Wednesday, June 30, 2010

Melawat muzium polis

Hari Ahad lepas bawa Humaira jalan-jalan sekitar KL di kawasan masjid negara. Hajat di hati nak bawa pergi taman burung, tapi bila sampai cuaca sangat mendung. Jadinya terpaksa cancel memandangkan taman burung kawasan terbuka, kalau hujan haru biru nanti. Sudahnya bawalah si kenit ni ke Muzium Polis. Apa yang menariknya tentang muzium ini???

Muzium ini mempamerkan beribu-ribu barangan menarik berkait dengan jenayah dan menghalang jenayah. Terdapat himpunan menarik semua perkara berkenaan kerja polis, dari zaman kesultanan sehingga hari ini, menggambarkan kejadian dan mempamerkan memorabilia.

Koleksi senjata mempamerkan senjata-senjata yang pernah digunakan oleh Polis Diraja Malaysia dan juga yang dirampas. Selain itu terdapat juga koleksi anugerah yang diperolehi oleh anggota polis turut dipamerkan. Pingat-pingat seperti Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa, Pingat Gagah Berani, Service Medal dan King's Police Medal turut dipamerkan.

Perjuangan dan pengorbanan anggota polis dan kerjasama masyarakat tempatan turut diberikan perhatian dalam Era Darurat dan Tragedi Bukit Kepong.

Galeri Muzium Polis DiRaja Malaysia terbahagi kepada 3 galeri iaitu galeri A, B dan C. Terdapat juga pameran di sekitar bahagian luar muzium. Pameran Kereta Perisai (GMC), Ferret Scout Car, Sankey, Kapal terbang CESSNA, Meriam-meriam dan bot marin PA4. Turut terdapat pameran kenderaan yang digunakan oleh tokoh-tokoh PDRM. Dataran perwira mempamerkan nama-nama anggota PDRM yang telah terkorban sewaktu menjalankan tugas. (sumber: internet)

Antara gambar yg sempat di snap..ini bodak buat perangai takmo pakai kasut. Sabar ajelah..

Humaira tgk meriam


Disebalik tiang keretapi


Di hadapat pintu masuk muzium


Depan keretapi


Dalam muzium..tak banyak snap picture dlm muzium..CCTV byk sangat tak pasal2 nanti masuk lokap..hehehe,


Kuala Lumpur yang mendung...





Tuesday, June 29, 2010

Humaira rembat anak tudung mummy

Masa mummy nak solat, Humaira lagi pantas rembat anak tudung mummy. Patutlah senyap je si kenit ni. Rupa-rupanya ada agenda sendiri. Apalagi, mummy terus serkup dekat kepala dia, mengamuklah budak kecik ni. Pantang kalau kita letak something dekat kepala dia..

Anak dara tunjuk lubang hidung plak..tanda proteslah tu


si comel Humaira


Tak sampai 10 saat, dah rimas..mahu melepaskan diri


Hehe, tidak berjaya..

My first Buffered Earning nuffnang

Mood happy hari ini. Alhamdulillah, check akaun nuffnang semalam, buat pertama kali saya dapat Buffered Earning. Dapat dua. Orang lain mungkin dah banyak dapat tapi saya inilah pertama kali. Thank you kepada blogger, dan yang sudi klik iklan nuffnang..Luv u all..muah muah...Sambil blog, sambil dapat duit..

So saya google internet dan cari info berkaitan buffered earning.

Some of you may have noticed that we have been recently beta testing a new metered unique visitor system, as opposed to our existing model of selling ads on weekly slots. Under this new system, more than one advertiser can buy an X number of unique visitors from each blog.
All the earnings earned from this new ad system is recorded under “Buffer Earnings” in the Earnings Tab and for this beta stage will be totaled up with the rest of your earnings once every week.
Here is what we hope to achieve with this new system:
1) A better distribution of ads to more bloggers.
2) Lower fatigue resulting in better click-through ratios
3) More income since we can now run multiple advertisers on a single ad unit.

