Thursday, February 5, 2015

Mahnaz Food Shah Alam pemborong makanan dari Timur tengah

Boleh dikatakan tiap2 bulan akan ke sini..Apa yang menariknya di Mahnaz food..Macam2 ada...Pelbagai jenis kurma, air zam zam, madu, kekacang, rempah ratus dari Arab, pelabagai jenis roti, air, coklat dan gula2 dari Arab semuanya ada di sini. Selalu kalau orang balik dari Mekah pasti ada bawa pelbagai jenis kurma dan kekacang. So sekarang ni kita boleh beli di sini je. Harga pun reasonable. Boleh beli dalam kuantiti yang sedikit. Kalau beli borong lagi murah.

Alamat kedai:
No. 8 TP 7/5, Sime UEP Industrial Park, 40400,
Shah Alam, Selangor, Malaysia (Off Jalan Batu Lama, Behind Sekolah Menengah Teknik, Shah Alam, Batu Tiga, Sec 26)
 
Mahnaz Food
Pelbagai jenis kurma ada di sini. Dari gred AA sehingga la yang biasa.
Pati delima. Dah dua bulan husband guna, dia bgtau banyak perubahan. Dah tak rasa sakit kepala
Pelbagai jenis rempah ratus
Semua jenis kekacang ada di sini. Saya selalu beli kacang pistrachio dan almond roasted
Madu.
Coklat
Gula2 dan manisan
Hasil tuaian minggu lepas. Beli madu, pati delima dan pati kurma, olive oil, kurma, kuaci dan supplement Habbatul Barakah. Kalau tak silap semua sekali RM105



Wednesday, February 4, 2015

Party tupperware

Sabtu lepas join party tupperware di Stokis Tupperware di Avenue 2 Seksyen 16 Shah Alam. Ownernya, Puan Ninie tengah menerangkan produk sepanjang kempen bulan Feb. Ninie seorang blogger juga. Yang menariknya, setiap customer yang join party ini akan dapat hadiah berupa tupperware. Anak dara saya join pertandingan mewarna..Dapatla hadiah botol air.

Item paling comel bulan ni hot flask. Sesuai untuk kegunaan yang ada anak kecil. Baru saya tau, boleh masak bubur menggunakan hot flask.
Humaira tengah mewarna. Datang lambat, so dialah orang yg terakhir mewarna
Dapat hadiah botol air. TQ ninie
Hasil colouring masing2. Semua dapat hadiah