Kami check out dari Suria Resort Cherating dalam pukul 11.00 pagi hari Selasa dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Banyak pulau yang menarik dekat Terengganu tapi disebabkan bawa si kecil Humaira yang takut laut, cuaca sangat panas, kami decide untuk menginap di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu sahaja. Nanti bila Humaira dah besar kita pergi pulau
Daddy awal2 dah pesan, bila kita travel, pemakanan kena jaga takut nanti ada yang keracunan. Sudahnya, sepanjang bercuti kami lunch di restoren fast food, A&W, KFC, Mc D. Cuma malam kami dinner di restoren seafood.
Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, Humaira tidur..Good girl

Restoren A& W, masa ni sibuk dia tegur kawan umur baya2 dia. Time ni Humaira baru bangun tidur, so baik jer peel dia. Siap ada akak tu ckp tgk abg tu baik jer..bila mummy ckp girl terkejut akak tu..Anak mummy dah mcm boy

Pantai Batu Buruk, berhampiran dengan restoren A&W

Lepas makan A&W, kami check in Hotel Sri Malaysia. Lebih kurang dalam pukul 3.00 petang sampai di hotel. 2 malam kami di sini. Rate hotel RM260 untuk 2 malam termasuk breakfast. Hotel Seri Malaysia terletak betul2 di tengah bandar Kuala Terengganu, dekat dengan pasar Payang. GPS memang banyak membantu kami dari sesat.
Bilik kami, daddy sengaja pilih 2 katil takut Humaira jatuh. Time tidur daddy turunkan tilam ke bawah..hehe

Apa lagi sampai kt hotel, main telefon la..dah cabut pun line telefon ni..

Sempat lagi kami berkunjung ke Taman Tamadun Islam yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man. Dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ. (sumber dari
SINI)

Mummy dan Humaira di Taman Tamadun Islam

Malamnya kami makan seafood, ikan siakap 3 rasa dan sotong bakar.nyum nyum

Humaira tgh tunggu order

Hari kedua kami shopping di Pasar Payang. dan seterusnya agenda jalan-jalan.
Berlatarbelakang masjid putih..

Nyaman dan hijau

Pantai Kelulut Marang, cantik..

seberang laut sana, yang ada gunung tu kalau tak silap pulau kapas..