Nampak getah rambut suruh mummy ikatkan rambut. Rambut Humaira cinonet, susah nak buat tocang.
Hasilnya...jadilah dapat ikat sikit..Humaira cukur jambut masa usia 4 bulan sampai sekarang dah 2 tahun 3 bulan nilah rambutnya..susah betul nak panjang
Pandangan sisi pulak..
Thursday, August 25, 2011
Tuesday, August 23, 2011
Humaira dapat suratlah...
Petang semalam check post box ada surat atas nama Humaira...Terus bagi surat tu kat Humaira..Tersengih2 mcm orang besar. Belum buka surat tu mummy dah tau dari siapa..Saja kasi cik adik manis ni excited..
Humaira buka je surat tu terus suka...waa pipin dia sebut
Suka betul dia dpt sampul duit raya Upin & Ipin..Mummy request dalam majalah komik Upin & Ipin.
Monday, August 22, 2011
Al fatihah buat bidadari syurga...Dania Emelda Aqasha
Sempat baca blog Izwa tentang keadaan adik Dania Emelda Aqasha yang berada dalam keadaan kritikal bertarung nyawa melawan penyakit leukimia. Bila saya buka blog ibunya, Leen laju saja air mata ni mengalir. Adik Dania telah kembali ke Rahmatullah petang tadi dalam pukul 3.19 pm.. Baru sahaja saya komen di blog Leen, semoga di bulan yang penuh keberkatan ini, dengan doa2 kita semua, Dania akan sembuh. Tapi perancangan Allah itu tiada siapa dapat menolaknya. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan. Al fatihah buat bidadari syurga...Tenanglah engkau DI SANA...
Biskut raya ketiga..Almond London
Gigih acik nieda buat Almond London cuti weekend lepas. Cukuplah 3 jenis biskut raya dari air tanganku untuk raya tahun ni. Hari Sabtu bakar biskut almond, Ahad baru salut dengan coklat. Sakit pinggang nak buat biskut . Resepi biskut ni saya ambil dari my resepi. kredit to nizamadey
Taraa...inilah hasilnya.. Jemputlah wahai kawan2 sekalian alam datang beraya rumah i nanti. Roger i hokey..
Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
- 250 gm mentega
- 125 gm gula halus
- 1 biji telur
- 1 tsp esen vanilla
- 50 gm serbuk badam (optional)
- 200 gm tepung jagung
- 300 gm tepung gandum
- 2 sudu tepung beras
- 1 tsp baking powder
- 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
- 50 gm badam cincang (utk hiasan)
- +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)
Cara-cara
- Pukul mentega dengan gula hingga kembang
- Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
- Masukkan serbuk badam, kacau
- Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
- Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
- Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
- Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
- Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
- Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
- Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.
Macam biasa...mesti nak derhaka dengan resepi. Saya tak letak telur dalam adunan biskut ni, lepas tu sukatan serbuk badam saya tambah jadi 100gram. Badam cincang untuk topping atas coklat pun takde, saya ganti dengan kacang tanah (tak plan nak buat biskut ni, bila tgk resepi banyak bahan ada kt dapur terus buat).
Sedikit tips untuk topping coklat, kalau nak sedap guna coklat compound ataupun coklat masakan jenama tulip. Coklat masakan jenis van houtan tidak membantu. Saya pernah buat dulu dengan emak saya guna coklat van houtan..Bila coklat tu dah cair, tak boleh nak mengeras..Memang tak cantik lor biskut almond london tu
Inilah hasil percubaan pertama Almond London. Ada yang terlebih garing..Ishk ishk tak senonoh betul acik nieda ni. Nasib la pasni salut dengan coklat. Comel sangat biskut ni, patutnya bentuk doh besar sikit
Sedikit tips untuk topping coklat, kalau nak sedap guna coklat compound ataupun coklat masakan jenama tulip. Coklat masakan jenis van houtan tidak membantu. Saya pernah buat dulu dengan emak saya guna coklat van houtan..Bila coklat tu dah cair, tak boleh nak mengeras..Memang tak cantik lor biskut almond london tu
Inilah hasil percubaan pertama Almond London. Ada yang terlebih garing..Ishk ishk tak senonoh betul acik nieda ni. Nasib la pasni salut dengan coklat. Comel sangat biskut ni, patutnya bentuk doh besar sikit
Taraa...inilah hasilnya.. Jemputlah wahai kawan2 sekalian alam datang beraya rumah i nanti. Roger i hokey..
