sudut yang positif. Timba lah pengalaman sebanyak mungkin di negeri orang. Moga pengalaman itu akan meningkatkan kematangan dan ketabahan kita kerana peluang tidak datang selalu. Andai kita ikhlas, pasti ganjaran yang diterima tidak kira berapa pun jumlahnya amat terkesan keberkatannya.

January, bulan birthday famili saya. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam lindunganNya. Happy Birthday to my family:
  • 1 January - Birthday adik saya, Wanie
  • 4 January - Birthday abah saya
  • 23 January - Birthday kakak saya, Along
  • 24 January - Birthday adik saya, Fizi
Keluarga tercinta, Humaira tak lahir lagi masa ni...


My loving Humaira..

Friday, January 1, 2010

AWAS dengan PENIPU

Entry pertama untuk tahun 2010. Moga 2010 menjanjikan kejayaan kepada kita semua...

Nak share pengalaman dengan blogger semua. Jumaat lepas kami sekeluarga pergi Giant Seksyen 13 Shah Alam. Kami keluar dari Giant dalam pukul 6.00 petang, kebetulan ada kereta BMW, lelaki cina parking sebelah kereta kami. Masa husband saya tengah sibuk2 masukkan barang, tiba2 ada sebuah kereta NAZA CITRA warna silver berhenti bertanya restoren halal food kepada lelaki cina tersebut. (Ada 4 orang dalam kereta NAZA, berbangsa Iran). Kemudian minta tukar duit dengan lelaki cina tersebut. Saya jadi pelik bila orang Iran tu asyik tengok jer wallet lelaki cina tu, pastu siap pegang2 wallet tu.

Husband saya terus bersuara dekat lelaki cina tu, bos itu orang tipu punya. Habis jer husband saya ckp, terus lelaki Iran tu masuk dlm kereta dan beredar dari situ. Husband saya sempat tgk no plat kereta NAZA tu dan terus call polis. Walaupun takder bukti untuk tahan lelaki Iran tu, sekurang2nya maklumat tu ada pada polis. Sebelum ni banyak kes2 mcm ni dalam paper tak sangka berlaku depan mata saya. Mcm2 cara orang nak tipukan. Yang penting kita kena alert pada persekitaran.

Teringat kejadian dalam 2 tahun lepas, saya nyaris diragut di Anggerik Mall Shah Alam. Syukur saya terselamat. Husband saya cuba follow motor tu, sekali lagi depan mata kami motor tu cuba ragut seorang perempuan, tapi tak berjaya. Saya dah berdebar2 bila husband saya nak langgar jer motor tu sib baiklah dia bleh calm down lagi. Nampak jer no plat terus call RAKAN COP. (Nasib baik husband saya ada, time tu saya tak pakai spek, acik ni rabun...hehe mmg tak nampak no plat) Alhamdulillah peragut tu berjaya diberkas polis. Rupa2nya satu rumah kerjanya meragut orang. Then polis call kami untuk buat laporan polis dan buat pengecaman.


Moral of the story terutama wanita:
  • Pengajaran buat saya, kena pakai cermin mata dekat mana2 pun. Bila polis tanya, saya langsung tak dapat jawap sebab rabun. Nasib baik lah masa polis tangkap peragut tu mcm2 bahan bukti ada...purse, henfon sampai 5 dan pisau.
  • Kena simpan no tel polis, saya percaya ramai antara kita tak ada simpan pun no tel. So boleh klik SINI

nuffnang

Related Posts with Thumbnails