
Kisah
 bermula selepas pulang sebentar ke rumah ketika minggu cuti hari raya.Hubby menawarkan diri untuk membasuh 
segala cadar, selimut dan sarung bantal. Maka berlakulah proses menarik 
keluar cadar dan sarung sarung bantal untuk dimuatkan ke dalam mesin 
basuh yang berusia 5 tahun. 
Sejam kemudian 
apabila selesai proses, hubby pun ke mesin basuh untuk mengambil kembali 
cadar, selimut dan sarung bantal. Tiba2 terdengar suara hubby seperti marah2. Rupa-rupanya smartphone saya sudah dimandikan dalam washing machine. Nak harapkan lelaki basuh cadar, lain jadinya. Selalunya kalau saya yang basuh, saya akan masuk satu persatu ke dalam washing machine, untuk mengelakkan benda2 x diingini masuk sekali dalam mesin. Tapi bila hubby yang buat, semua dia masukkan dalam mesin. Adehh..
Smartphone
 tu saya sentiasa on dan apabila saya lihat ianya dah off, fahamlah
 akan musibah yang telah menimpa smartphone tersebut. Hubby yang belikan pada 
tahun 2011 dan kondisi sangat okey. 
Mula-mula saya cabut bateri, jemur di kawasan redup 
kemudiannya apabila saya Google mengenai smartphone terendam dalam mesin
 basuh menggunakan keyword 'Samsung s2 washing machine', banyak pula 
entri menceritakan pengalaman S2 mereka terendam dalam washing machine. 
Hasil
 bacaan entri-entri nampak positif kerana rata-rata memuji S2 yang 
kembali beroperasi setelah dikeringkan. Metodologi pengeringan yang 
sering diamalkan ialah meletakkan s2 di dalam beras kerana bagi mereka 
beras merupakan penyerap kelembapan. Maka kaedah ini saya cuba. 
Kebetulan esoknya saya ke kampung dan S2 ditinggalkan dalam beras selama
 3 hari 2 malam. Bateri pula dijemur berasingan. 
Balik
 dari kampung, dengan 1000 doa dan harapan, s2 dihidupkan. Debaran 
mengiringi penantian untuk melihat sesuatu di skrin S2 dan Alhamdulillah
 ianya beroperasi seperti biasa setelah digantikan dengan bateri spare 
Samsung Original yang memang telah lama disimpan. Terus hubby transfer semua gambar-gambar yang ada dalam smartphone, prosedur backup 
harus dilakukan segera kerana maklumlah smartphone dah pernah dibasuh, 
mungkin akan menjadi senget. 
Selepas
 backup, alhamdulillah masih boleh digunakan seperti biasa. Saya pun 
update FB bagitau pasal kondisi smartphone kembali beroperasi seperti 
biasa. 
Seharian
 guna, tiba masa untuk charge. Segalanya normal sehinggala keesokan hari 
apabila nak on tak boleh. Sudah ku duga begini jadinya lagipun what do 
you expect from an electrical device yang sudah dibasuh oleh washing 
machine termasuk dibilas dan di spin dry. Nasib baik tak sempat di 
masukkan ke dalam drying machine.
Otak
 pantas berfikir, charger dimasukkan kembali dan cubaan untuk hidupkan 
S2 kali ini berjaya cuma aneh melihatkan bateri percentage adalah 0% dan
 berwarna kelabu. Tidak naik-naik pun percentage walaupun telah 1/2 jam 
charge. Terus terfikir, masalah ini mungkin berpunca dari tragedi mesin 
basuh kerana sebelum ini tidak pernah wujud masalah ini. Saya kemudian 
cabut bateri dan pasang kembali barulah indicator menunjukkan bateri 
100%. Permulaan S2 untuk menjadi senget. 
Fikir-fikir
 teleng-teleng geleng-geleng, keputusan dicapai, S2 perlu di trade in 
sebelum menjadi masalah lebih besar. Setelah dibuat ujikaji pelbagai 
dari segi speaker, volume, kamera segalanya okey, maka sedikit research 
dilakukan untuk mencari device yang sama power dengan S2 dengan budget 
yang ciput, maka Zenfone 5 dipilih. kopak duit laki aku..kekeke..
Sedikit
 comparison between both S2 and Zenfone 5. S2 processor ialah 1.2 Ghz 
Dual Core sementara Zenfone 5 Intel Atom 1.6 Ghz Dual Core. S2 1GB RAM 
sementar Zenfone 5 2GB RAM. S2 internal memory 16GB, sama dengan Zenfone
 5 16GB, kamera 8MP sama dengan Zenfone 8MP.Skrin Zenfone lebih besar 
dari S2. Yang lain-lain keupayaan lebih kurang sama. Speed mobile data 
S2 ialah 21MBps maksimum sementara Zenfone 5 ialah 42.2 MBps maksimum 
jika diizinkan oleh telco. (cuma saya rasa gambar dari s2 lagi cantik dari zenfone)
Secara
 ringkas, Zenfone 5 boleh menyerupai S2 malah lebih tinggi dari certain 
aspect. Harga Rm 599 tak masuk trade in. Selepas trade in, harga yang 
dibeli adalah mampu milik untuk sebuah Asus Zenfone 5 berwarranty 
Malaysia Authorized Distributor. Dan hubby juga trade in Asha 210 
kepunyaan untuk merendahkan lagi harga Asus Zenfone 5. 
Moral of the story...Jangan Basuh Handphone Anda.