Comel je mummy tengok..

Resepi kebab..
Lupa nak letak resepi. Saya ambil resepi ni dalam website mat salleh tapi diubahsuai ikut citarasa melayu..hehe
500g ayam bahagian dada dipotong 1 inch cube
3 sudu besar minyak zaitun. Boleh guna vegatable oil. Kalau takde, guna minyak masak
*1 sudu besar kicap
*1 sudu kecil lada sulah/ lada hitam
*4 ulas bawang putih dan 1 inch halia dikisar
Bawang dipotong cube
Green bell peper dipotong cube (Melayunya saya panggil cili benggala)
*¼ biji Perahan lemon
Sedikit garam
Ayam diperap dengan sedikit garam.
Satukan bahan yang bertanda *.
Selepas digaul bahan yang bertanda * baru perap dengan ayam. Marinate at least 1 jam. Sebelum grill letak minyak dekat kebab. Then boleh cucuk dekat lidi ayam, green bell peper dan bawang. Grill hingga masak