Friday, July 23, 2010

26 July 2010 malam nisfu sya'aban

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Isnin malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), 26hb Julai, 2010(selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1430H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 26 Julai 2010)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 26 Julai 2010)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur di dalam kebajikan

ii) Selepas Yasin kedua : mohon dimurahkan rezeki yang halal

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (hari Selasa 27 July)

(sumber dari SINI dan SINI

17 comments:

  1. Thanks nieda atas ingatannya..Insyaallah perkara yang baik ni elok dihebah2kan..dan sama2 amalkan..

    ReplyDelete
  2. thanks ye..
    memg sangat bagus n3 nie.. saling memperingati.. mudah2an kita dapat laksanakannya.. ;)

    ReplyDelete
  3. tq for the info nieda.. bagus la... :)

    ReplyDelete
  4. TQ atas info.. mengingatkan sesama kita.. kita sentiasa terlupa hari2 penting macamni jika tidak sentiasa diingatkan.

    ReplyDelete
  5. thanks nieda di atas ingatan ini...harap2 la dpt pose isnin ni..

    ReplyDelete
  6. thanks for the reminder kak... ;)

    sy pn ada buat entry psl bln sya'aban :)

    http://secretwhisper.net/2010/07/fadhilat-bulan-syaaban/

    ReplyDelete
  7. o.k nieda saya nak tanya ckit , hari ahad 25july selepas magrib kita kena baca yasin 3 kali, isnin tu puasa nisfu syaaban ker?

    ReplyDelete
  8. Thx atas peringatan nyer..
    Mudahan kita dpt melaksanakannya.. ;)

    ReplyDelete
  9. Anonymous: malam nisfu syaaban akan bermula 26 July selepas Magrib. Kalau puasa sunat nisfu Syaaban adalah pada hari Selasa 27 July

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Salam...thanks for the info, memang sgt berguna. Mintak izin nak share this post with my friends ya, hope you won't mind...

    p/s: Sorry ter-send benda ni 2 kali ^_^

    ReplyDelete
  12. ups.. lupa nak bgtau.. ena dah copy sebahagian dari n3 nie ye..

    ReplyDelete
  13. Thanks for the info.. I nak minta izin post and share info nie yea.. Thanks a lot !!

    ReplyDelete
  14. perkongsian yg sgt baek..minta izin di copy ea..(^_^)

    ReplyDelete