Percubaan pertama membuat apam balik
Weekend lepas mencari resepi membuat apam balik nipis dan garing. Dah lama teringin nak cuba. Masa baru2 kawin dulu bercuti kt Langkawi ada beli frying pan sekali dengan rolling..Hampir 4 tahun dah pan tu tak pernah guna. Gigih mencari resepi apam balik supaya dapat guna pan ni..hehe...Ambil resepi dari SINI. Bancuhan memang banyak, yang makan mummy dgn Humaira je, membazir je bancuhan tu.
Masa beli pan ni tertarik sebab ada disediakan rolling sekali
taraaa..boleh tabur banyak2 inti tu..Makan panas2 sedap ni, crunchy
Sunday, August 21, 2011
Bila Humaira ber tutti frutti
Lepas berbuka daddy ajak makan aiskrim tutti frutti di Bukit Jelutong. Masa bayar di cashier daddy tanya tutup pukul berapa, cashier tu bagitau pukul 5.00 pagi..Huhu ada ke orang bersahur makan aiskrim..
Aksi anak dara sorang ni, macam teringin sangat makan ais krim..
Dia hanya nak makan topping yang dia pilih sendiri. Coklat M& M dan anggur sahaja. Bila topping dah habis, selamba suruh mummy ambil lagi. Anak oh anak...semuanya kena bayar cik adik manis...

Nyum nyum..Sesekali bolehla makan aiskrim malam2. Dahlah masa ni baru lepas hujan, cuaca sejukk
Friday, August 19, 2011
Bila Humaira bershopping
Jumaat lepas shopping baju raya untuk Humaira. Beli di Jusco Bukit Raja, malas nak ke Sogo confirm sesak. Daddy ajak awal sebelum minggu ni kakitangan kerajaan dapat bonus bertambah2 sesak nanti. Hehe...Daddy masih belum dapat bonus lagi. Daddy kerja dengan badan berkanun so dengarnya bonus akan dapat sekali dengan gaji minggu depan.
Humaira sekarang ni dah pandai memilih. Asal nampak baju minnie mouse semuanya nak. Nasibla cik adik manis ni tak pandai lagi minta brand mahal2...Pening makkkk. Nampak benor suka dapat pakaian baru, tak bagi langsung kita pegangkan...IShk ishk...
Sempat juga cari sepasang baju kurung untuk Humaira. Risau budak kecik ni takde baju kurung lagi. Malam tu pula Achue Humaira yang belajar dekat Kelantan call bagitau dah beli baju kurung untuk Humaira 2 pasang. Lepas tu Makcik husband pula offer nak jahitkan baju kurung untuk Humaira. Embah Humaira tak sempat nak jahitkan, sibuk untuk persiapan nak pergi haji. Terus ada 4 pasang baju kurung cik adik manis sorang ni..Rezeki dialah...
Tengok tu semua pakaian dia nak pegang...Jangan sesekali sentuh mengamuk nanti!

Thursday, August 18, 2011
PTPTN: Sistem Ujrah
Buka email petang semalam dapat email dari PTPTN mengenai Ujrah.
Tuan / Puan, Tuan telah berjaya ditawarkan pertukaran kos pentadbiran dari (3%) kepada ujrah (1%). Sila semak / cetak surat tawaran dan tuan/puan melengkapkan berdasarkan panduan pengisian.
Mak aii hampir 15 muka surat nak kena baca dengan teliti dan sign. Untuk Diploma dan Degree hampir 30 muka surat. Bila baca timbul pula keraguan. Silap saya sebelum ni tak pernah ambik port mengenai bayaran balik PTPTN. Encik abang yang bayarkan tiap2 bulan. Lepas ni kena check balik baki bayaran PTPTN.
Bila teliti balik tawaran ujrah ni, macam ada muslihat disebaliknya. Tempoh bayaran balik dikurangkan dan secara tak langsung ansuran bulanan akan meningkat. Selepas ni sesiapa yang sudah bekerja memang tak boleh lari lah dari potongan gaji. PTPTN akan cari sampai lubang cacing.