Thanx yer nuffnang..Klik nuffnang belanja Humaira..hehe

Monday, June 28, 2010

Serai wangi boleh halau serangga

Bila dah ada anak kecil, masalah semut makin menjadi-jadi dekat rumah ni. Humaira sekarang kalau makan biskut nak pegang sendiri, berterabur makanan dekat lantai. Merata-rata ada semut walaupun selalu mop lantai. Nak guna ridsect bahaya juga.

Baru-baru ni pergi Giant terjumpa produk berasaskan serai wangi. Serai wangi ini mampu menghalau serangga seperti semut, lalat, nyamuk, lipas, cicak, tikus dll.. Orang macam saya yang penakut lipas memang bagus guna ni. Hehe, nampak lipas macam nampak raksasa. Yang menariknya saya sembur di bahagian dapur (cicak selalu merayap), dah tidak nampak kelibat cicak. Serangga memang tidak mati dengan semburan serai wangi ini walaupun semut yang halus. Walaubagaimanapun, semua serangga tidak akan berkeliaran atau berterbangan di dalam rumah kalau kita menggunakannya.

Badan Humaira merah-merah kena gigit semut. Mummy pun tak pasti mana datangnya semut. Mummy beli Badger Anti Bug Balm. Harga dalam RM38 (not sure). Alhamdulillah dalam 2 hari dah ok. Bau Balm ni lebih kurang bau serai wangi. Terus ajak daddy cari serai wangi.


Serai wangi, ada juga dalam botol sesuai untuk mop lantai. Harga lebih kurang dalam RM8.00-9.00 (not sure)


Masa preggy saya guna jenis ini untuk menghalau nyamuk (kononnya nk reduce chemical), malangnya tak tahan dengan baunya yang agak menusuk hidung. Sekarang dah ok..

Friday, June 25, 2010

Semoga berjaya adikku..

Esok, 26 June adik bongsu saya, Wani akan melapor diri untuk mengikuti diploma di UiTM Machang Kelantan. Wani, belajar rajin-rajin dan dapatkan keputusan yang cemerlang. Biar emak dengan abah bangga dengan kamu.

Pesanan, kalau boleh tak payahla nak pinjam PTPTN tu sebab penginapan dan makan semuanya percuma. Hidup dengan sederhana je. Biar hidup kita tidak terikat dengan hutang. Apa2 pun buatlah keputusan dengan bijak k..

kenanganku...

Belek-belek album lama, terjumpa gambar masa zaman kanak-kanak dulu..Snap guna kamera hp je..Kualiti memang kurang memuaskan, gambar yg disnap pun memang dalam cover plastik. Nanti ada masa saya nak scan gambar lama..

Kawan2ku, manalah korang sekarang ni?? Cari dekat facebook seorang je yg jumpa.Mana satu nieda???


Gambar saya dan kakak..Baju pasti sama. Beratur nak ambil hadiah rasanya masa hari terbuka di pejabat emak.

Thursday, June 24, 2010

Humaira layan yotube

Pandai anak dara mummy ni tengok yotube.. sebenarnya dia suka sangat iklan susu fernleaf (betul ke ejaan??) IBU ENGKAULAH RATU HATIKU. Jadi mummy tunjukkan kt Humaira, sukalah dia..Tersengih-sengih tengok. Lama juga Humaira layan yotube. Mummy cari lagu baby song, baby womb..Suka dia. First time mummy tengok Humaira pay attention dalam setengah jam. Selalunya dalam 10 minit je paling lama.

Tengok jari kecik tu..

Good luck daddy

Hari ni dan Sabtu daddy ada exam International English Testing Service (IELTS). Mummy dan Humaira doakan daddy berjaya. Selepas ni selamat menjadi PELAJAR..


Wednesday, June 23, 2010

Jalan-jalan di Gunung Lang, Ipoh

Balik Kampung minggu lepas berkesempatan pergi Gunung Lang. Taman rekreasi ini terletak di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara Selatan. Gunung Lang berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi yang terdiri daripada hamparan bukit batu kapur dan tasik yang menjadi daya tarikan utama pengunjung. Kalau melawat Ipoh, jangan lupa singgah di Gunung Lang.

