My sweet story...

My sweet story...

Friday, April 17, 2009

Melawat baby Adam....

Rabu lepas, saya dan ofismate Kak Mai telah menziarahi Yus. Dia ni ofismate saya. Tahniah buat Yus kerana dapat baby boy..Nama baby Muhammad Adam Harith..(Nice name). Lahir pada 11 April 09 secara ceaser coz baby songsang..Anyway Yus, congratulation kerana telah selamat melahirkan baby..Mesti seronok saat bergelar mama kan? Wah x sabarnya daku...hehehe..


Actually Yus ni kahwin bulan 5 tahun lepas serentak dengan adik ipar dia...Yang bestnya dua2 dah selamat bersalin...Beza baby cuma 2 minggu..Pasti mak mertua Yus seronok dapat cucu serentak. Adik ipar Yus telah selamat melahirkan baby pada 30 April 09 (Kalau tak silap). Baby gurl nama Qaseh..(Hehe panjang sangat, Qaseh jer yg i ingat). Saya dapat bayangkan dah besar nanti dorang ni mesti rapat.

Jom layan gambar-gambar..

Nilah dia gambar jejaka kenit..Comel tau ikut muka mama dia..Time kami datang baby Adam ni asyik tidur jer, so tak dapek den nk pegang..



Yang ini Adam ke? Ohh tidak, inilah Qaseh..Pegang baby ni terus tido..hehe



Kasi close up sikit Qaseh ni...Comel sangat, saya suka bau baby...


Lastly semua mummy mesti nak inteprem jugak...tgklah badan daku yang semakin mengembang..Serious takut gue tgk badan sendiri..


Kasi close up sikit..Sepanjang pregnant hampir 20kg naik...Harap2 lepas bersalin bleh back to normal..Comelkan Aina, ofismate saya punya anak..Nanti ajak mama pegi playground ye Aina..Good gurl Aina ni...heheh


Sunday, April 12, 2009

Breastfeeding class

Sabtu lepas, 4 April saya dan hubby telah menghadiri kelas breastfeeding yang diadakan di TTDI Jaya Shah Alam. Banyak info yang menarik kami perolehi sebagai persediaan untuk bergelar mummy and daddy. Kami memang berazam untuk memberi exclusive breastfeed untuk anak kami..

Sebelum gerak harus tangkap gambar dahulu



34 weeks pregnant...bam bam


Sara Kids, TTDI Jaya Shah Alam




Breastfeeding class telah disampaikan oleh Puan Farah, pakar Laktasi merangkap owner Sara Kids..Kagum dgn dia..hehe


Antara peserta yang datang...




Last but not least, kami sepakat untuk membeli set breatfeeding spectra 3..Taraa


Dgn buku panduan penyusuan ibu berkerjaya


Bagi pendapat saya, tak rugi pegi kelas ni...Selamat berhujung minggu..


Wednesday, April 8, 2009

Makan-makan

Lamanyer tak update blog ni. Minggu ni sibuk sangat, dengan internal audit, Survelliance audit..Tak sabar rasanya nak cuti panjang.

Sempena birthday hubby Jumaat lepas, saya belanja makan di ramai seafood area Klang. Saya penah sampai tempat ni masa zaman belajar kt Uitm dulu2. Ada kawan belanja. Saya suka tempat ni, cantik.


Sebelum gerak, harus snap gambar dulu. We are green



Perut yang semakin memboyot, duduk pun dh terkangkang..hehehe



Ni lah tempatnya, Ramai seafood



Saya suka lampu2 dekat sini, tapi segan nak ambil gambar, orang asyik pandang jer..



Kami order Ikan siakap masak 3 rasa..marvellous



Antara menu yang diorder, ikan siakap, telur dadar dan udang goreng tepung. Udang goreng tepung tak sampai lagi kami dh ngap dulu. hehe.Saya tak ambil sayur pun sebab cik abang tak makan sayur. Nanti membazir jer. Lagi satu kalau saya order dia suka cakap mcm kambing jer makan sayur hijau..eeii geram tullll!!!!hopefully my coming baby tak ikut perangai daddy dia, tak makan sayur. Harus train dari kecil, lagipun sayur ni berkhasiat.



Ada masa nanti, saya akan update aktiviti Sabtu lepas. Kami telah pergi kelas breasfeeding di Sara Kids. Menarik kelas ni, banyak info yg kami perolehi. Saya memang respect pada ibu2 yang bagi exclusive breastfeed sehingga 2 tahun pada anak2 terutama bagi ibu berkerjaya.
Oklah, itu saje untuk laporan hari ini.. Saya kena jadi auditor hari ni, kena audit Sales department..Sungguh tension tau..


nuffnang

Related Posts with Thumbnails