Macamane pula yang tidak mempunyai pendapatan tetap tetapi masih membuat bayaran balik tetapi jumlahnya kurang dari yang ditetapkan oleh PTPTN, sesuai tak ambil sistem ujrah ni? Komen sikit..korang terima tak sistem ujrah ni??
Bila saya cari info di internet rata2 tidak setuju cara pelaksanaan Sistem Ujrah, seperti DI SINI, SINI dan SINI. Kesimpulannya, bagi pelajar2 di luar sana, janganlah berhutang belajar kalau ada pilihan yang lebih baik.
Tuesday, August 16, 2011
Buah melaka
Kuih ni favorite anakanda saya, Humaira. Sangat suka makan buah melaka. Baru berkesempatan buat buah melaka ni masa berbuka untuk Ahad lepas.
Bangun tidur, nampak mummy buat buah melaka terus cakap nak mamam wah ka (nak makan buah melaka). Hehe...Humaira ni kalau baru bangun tidur susah nak ajak makan, tapi kalau favorite food dia laju jer.

Khusyuk Humaira makan
Muka baru bangun tidur
Monday, August 15, 2011
Projek biskut raya
Sabtu lepas tiba2 mood rajin baking biskut raya. Tiba2 berkobar2 pula nak buat biskut raya tahun ni. Agak mencabar juga nak buat biskut tahun ni, Humaira asyik kacau je. Kejap2 kena stop layan dia makan, pastu nak susu, nak main mcm2 lah..
Sempat juga buat dua jenis biskut, mama carries dan cornflakes salut coklat. Resepi mama carries ubah sikit, kasi rasa strawbery, resepi saya dapat di SINI.
Sempat juga buat dua jenis biskut, mama carries dan cornflakes salut coklat. Resepi mama carries ubah sikit, kasi rasa strawbery, resepi saya dapat di SINI.
Mama carries sebelum di bakar. Saya punya mama comot. Hehe topping warna putih tu sememeh, guna tangan je. Kalau guna piping bag mungkin kemas sikit kot.
Sabtu punya projek dapat 3 balang biskut. Kalau rajin nanti nak buat almond london plak. Saya dah elok2 susun biskut dalam balang, sekali Humaira goncang...huhu nasib baiklah biskut tak pecah
Saturday, August 13, 2011
Kisah Norma di MHI
Hari ni baru berkesempatan membaca blog Moon. Hadooii meleleh air mata saya tengok youtube yang disiarkan dalam MHI 10 Mac yang lalu mengenai penderitaan Norma dan suaminya Talib. Hebat betul dugaan mereka.
Buat Norma..
Bersabarlah..Kuatkan semangat melawan penyakit mu itu. Allah tak akan menguji hamba Nya dengan ujian yang tak mampu ditempuh oleh hambanya. Ujian dari Allah menandakan Allah sayang pada kita. Jangan sesekali menyesalinya.

Friday, August 12, 2011
Kuih kegemaran Humaira
DIA sangatlah suka makan buah melaka. Dulu saya rajin buat buah melaka, time bulan puasa ni belum berkesempatan nak buat lagi. Semenjak bulan puasa ni banyak juga kuih saya buat sendiri. Buat banyak2 lepas tu frozen. That why kuih buah melaka belum buat lagi, sebab stok kuih frozen ada lagi.
2 ketul habis Humaira makan. Bulan puasa ni berat Humaira dah turun 1kg. Hadoii...bukannya cik adik manis ni puasa pun
Sedap sehingga menjilat jari
Tuesday, August 9, 2011
Anak dara yang rajin basuh pinggan
Baru 2 tahun sudah menunjukkan skill membantu mummy membasuh pinggan mangkuk. 5 minit basuh sebiji pinggan pun belum tentu habis lagi. Bertambah kerja mummy adalah...habis air jatuh kt lantai dapur. Baju anak dara pun basah.
Inilah kerja terbaru Huamira..pantang nampak pinggan mangkuk dalam sinki sibuk nak asuh (nak basuh)..
Inilah kerja terbaru Huamira..pantang nampak pinggan mangkuk dalam sinki sibuk nak asuh (nak basuh)..
Tekunnya dia...