Pembangunan seluas 28 hektar ini melibatkan kerjasama di antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Lanskap Negara pada tahun 1999. Daya tarikan utama taman ini ialah hamparan bukit batu kapur dan tasik yang belum diterokai. Taman Rekreasi ini dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Tasiknya pula dipenuhi pelbagai jenis ikan selain daripada haiwan reptilia seperti cicak dan ular. Bukit di taman tersebut dihiasi dengan flora dan fauna semulajadi dan sekali sekala pada waktu petang pengunjung boleh melihat monyet, burung dan sekiranya bernasib baik boleh terserempak dengan burung helang. Apa yang menarik, tumbuhan seperti orkid dan pokok buah-buahan tempatan telah dilabel mengikut nama masing-masing. (info di SINI)

Tarikan utama bagi saya sudah tentu menaiki bot. Saya tidak berkesempatan menaiki bot memandangkan ketika sampai cuaca panas tidak sesuai untuk beriadah bersama anak kecil. Insyaallah suatu hari nanti,saya akan menjejakkan kaki ke sini lagi bersama Humaira.

Tambang untuk menaiki bot : RM3 bagi dewasa, RM2 bagi pelajar sekolah menengah, RM1 pelajar sekolah rendah, RM0.50 sen bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50 untuk ke pulau itu sejauh kira-kira 300 meter.

Gunug Lang, malangnya masa sampai tiada air terjun seperti kunjungan saya pada hujung tahun lepas. Mengikut penerangan yang diberikan oleh pekerja di situ, air terjun ini dipam dari tasik hanya waktu tertentu shj seperti hujung minggu dan pada sebelah petang waktu cuti sekolah kerana melibatkan kos yang agak tinggi...


Gambar hujung tahun lepas, air terjun yang sangat cantik..



Indahnya ciptaan ALLAH. Bot yang menanti penumpang. Life jacket disediakan


Banyak ikan..


Bot yang akan mengelilingi tasik. Seberang tasik ada taman permainan kanak-kanak


Gambar bersama buah hati saya..


Asyiknya si kecil ini melihat burung sampaikan taknak pandang kamera


Mummy dan Humaira menikmati keindahan alam

Tuesday, June 22, 2010

Humaira gegirl

Baru nampak gegirl. Daddy suka Humaira pakai baju ni. Mummy suka kalau Humaira pakai headband, tapi ini bodak tak suka. Cepat je tangan kecil ni cabut kalau something kita letak dekat kepala dia. Cepatlah rambut Humaira panjang, asyik org kata boy je...

Opah yg kasi dress ni




Saturday, June 19, 2010

Kad birthday mummy

Sempena birthday mummy hari ni, daddy dgn Humaira bagi kad birthday. Terima kasih atas ingatan cinta hati mummy. Juga kad birthday dari emak dan ayah..Thank you very much..

2 kad birthday mummy dapat


So sweet ucapan dari Humaira (konon2)


Semalam kawan mummy datang bagi something dekat Humaira. Thank you Aunty Yani..
Keychain nama HUMAIRA


Juga kek batik.Dulu masa study mummy dgn Aunty Yani ada jual kek batik masa karnival fakulti..Memang habis sebab sedap..


Last but not least, macamane mummy x bising Humaira sepahkan mainan..Alahai anak...

Go Go travel giveaway




Chungie buat giveaway..Yang pasti chungie ke Indon..Exactly tempat tak pasti..Dalam fikiran 3 tempat yang bermain dlm fikiran, Bandung, Bali dan Medan..Oleh kerana kena pilih satu tempat shj...Setelah baling dadu (ekeke) main belasah jer..

chugie ke MEDAN

Friday, June 18, 2010

Usia meningkat setahun lagi..

