Sebelum ke Kuching memang saya dan search internet tempat menarik di Kuching. Memandangkan ini pertama kali saya ke Kuching, jadinya memang perlu untuk tahu serba sedikit tempat yang ingin di tuju di Kuching. Kata maklumat di hujung jari. Hehe..
Malamnya aktiviti makan seafood. Based on review kt internet ramai yang rekomen di Top spot. Memang hari biasa pun ramai orang makan kt sini. Banyak gerai, sampai je kat sana ramai peniaga akan pelawa makan dekat kedai mereka. pandai2lah korang nak pilih. Tempat yang kami tuju mestilah ABC corner, ramai yang rekomen makanan kt sini sedap.
Kami order lobster masak pedas. Daddy Humaira memang dah aim nak makan lobster. Seekor rm40. Ikan kerisi masak 3 rasa, butter prawn, sayur campur dan nasi empat orang makan. Semua masakan memang sedap, style masakan macam chinese. Servis memang tip top. Sekejap je semua hidangan dah sampai. Total harga makanan rm105 dan air buah dalam rm10.
Selepas makan, ambil angin dekat waterfront. Cantik pemandangan waktu malam. Sungai dekat waterfront tu memang meriah dengan aktiviti air. Kalau nak ke seberang sana naik sampan 50sen seorang, tapi daddy awal2 lagi dah bagitau takkan naik. Mati hidup semula pun belum tentu dia naik. wakaka..Dia sangatlah penakut dan gayat, takkanlah saya nak naik seorang diri. Katanya dahle takde life jacket, buatnya terbalik mati katak. Masing-masing tak pandai berenang.
Dalam pukul 10 kami balik ke hotel. Puas hati dapat makan lobster. to be continue day 2 di Kuching..
Humaira yang takde perasaan naik flight
View dalam flight. bahagian seat belakang tak ramai pun passenger
Dah selamat beradu. Penatttt
di awan biru..
di Top spot, kedai ABC yang marvelles
Nilah lobster tapi dah siap potong
Jalan2 di waterfront waktu malam
Yang ini hubby saya komen.
Firefly ke Sabah Sarawak guna Boeing 737, sama dgn Air Asia yg guna Airbus. Tahap kebisingan sama dengan Boeing 747 ke London. Firefly dalam semenanjung guna kapalterbang lain, rasanya Fokker. Bunyinya lagi bising.
Lagi satu, Firefly Sabah/Sarawak guna enjin jet macam Air Asia and rest of other big airlines, Firefly dalam Semenanjung guna enjin turboprop (kipas besar). Enjin turboprop ni lebih rasa melambung kalau kena angin kuat sebab enjin turboprop kelajuannya lebih perlahan dari enjin jet.
For the record, 2 kes MAS terhempas dan menyebabkan kematian ialah pada tahun 1977 di Johor Boeing 737 (lebih kurang sama jenis dgn Firefly Sabah Sarawak) menyebabkan 100 orang mati. Terhempas sebab dirampas oleh pengganas.
Kes kedua, Fokker MAS (yang diguna oleh Firefly utk penerbangan semenanjung) terhempas di Tawau tahun 1995, 34 orang terbunuh. Terhempas sebab angin lintang rasanya.
Airbus 300 (yang macam air asia guna) pernah terhempas juga di Subang Airport tahun 1983 masa nak landing dalam hujan lebat, tiada kematian.
Not bad for MAS, almost 1.8 million flights (until end of 2004) dan cuma 2 je terhempas dengan kematian.