Monday, August 8, 2011
Menu buka puasa
Antara menu yang sempat di masak minggu lepas. Ayam panggang, whipped potato, puding karamel. Ayam panggang tu husband kata dah rasa macam Kenny Rogers. Saya balas balik, sebab ikut resepi kt internet Ayam Panggang Ala Kenny Rogers. Resepinya kat SINI. Lepas tu saya buat homemade whipped potato. Guna 2 biji kentang saiz besar. Resepi saya ambil DI SINI.
Bulan puasa tahun lepas husband suka makan puding karamel. Saya tak makan pun puding ni. Boleh pula dia request masakkan puding karamel. Nasib lah ada internet, google je pastu boleh dapat resepi. Mula2 saya tengok kt youtube, lepastu cari resepi DI SINI. Tang air gula tu, kena improve lagi. Kalau ikut resepi untuk buat gula hangus guna 5 sudu besar gula dan 2 sudu besar air. Tapi saya rasa air kena lebihkan sedikit...Baru nampak cantik. Lepas je puding tu masak, saya yang tak menyabar ni, terus telangkupkan atas pinggan...Apa lagi benyek la.Grmmmm.. Patutnya kena sejukkan dalam fridge baru telangkupkan. Takpelah next time bole cuba lagi. Practice makes perfect!!

Inilah hasilnya ayam panggang ala Kenny Rogers bersama whipped potato. Potato tu tak habis, esoknya saya buat bergedil untuk juadah berbuka puasa.
Inilah rupa puding karamel saya. Walaupun tak cantik tapi husband kata sedap...sama macam kat Bazar Ramadan. Tak boleh makan selau B, kolestrol dan manyak manis.
Saturday, August 6, 2011
Melawat baby Aqil
Gambar ni dah lama ambil, sebelum puasa lagi. Lupa nak publish kan. Melawat baby kawan ex officemate saya, Yus yang dapat baby boy bulan March lepas. Dah besar pun Aqil, hampir 5 bulan dah usia dia. Aqil ni anak kedua Yus, yang sulung pun hero juga. Teringat kenangan sama2 preggy masa kerja satu ofis dulu dan kiteorang sama2 mabuk time bulan puasa. Dugaan sungguh masa tu.
Humaira dan Muhammad Aqil Harith. Humaira macam biasalah...sangat suka dengan baby. Kalau boleh nak dukung je baby tu. Mata Aqil bolat kena flash kamera.
Humaira dan Muhammad Aqil Harith. Humaira macam biasalah...sangat suka dengan baby. Kalau boleh nak dukung je baby tu. Mata Aqil bolat kena flash kamera.
Budak comel, Aunty tengok sama macam muka abang dia, Adam masa baby dulu
Wednesday, August 3, 2011
Entry pertama Bulan Ramadhan
Hari ni dah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. Mood ke laut nak update blog masa bulan puasa ni.
Hari pertama puasa berjaya masak sendiri tanpa godaan nak pergi PARAM. Hari kedua hancusss..Husband ajak juga pergi. Tapi tahun ni memang nak berbelanja secara berhemah. Beli yang perlu sahaja. Kami beli roti john, kebab dan kuih muih. Habis kecuali roti john selamat ke dalam tong sampah. Tak sedap langsung...Teringat2 roti john kt kawasan perumahan saya, sepanjang saya hidup roti john tu TERBAIK. Harus beli petang ni. Fail lagi tidak menjejakkkan kaki ke PARAM. hadoiii...
Humaira pula hari pertama kami sahur si kenit tu tidur dgn lena. Berbuka sekali dengan dia, tapi sebelum azan magrib dia dak makan dulu. Huhu..Bila mummy kata esok Humaira kena puasa, boleh pula dia sebut haa..Hari kedua sibuk nak bersahur sekali konon nak puasa lah tu, pukul 10 pagi sibuk cari nenen. Dia nampak pelik bila tengok mummy dgn daddy tak makan waktu siang. Teringat pengalaman puasa tahun lepas, Humaira tak pandai jalan lagi. TAPI bila masuk je azan Magrib kelam kabut dia merangkak ke meja makan. Pagi tadi waktu sahur Humaira tidur dengan lena sekali, mana taknya malam tadi hampir pukul 1.00 pagi baru tidur. Oklah, selamat berpuasa semua, semoga kita mendapat rahmat.

3 dara pingitan menghiasi entry pertama mummy di bulan puasa ni.