Pagi tadi dalam pukul 3.30am betul2 buatkan mummy and daddy panic..sebabnyer Humaira menangis non stop dari pukul 3.30am smpailah ke pagi..Bagi susu taknak.Mummy sendiri tak tahu kenapa, check temperature, perut everything ok..Macam2 doa mummy baca tapi still tak ok..Sekarang ni baby tgh tidur, berdebar2 apakah dia akan menagis lagi mlm nanti??
Pukul 6.30am saya call emak di kampung bagitau Humaira menangis non stop dari kul 3.30am..Emak suruh bawa terus p klinik..Selepas solat subuh saya dan hubby mencari klinik serata Shah Alam. Plan asal nak tunggu siang nak jumpa doc pakar tapi bila Humaira menagis tak henti2 kami cari jer klinik yang ada. Last2 kami pergi Darul Ehsan Medical Centre (DEMC). So doctor check semua dia bgtau Humaira kena ulser, betul2 kt anak tekak. Dalam kul 9.00am kami sampai rumah terus bagi ubat. Nama ubat tu XYLOCAINE VISCOUS. Alhamdulillah lepas bagi ubat dia nak menyusu. Tapi tak sampai 10 minit habis dia muntahkan semua. Bertambahlah mummy risau.
Pukul 10am kami decide bawa pergi pakar di UMRA. So Paed check everything dan ternyata ulser dah merebak kat tekak, that why Humaira taknak susu. So Paed bagi ubat Oral aid lotion untuk titiskan dekat tekak dan surat sekiranya Humaira taknak menyusu kena admited dkt ward. Seboleh mungkin taknak masuk ward takut dengan wabak H1N1.
Dalam pukul 12.00 mcm tu sampai rumah terus bagi ubat. Budak kenit ni baru 3 bulan seksanya nak bagi ubat. Nampak jer daddy nak bagi ubat dia menangis tak hengat. Simpati jugak tapi demi kesihatan Humaira mummy kena kuat semangat. Kena paksa juga. Alhamdulillah lepas tu dia nak menyusu. Pukul 1.00pm barulah dia boleh tido dengan lena.Cuma terjaga sekejap2 untuk menyusu. Rasa takut jer nak hadapi malam ni...
So saya cari sedikit info berkaitan dengan ulser. Antara penyebab adalah:
- Panas (Ya mungkin, sebab sebelum ni Humaira demam after kena injection for 3 months)
- Kurang air (Ini pun mungkin juga sebab dekat taska Humaira kurang minum susu. Yelah dia sangat2 sayangkan mummy dia punya puting..hehe)
- Virus
Antara simptom2 ulser:
- Baby akan selalu keluarkan air liur yang banyak (Mummy perasan 2-3 hari lepas)
- Kurang menyusu (2-3 hari ni kurang, asyik meragam)
Cara mengatasi (selain bagi ubat)
- Kena tinggikan bantal semasa baby baring
- Bagi susu yang sejuk sedikit
Condition Humaira sehingga mummy menulis ni dalam pukul 6.00pm Humaira bertambah ok cuma dehydrate sedikit. Sebab masa tukar pampers kencing dia kuning sangat dan berbau. Mummy akan monitor sehigga malam ni, kalau condition Humaira tak ok terpaksa admit dkt ward. Harap2 tidaklah sampai begitu.
Buat kawan2 mummy, aunty2 semua doakan Humaira cepat sembuh yer.. Ada tak petua untuk kurangkan ulser, kesian tgk baby menangis...
Gambar ini bodak yang meragam...