Happy birthday to me...Esok 19 June menginjak setahun lagi usia saya..Sebelum ni sibuk karang entry pasal birthday anakanda Humaira, tup tup esok birthday mummy..Huhu semakin menghampiri ke angka 3 series..Genap usia saya 28 tahun, semoga pertambahan usia ini akan mematangkan diri sendiri dan rumah tangga yang dibina bahagia dan berkekalan hendakNYA. Tak lupa juga terima kasih emak, kerana bertarung nyawa melahirkan saya 28 tahun yang lepas.(emak saya merupakan pembaca setia blog ini, kan mak???tgk gelagat cucu Humaira kesayangannya,hehe) Moga mummy dapat mendidik anak mummy dengan sempurna, bukan setakat Humaira seorang shj, Insyaallah adik-adik Humaira yang akan datang juga...

Semakin menginjak usia ini, bermakna kita semakin menghampiri kematian..Setuju statement saya???? Harapan saya moga dimurahkan rezeki dalam apa jua bidang. Insyaallah..

Have a nice weekend pada semua blogger. Hari Isnin jalan akan jammed kembali setelah tamatnya cuti sekolah. Inilah kehidupan...

Humaira birthday: The present

Humaira says:

A HUGE thanxxx to aunty, uncle, Opah, Atuk, Embah dan semua yang bagi Humaira hadiah dan RM. Sampaikan Humaira pening x taww nak main yang mana satu. Humaira suka. Tapi sekarang mummy selalu bising dekat Humaira sebab sepahkan mainan. Apalah mummy ni, Humaira nak main je. Daddy kata RM yang Humaira dapat nak masukkan dalam akaun DIDIK. Mummy ckp untuk 2-3 bulan ni taknak beli mainan lagi untuk Humaira. Terima kasih ya aunty dan uncle, Humaira sayang semua..

Pakcik Humaira kasi..Mcm boy lah dpt mainan ni


Kasut Adidas Maklong kasi..Humaira excited nak pakai kasut


Mainan Maksu bagi









Humaira dah rasmikan baju tidur Embah bagi


Tengoklah muka mummy yg happy tu..


*
Opah ada bagi Humaira baju, nanti mummy kata nak upload. Humaira dah rasmikan baju pemberian Opah

Thursday, June 17, 2010

Sambutan Majlis Hari Lahir Humaira

Untuk anakanda Humaira, mummy ucapkan Selamat Hari Lahir. Hadirnya Humaira memberi keceriaan pada mummy dan daddy. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Mummy rancang sambut hari Lahir Humaira di Ipoh memandangkan semua aunty dan uncle Humaira ada dekat rumah masa cuti sekolah. Sebab itu terlewat meraikan si kecil ini, dah 13 bulan baru nak sambut. Majlis diadakan pada 12 June hari Sabtu bermula selepas Zohor dalam pukul 2 petang.

Menu pada hari tersebut adalah nasi tomato, ayam masak merah dan sayur acar (makanan ini ditempah). Opah Humaira masakkan pulut kuning, rendang daging dan agar-agar cocktail. Embah Humaira buatkan kek dan cupcakes. (malangnya daddy tak snap pun gambar makanan). Banyak lagi menu sampingan seperti kerepek, coklat dll.

Terima kasih pada yang sudi datang majlis hari lahir Humaira yang serba sederhana, pada keluarga yang banyak membantu. Tak lupa juga terima kasih yang bagi Humaira hadiah, duit dsb. Nanti mummy update hadiah yang Humaira dapat k..

Kek no 1 dan cupcakes hasil air tangan Embah (nenek Humaira). Lepas ini harus mummy belajar buat cupcakes bila semua org puji cupcakes sgt sedap..


Kek bulat tu mummy beli dari secret recepi, coklat walnut


Cupcakes 3 kotak Embah (nenek) Humaira buat


Goodies bag untuk si cilik


Antara tetamu lelaki yang hadir, tengah baca doa selamat



Tetamu wanita...


Silalah makan..


Selamat menjamu selera..Humaira yang asyik nak berkepit dgn mummy. Apalah birthday girl ni


Acara potong kek


Potong kek no 1 pula..


3 of us...


Dengan maklong Humaira (kakak mummy)


Tangkap gambar dgn pakcik Humaira (adik mummy no 2)


Anak sepupu mummy merangkap 2 pupu Humaira


So sweet gambar ni.alahai...


Dengan kawan baik mummy masa kerja di UNISEM suatu ketika dulu


Gambar kenang-kenangan..